Ni aku dah edit tapi ada yang tak masuk jugak ni sebab banyakkkk sangat. Oh mrhubby bagi ni kat aku sebab nak suruh aku lebih memahami tugas guru yang sebenar..Yea jadik bukan senang kerja guru sekarang ni...
Masa nengok senarai tugas ni memang aku terdiam, ermmm mencabar jugak lebih-lebih lagi mrhubby juga adalah seorang guru data...Besar tanggungjawab nak mendidik anak bangsa kan?
So dalam banyak-banyak senarai tugas ni aku cuma tertarik pada no.
21 tu je..VLEFrog?? Apakah itu? Tertarik mungkin sebab ada nama frog gitu....:)
Kebetulan pulak hari ni bila bukak kosmo online. ada artikel berkenaan ini;
Frog VLE adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang
menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep
pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
Katanya, melalui sistem itu pendidikan tidak lagi terbatas dalam
bilik darjah sahaja sebaliknya boleh dilakukan di mana jua, pada
bila-bila masa.
“Sistem ini membenarkan pelajar dan guru untuk menghasilkan dan
mengakses sebuah tapak pembelajaran secara dalam talian. Ia membolehkan
mereka memperoleh hampir semua maklumat di internet seperti video,
gambar, sumber pendidikan dan membinanya menjadi sebuah laman yang
menarik tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal.
Nak tau maklumat selanjutnya baca DI SINI...
haa.... kami dh dapat senarai ni beberapa hari..ada yg mengeluh, ada yang buat tak tahu, tapi ramai antara kami gelakkan saja.. macam2 kerja ni setahun demi tahun katanya. malas nak komplen, jadi redha sahajalah dan buat ikut kemampuan...
ReplyDeleteuihh byk tu.... besar pahala seorg cikgu sbb ikhlas mendidik anak bangsa...hope ade laa sesuatu dari kerajaan tuk membaik pulih sektor pendidikan negara kite nie....dengar citer kawan2 yg bawak family sambung belaja kat luar negara so anak2 pun bersekolah kat sane mmg seronok...budak2 mmg liat nak ponteng, sakit2 pun nak gi sekolah...lain pendekatan pembelajaran kat sane...
ReplyDeleteBanyak yg diabbreviationkan kakak tak dapat tahu maksudnya Huda. Bukan cikgu katakan...
ReplyDelete