13.11.13

Hari Kecemerlangan Zarif

Semalam aku cuti dan hadir ke majlis anugerah kecemerlangan sekolah Zarif. 

Alhamdulillah tahun ni Zarif berpeluang naik ke pentas untuk terima anugerah bagi matapelajaran Pendidikan Islam. Aku berterima kasih kat Zarif sebab dia berusaha untuk menempatkan diri dalam kalangan yang terbaik. Kalau dia tak dapat cemerlang pun aku ok jer sebab faham sangat sekarang ni semua budak-budak memang bijak-bijak belaka so masing-masing berusaha dan bersaing untuk jadi yang terbaik.



Tau jelah kan budak laki belajar macamana, memang main je memanjang, tak pernah serius. Kena marah pun macam tu jugak, kalau diberi latihan buatnya kejap je lepas tu bila nengok balik dah tido...Memang sabar jelah jadik ibu ni tau, karang kalau marah lebih-lebih sentap pulak. Zarif badan je besar tapi sensitif..

Walaupun kat rumah tak serius dan main-main je tapi aku bersangka baik dan percaya dia fokus kat kelas. Dan harapnya dia teruskan la berusaha sebab perjalanan untuk dia masih jauh lagi..

Balik sekolah agama petang semalam dia hulur surat,


Petang Jumaat ni nak kena hadir ni pulak, bila aku tanya dapat no berapa? Dia kata dapat no. 3..Oklah tu kan walaupun sebenarnya aku memang tak harap apa-apa pun dari dia sebab nengok cara dia belajar tu memang tak meyakinkan langsung..Syukur alhamdulillah ~

Apa yang aku harapkan bukan cemerlang pelajaran je tapi kalau boleh cemerlang dari segala segi, biar seiring semuanya...Takmolah cemerlang pelajaran tapi solat dan lain-lain semua diabaikan..

Aku tengah survey apa kursus dan program yang sesuai untuk Zarif cuti sekolah ni, selain dari nak hantar dia belajar chess..






8 comments:

  1. Btul tu...klau boleh..sy nak anak2..cemerlang dunia...dan akhirat...

    ReplyDelete
  2. Heheheh...comelnya Zarif....Alhamdulillah. Sejuk perut ibu bila anak naik pentas ni, kan?

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...tahniah zarif....moga terus cemerlang dunia dan akhirat yeak....

    sejuk perut kan tgk anak naik stage amik adiah.....

    ReplyDelete
  4. tahniah zarif...moga terus cemerlang
    amzar pun dapat semalam Huda...3 kategori sekali gus

    ReplyDelete
  5. Tahniah zarif..anak yabg baik n pintar dia..ibu yang paling bangga kan tu.. kejayaan anak lebih bernilai drp perkara lain..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah buat zarif... Lya pon sama, x hrp ank mjadi y tetbaik d skolah ..asalkan mrk berjaya dlm khidupan.. X kira bidang apa... Apa y penting mrk tahu memilih hala tuju n sukses dln khdupan dunia akhirat..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...