Aku lega bila penjenayah yang menembak mati pegawai bank dua minggu lepas dapat diberkas. Entah kenapa sebenarnya aku memang tak sedap hati selagi dia tak ditangkap. Dan kata hati aku dia berada di area Johor memang betul. Tak tau kenapa aku boleh rasa dia ada di Johor...
KUALA LUMPUR: Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di
Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi
persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri
Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan
kosong sekitar Lembah Klang dan Johor.
"Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan
pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang
menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.
"Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan
sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran,"
katanya.
Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi Ahad
Semoga suspek mendapat balasan yang setimpal, ingat jugak balasan di akhirat kelak...
Petikan Mstar Online
Takziah diucapkan pada keluarga Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang mati ditembak di rumah sendiri..Apa nak jadik dengan Malaysia ni?
KUANTAN: "Abang gantunglah langsir," itu kata-kata terakhir
Rosmahawani Abd Wahab, 41, isteri Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam
Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abdul Malek kepada arwah sebelum suaminya
mati akibat terkena tiga das tembakan di rumah mereka di Indera Mahkota 2
dekat sini Ahad.
Mohd Raffli, 49, meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu
Mohd Asyraff, 22, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12.
Menurut Rosmahawani, ketika kejadian mereka berdua sedang melakukan
kerja-kerja rumah dan beliau menyuruh arwah menggantung langsir sebelum
Mohd Amin memaklumkan ada orang ingin berjumpa bapanya di luar rumah.
"Anak saya ketika itu dekat luar, kemudian memberitahu, ada orang nak
jumpa Abah, Ustaz (Mohd Raffli) yang sedang menggantung langsir
kemudian keluar untuk menemui orang tersebut.
"Saya dengar orang beri salam dan sempat mendengar Ustaz berkata
kepada orang yang ditemuinya itu, 'tak nak masuk rumah dulu ke,' sebelum
terdengar bunyi dua das tembakan dan anak saya menjerit, 'Abah kena
tembak, Allahuakbar!" katanya ketika mengimbas kembali kejadian itu
kepada pemberita di rumahnya, Ahad.
Dalam kejadian itu, mangsa ditembak seorang daripada tiga suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback putih.
Petikan Mstar Online
Kalaulah Malaysia ni mengamalkan hukum dalam Islam macam kat Brunei tu, aku percaya kadar jenayah kat Malaysia ni akan berkurangan..Juga kurangkanlah pendatang asing ke negara kita itu lebih selamat..
Betul.. makin hari makin bertambah kes jenayah di negara kita ni.. SEmoga ada penyelesaian untuk kurangkan kes macam ni... Risau juga nak biarkan ank cucu kita membesar dengan keadaan yang tidak selamat.
ReplyDeletePistol dah jadi bahan mainan penjenayah sekarang ni Huda. Harapan kita semua juga moga yg menembak pegawai JAIP pun dapat di tangkap macam yg menembak pegawai bank itu..
ReplyDeleteSepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
ReplyDeletesana sini tembak... ngeri & menakutkan...
ReplyDelete