Lambat sikit nak update...
Biasa datang ofis awal tapi sebab cuti sekolah so lambat sikitlah aku ke ofis..Rasa macam lega sikit bila budak-budak cuti sekolah ni..:) tapi Aisyah hantar ke taska macam biasa..
Hari Jumaat petang (minggu lepas) ke sekolah agama Zarif dulu;
Ha cuba cari nama Zarif, pandai baca tak?
Sabtu lepas pulak ada majlis penyampaian sijil untuk sekolah tadika Zara. Tapi kalau sekolah tadika PASTI ni biasanya bukan satu sekolah je..Biasanya sekolah PASTI ni ikut kawasan. Ikutkan kawasan Sri Gading ni banyak sekolah tapi dia bahagikan dua sesi pagi dan petang. Kalau buat semua sekolah satu sesi memang jenuhlah nak menunggu...
So sekolah Zara kena sesi petang..Dengan panasnya fuhh redah jelah ke majlis tersebut dengan bawak baby lagi kan, tapi demi anak...
Zara bukan terima sijil je tapi dia buat persembahan jugak. Dan tambah kejutan bila dapat tau dia terima anugerah terbaik Bahasa Melayu, hehe..
Ok ni aku letak gambar yang dalam hp aku je sebab gambar-gambar lain ada kat mrhubby. Terlupa pulak nak transfer semalam.
Nampak tak panas tu...
Zara dan kawan tersayang
Antara kawan-kawan sekolah dia
Gambar buat persembahan dan amik sijil dalam hp mrhubby. Takpe ni amik sijil 5 tahun je, bukan 6 tahun. 5 tahun amik sijil tak pakai jubah, kalau nak pakai jubah tunggu 6 tahun nanti k..:)
Gambar dengan bff mesti ada..
Sebelum giliran tadika Zara amik sijil aku dan Aisyah dok berehat dalam kereta dulu sebab aku bf Aisyah dan kasi dia tido dulu..Sambil-sambil tu aku dok Whatsapp dengan mrhubby dok tanya dah sampai giliran Zara ke belum? Kalau dah nak dekat sampai giliran baru aku datang ke dewan balik..
Ngam-ngam sebelum giliran tu, Aisyah bangun dan aku pun terus masuk ke dewan..
Baru bangun tido..
Memang minggu lepas ni penuh je dengan program anak-anak..Now dah cuti sekolah so take a break..
Tq pada anak-anak ibu atas kejayaan tahun ni, tapi semua pun perlu lebih usaha lagi. Dan cuti sekolah ni isilah masa dengan aktiviti yang berfaedah ok..
comelnya zara... next year ingat nak antar aleeya saya kat pasti... harap anak anak kita hidup berlandaskan kehidupan dan syariat agama dengan baik... insyaallah..
ReplyDeletetahniah..comelnya anak2 puan Huda. manis bertudung :)
ReplyDeletecomelnyeee !
ReplyDeletealahai ...sweet sgt...comel zara bertudung...lieya suke tgk budak2 bertudung nieh...nampak cute jek...in sha Allah moga zara terus cemerlang di masa akan datang....amin
ReplyDeletetahniah zara...
ReplyDeletebetul tu comelnya dia bertudung...
Tahniah zharif....
ReplyDeleteComel belaka mereka....:-)
nama zharif yg kat group atas no 3 kan... hehehehe...
ReplyDeletecomelnya zara... aisyah lg la comel.. hehehe
tahniah buat anak2 kak huda yer
Comel betul Zara posing mcm tu. Cantik je rupa. Dah besar t, mst rmi peminat ni. Hehehehe~
ReplyDeleteTahniah Zarif dan Zara.. moga terus cemerlang.
ReplyDeleteAdik montel pulak buat auntie geram. Tengoklah tangan tu kalau dpt gomol pun puas ni Huda:)