20.11.13

Tandas Malaysia kotor, memang tak peliklah...

Setiap pagi aku memang baca Kosmo Online, so tertarik la dengan tajuk;

TANDAS MALAYSIA KOTOR

PUTRAJAYA – Dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 tinggal 41 hari lagi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan warga Malaysia sepatutnya bimbang dengan tahap kebersihan tandas di negara ini.

Tinjauan audit yang dijalankan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama enam bulan ke atas 10,257 buah tandas mendapati lebih 61 peratus daripadanya berada dalam keadaan tidak memuaskan.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) berkata, daripada 10,257 buah tandas di bawah seliaan PBT yang diaudit hanya 39 peratus berada dalam keadaan memuaskan.
Malah akuinya, apa yang lebih mengecewakan hanya 350 buah tandas yang diaudit layak diberi penarafan lima bintang.

“Bayangkan hanya 350 buah tandas atau 3.41 peratus mendapat status lima bintang. Adakah kita perlu berbangga dengan statistik ini? Saya fikir kita boleh melakukan dengan lebih baik.

“Ramai orang enggan menyentuh isu tandas dan sanitasi, namun pada hakikatnya seseorang menghabiskan kira-kira tiga tahun dalam jangka hayatnya untuk menggunakan tandas,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2013 di sini semalam.

 -----------------------------------

Pada aku memang tak pelik la kalau tandas kat Malaysia ni kotor..Sebab bukan baru kotor tapi memang dah lama pun kotor sejak dulu-dulu lagi..Kalau yang betul-betul bersih pun kat sesetengah tempat yang gah dan ada nama jer..

Sebab tu aku susah betul nak buang air kat luar, aku sanggup tahan. Even kalau berhenti kat surau dan masjid pun susah la nak jumpa tandas yang betul-betul bersih..Kadang ada jugak tandas yang bersih tapi sebab sikap pengotor pada sesetengah orang dah merosakkan imej tandas yang bersih tu..

Salah siapa?  



5 comments:

  1. Tandas yg dah ada penjaga dan tukang cuci pun kekadang kotor, apatah lagi di masjid dan surau yg hanya mengharapkan tok siak mencuci. Kdg rasa mcm nak tolong cuci kalau singgah di mana2 surau dlm perjalanan. Apa sebab jd begitu? pihak tertentu kena fikirkan cara mengatasinya....wah..ayat skema je kakpb ni.

    ReplyDelete
  2. Haa... saya pun sama.. kalau ms pgnnat lagi, rela tahan kencing kalau berada kat luar.. takut salah masuk tandas nanti termuntah pulak.. tau jelah masa pgnnat loya yg ada..

    Pelik juga dgn sikap orang kita ni.. kena harta awam xreti nk jaga baik.. bukannya rakyat kita xpenah jalan luar negara, tahu pula puji tandas negara org bersih, balik sini tak berubah pun...heran

    ReplyDelete
  3. Mentaliti masyarakat kita yg kena 'cuci' dulu kalau nak dapatkan tandas yg bersih Huda...

    ReplyDelete
  4. erkkk sgt tak suka bila tandas kotor...slalu membantutkan hajat je..hukhukhuk

    ReplyDelete
  5. salah kita sbg rakyat juga.. sbb x jaga bersama.. sbb kita yg guna tandas so kitalah yg kena jagakan???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...