29.1.15

Kisah Aisyah yang belum 2 tahun

Finally dah hari Khamis.

Jadual aku pack bermula hari ni sampailah hari Sabtu, tak tau nak cakap macamana. Tapi takpe semua tu menuntut pengorbanan. Hari cuti pun dah serupa macam tak cuti. Hari Sabtu adalah birthday Zarif yang ke 10 tahun..What?? 10 tahun? Cepatnya la membesar anak ibu ni...
Takde plan nak buat apapun, serius memang takde apa, sebab hari Sabtu tu mrhubby sekolah so maybe aku nak buatkan kek je kot, lebih jimat dan makan-makan dengan keluarga je.

Ok ni nak cerita la pagi tadi si Aisyah tu mengada buat perangai menangis jerit-jerit asiklah kejar aku ke hulu hilir..Aduii, budak kecik ni pun satu hal, bangun dah la awal..Aku bangun pukul 5 dia pun sibuk nak bangun jugak tak lama lepas tu..Macam boleh je bau aku takde kat sebelah dia..Lepas tu taknak dengan orang lain, nak aku jugak, hisshh sabar je la ok.

Tadi pagi panggil kucing nak lekakan dia pun tak jalan jugak, tetaplah melalak..Faham je lah kan waktu pagi biasa la nak rushing buat macam-macam, time tu kalau dah bangun lepas tu nak melekat je memang la payah. Kalau nak hisap botol ke lainlah cerita..

Bulan 6 nanti genap dah 2 tahun. Alhamdulillah setakat ni kesihatan dia baik, syukur sangat. Lepas tu umur dia macam ni memang syok sangat dibuat main, geram tau..Asik nak kena gomol je, lepas tu mulut dia bising asik cakap, "pi..pi..pi.." - bukan pipi ok tapi tepiiii..Dia pantang orang kacau dia, so kalau dia tengah main atau makan lepas tu kita kacau dia, memang dia suruh ketepi laaa..






Dia dah kena cakar dengan kucing ni pasal kucing ni bunting tapi dia sesuka hati je kacau, picit kucing tu so apa lagi, tau pulak mengadu sakit..Tapi tak nangis, dia makin pergi dekat kucing nak kacau lagi ada la...

Memang menduga betul la budak kecik ni, tapi suka kacau dia..Beza umur dia dengan anak sedara aku ( anak adik aku) selang seminggu je tapi anak sedara aku makin petah cakap..Yang dia ni susah betul nak cakap..Nak kena pujuk betul-betul nak cakap, boleh la cakap bukan tak boleh terus. Setakat cakap abah, abang, kakak, air, atuk, cat, oklah, nak sebut ibu tak reti tapi reti sebut mummy. Yang dia dah terer bukak dan pakai seluar sendiri ok :). Kuat makan, kuat jerit, dan paling suka kacau orang sembahyang, phewww ni paling menduga sekali.

Semoga Aisyah terus diberikan kesihatan yang baik yea..Love u sayang!!














28.1.15

Bila dah terdesak...

SEREMBAN – Guru dan murid-murid tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Mawaddah, Taman Warisan Puteri, Sikamat, di sini, berhadapan detik cemas apabila tadika terbabit dimasuki penjenayah bersenjatakan parang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, kesemua murid-murid dikatakan sedang menunggu kedatangan ibu-bapa untuk mengambil mereka selepas selesai sesi persekolahan.

Pengarah Pasti negeri, Syazwan Zulkafli berkata, secara tiba-tiba datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal dengan bersenjatakan parang dan memakai topi keledar penutup penuh.
“Kedua-dua lelaki itu terus memegang salah seorang penjaga yang datang mengambil anak mereka di tadika. Salah seorang daripadanya mengacukan parang di bahagian leher mangsa.

“Guru yang melihat kejadian itu segera membawa masuk murid-murid ke dalam tadika dan terus mengunci pintu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata, menyedari tindakan guru itu, suspek bertindak menendang pintu dan berjaya memasuki tadika.

“Empat guru wanita bersama beberapa murid berada dalam ketakutan apabila suspek mengugut akan mencederakan jika melawan.

“Suspek meminta wang tetapi guru memberitahu tadika tidak menyimpan wang tunai. Suspek kemudian meminta barang berharga milik guru-guru,” katanya.

Syazwan berkata, bimbang dicederakan suspek, kesemua guru menyerahkan barangan peribadi mereka termasuk beg tangan dan beg yang berisi alat bantuan mengajar.

“Selepas mendapat barang berharga, suspek terus melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan di hadapan tadika.
“Syukur Alhamdulillah kerana guru-guru, murid-murid dan penjaga selamat dan tidak dicederakan suspek ketika kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kejadian tersebut menyebabkan guru-guru dan murid-murid mengalami trauma.

“Ini merupakan kejadian kali pertama dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sikamat sejurus kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan sedang dijalankan.

Petikan dari Sinar Harian 

Ok berita itu menakutkan bila aku mula baca semalam. Sebab anak-anak aku pernah bersekolah di PASTI dan aku boleh bayangkan keadaan tu serupa bila mana parents tengah nak amik anak-anak balik sekolah dengan cikgu tengah kawal para pelajar sebelum bukak gate dan serahkan pelajar pada parents.

See, aku dah boleh jangka keadaan ni (means pada tahun ni) kadar jenayah akan meningkat. Kenapa? Dengan harga barang serba naik, ekonomi yang merundum pastinya orang nak mencari duit untuk survive..Kenapa buat jenayah? Sebab diaorang dah terdesak, tak mampu fikir cara lain nak survive sampai sanggup buat macam berita kat atas tu la..

Memang sangat menyeramkan ok, bila jenayah tu bukan dilakukan pada waktu malam tapi siang ok, tengahari pulak tu..Lagi seram dan menakutkan dekat sekolah tadika..Ya Allah, apa la nak jadik dengan negara kita..

Lepas tu balik kerja semalam, mrhubby bagitau, yang kedai 7E dekat taman aku tu disamun pada jam 8 pagi..Again, pagi ok waktu yang memang orang sibuk keluar masuk kedai dan 7E tu kitaorang selalu singgah..Mujur ada cctv dan dalam siasatan polis sekarang.

Aku tak pasti nak salahkan siapa dalam hal ni memandangkan semua orang terdesak, terdesak untuk hidup dalam zaman yang mencabar, terdesak untuk survive..
Padahal mereka yang takde kerja / yang suka buat jenayah ni kalau kita didik dan bagi peluang insya allah mereka semua boleh dapatkan income secara halal tanpa buat jenayah. Macam-macam kerja dan cara kita boleh buat tinggal nak taknak je.

Diaorang semua tak fikir dosa dan pahala tu yang suka hati je buat jenayah, tau nak hidup senang dan survive..Yes survive ok...Ingatlah esok lusa kalau dah mati, nak merangkak kat padang masyhar nak mintak maaf tu bukan senang..Moga-moga mereka yang buat jenayah ni sedar hidup ni sementara je, moga Tuhan berikan hidayah untuk mereka. Moga Tuhan juga melindungi keluarga aku dan kita semua dari kejadian yang tak diingini dan terus tingkatkan langkah keselamatan untuk semua..

Ni kalau polis dapat tangkap sia-sia je habiskan masa kat penjara..

Sekian, tq sudi baca!

26.1.15

Kisah bekal anak-anak

Salam hari Isnin, selamat bekerja bagi yang mula bekerja hari ni..

Aku sekarang bukan main lagi nak berbento bagai, eh takdelah sebenarnya saja cabar diri sendiri dan cuba disiplinkan diri untuk bekalkan anak-anak dengan makanan setiap hari..Walaupun sebenarnya memang aku buat macam tu pun tapi bila aku join Kelab Bento kat fb teruja betul la nengok diaorang hias bagai..Berusaha jugak nak hias bagai tapi aku ikut kemampuan diri seadanya..Lagipun anak-anak aku ni lunch kat rumah so bawak bekal tu seadanya jela..Yang penting ada bekal kan?

 Ni bekal semalam
Roti tiga lapis letak peanut butter & coklat, cream puff giant, biskut dan buah pear

Tapi sentapnya bila Zara tak makan pun bekal ni sebab dia beli nasi lemak kat kantin sekolah huhu..Dia kata bekal yang aku bagi ni banyak...banyak ke????? Yang Zarif pulak memang licin habis siap kata, apasal la ibu bawakkan sikit je untuk kita?? Tak cukup tau tak, kawan kita mintak sikit..

Ha, nampak tak dua kisah semalam?? Sorang kata bekal banyak sangat, sorang lagi kata sikit sangat, pening kepala ibu nak oii..

Aku memang bawakkan diaorang duit terpulang tapi Zarif ni sejak masuk sekolah dia memang tak suka nak pergi kantin dan beratur semua..Dia kata leceh nak berebut, makan sikit tak puas..Dia memang jenis nak senang je, dia kan memang asik lapar je so dia nak bukak bekal, makanan dah depan mata..

Yang budak pompuan bertuah ni lain pulak..Biasalah pompuan kan suka shopping tu yang teruja nak g beli makanan kat kantin, huhu..Takpelah aku ok je, yelah belajar guna duit pun ok jugak yea tak..Tapi sentap la tak makan bekal aku bawak huhu..Takpe, takpe..Zara memang picky eater susah gila nak makan, susah nak predict apa yang dia suka makan..Zarif pulak tak tau apa yang dia tak suka makan sebab semua pun makan je..

Nasi goreng kicap, popia inti telur, ayam kisar & carrot, cream puff dan cornflakes

Ha ni bekal hari ni..Ala aku takdelah hias macam-macam ala kadar je pun sebab hari ni seawal 5 pagi Aisyah dah bangun agak kelam kabut jugak la aku mengejarkan nak buat semua ni..Bekas yang ada cream puff tu Zarif punya..Beria dia cakap tolong bawak lebih sebab kawan kita nak dia kata krim nya sedap..

Actually creampuff tu hari Sabtu punya ada lebih (yang tak jadik punya see ada hangus sikit tu kan tapi still boleh makan), krim kastard nya aku memang buat lebih so simpan je dalam fridge..Popia tu aku buat dari malam tadi lepas tu frozen kan je..Cornflakes tu saja bagi Zara kot dia nak buat kudapan ke kan..Aku pesan kat Zara, makan mana yang boleh je yea, kalau tak abis pun takpe janji makan tau..

Zarif punya tu confirm habis laa..Kalau bawak roti pun licin lagi la bawak nasi kan? Biasanya Zarif ni makan dengan kawan-kawan dia..Tu yang takde hal aku bawakkan lebih. Semalam lupa nak beli buah tu takde buah hari ni, petang nanti baru nak beli..

Layan ragam anak-anak ni adakala memeningkan tapi dalam masa yang sama menyeronokkan lagi-lagi kalau perangai memang berbeza..

Sekian, tq sudi baca!



22.1.15

Bila aib dibuka

Sedih bila dapat tau fav artis aku zaman sekolah-sekolah dulu Zamani ditangkap polis kerana dadah. Kalau nengok badan dia pun macam dah boleh agak tapi kita bersangka baik je sebab dari awal dulu pun memang dia jenis kurus je..

Ehh aku memang minat giler kat dia ok..Boleh dikatakan semua lagu dia aku hafal la..Kawan-kawan zaman sekolah, adik beradik aku, parents aku, jiran aku semua tau la aku memang minat kat dia ni..

Tapi yelah kan rugi bila bakat yang ada tak digunakan ke jalan yang betul..Aku takmolah komen pasal ni tapi kalau kita pilih kawan yang baik insya allah kita akan menuju ke jalan yang baik..Rugi sangat tau, pasal dia ada suara yang sedap dan bakat...

Ok cuma aku terkejut bila pagi ni nengok video yang dia kena nyanyi kat balai polis sambil digari..Ya Allah tak baiknya buat macam tu? Tak taulah sapa yang rakam, polis kot?? Takut nak tuduh-tuduh tapi tak kisahla siapa yang rakam dan upload ke media sosial memang sangat tak beretika...Mengaibkan orang..Dia dah kena tahan tu dahlah tapi tak payahlah nak rakam kan aksi dia nyanyi sambil bergari tu...Hissshhh, sedih ok..

Itu yang berlaku zaman sekarang aib orang sesenang dibuka dan disebarkan...Ingatlah kita ni ada keluarga, suami, isteri, anak-anak, mak ayah, sedara mara..Satu hari nanti kalau aib kita dibuka pulak macamana???

Semoga yang baik-baik saja untuk Zamani dan harap dia insaf dan berubah ke jalan yang lebih baik...




21.1.15

Kental jiwa & majukan diri - tagline produk kecantikan

Hari tu kan aku rasa siapa nengok AJL mesti perasan pasal produk Qu Puteh kan..Mesti ada yang rasa annoying kan?? Hahaha termasuklah mrhubby aku ok, yang rasa annoying sangat TAPI bukan aku ok..No not me..

Qu Puteh, Qu Puteh barulah putih hehe..

Ok, entah kenapa aku rasa aku boleh terima sebab itu cara dia nak market kan produk dia..Dan percayalah untuk permulaan ni pada aku dia dah berjaya sebab tagline dia tu dah buat anak-anak aku berulang kali cakap..

Bukan sikit oh dia keluarkan modal yea..

Well kalau kita nak buat marketing, kita mestilah buat something yang luar dari kebiasaan untuk buat orang tertarik. Setiap orang ada prinsip dan cara masing-masing, so kita kena hormatlah cara Dato Vida ni walaupun ada rasa dia ni over ke tapi dah tu cara dia..Aku nengok dalam rancangan Raikan Wanita kat Astro Ria, Dato Vida ni memang suka pakai baju yang bling-bling dan suka ada kelainan tu pasal korang nampak dia over ok..

Macam jugak dulu produk yang Kak Ton buat tu, apa tagline dia tu - Cantik tak Kak Ton? Lepas tu produk Dato Syukri tu - Terlajak Larisss...Dan terkini - Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih..Semua tagline ni memang aku akan ingat sampai bila-bila termasuklah muka pengasasnya sekali, hehe..

Untuk marketing ni semua, memang kena buang rasa malu dan jiwa kena kuat dan kental..Tak peduli dengan kutukan dan cakap negatif orang lain, yang penting diaorang berjaya..Diaorang buat produk sendiri, so nak marketing nak cari pendapatan memang lah kena buat camtu..

Even kalau aku sendiri ada produk pun, rasanya aku pun tak boleh jadik macam ketiga-tiga orang ni yang berjaya dengan tagline sendiri dan produk masing-masing sebab aku ni pemalu ok..

Aku pernah dengar kat rancangan Wanita Hari Ini, ada orang bercerita tentang satu produk, tapi serius sampai sekarang aku tak ingat produk apa sebab orang tu cerita kat tv macam ngantuk je suara perlahan lepas tu takde tagline pun huhu..

Tapi cuba kalau Kak Ton, Dato Syukri atau Dato Vida ni keluar kat tv, belum cerita lagi orang dah tau diaorang jual produk apa kan..Lepas tu mesti orang nak dengar apa diaorang cerita sebab nak tau produk apa yang best sangat diaorang jual tu..'

Pada aku ni kisah orang-orang yang berjaya, kata orang bukan senang nak senanglah..Mereka berjaya keluar dari kesusahan, berjaya membina empayar sendiri, berjaya buang perasaan negatif, berjaya buang perasaan malu...Sungguh aku kagum sebab aku sendiri tak mampu buat macam tu..

Insya allah aku doakan diaorang akan terus berjaya..

Yang kutuk-kutuk diaorang dapat apa, dapat dosa je kan, diaorang dapat pahala tambah lagi harta, kita ni nan ado pun huhu..

Eh..aku takde kaitan dengan diaorang pun eh, karang korang ingat aku nak backup pasal aku sedara mara la apa la, even aku tak/belum lagi pakai produk diaorang. No.. takde kaitan langsung pun cuma aku kagum dengan sifat diaorang yang sangat positif untuk majukan diri, itu je...

Sekian, tq..





20.1.15

Beriadah di hujung minggu

Ya Allah serius aku mengantuk sangat ni, kalau la aku diberi cuti hari ni confirm aku akan habiskan masa ni dengan tido..Ni sambil taip ni sambil mata dah nak tertutup dah ni, tinggal tak menguap je lagi. Mujur bos takde 3 hari sampai Khamis..

Malam tadi siapkan granola bars sampai ngantuk-ngantuk aku..Mrhubby yang dah tido pun aku kejutkan balik tolong aku buat bars tu, mana boleh dia dah tido aku buat sorang-sorang kat dapur, huhu..Petang ni dah nak hantar kat kedai, tak taulah cukup ke tidak, serius memang nak buat lebih malam tadi tapi dah letih sangat..

Oklah disebabkan ngantuk meh la kita layan gambar hari Sabtu pagi lepas bawak diaorang jogging dan main kat taman dan tasik area tempat kerja aku je..Janji jogging yea tak, oh aku tukang amik gambar je haha..

Hai nak menung apa lagi la tu....

Budak kecik ni kalau dibawak keluar jalan suka saja - memang pantang dengar bukak pintu

Dah penat jogging rehat la pulak

Eiii geram betul dengan budak kecik ni tauuu

Playground memang kesukaan dia ok

Zara ni memang suka bergayut dan memanjat je
Oh yea masa ni abang Zarif dok rehat dalam kereta je pasal dah penat..

Nengok tu kakak nak main buai dia pun sibuk gak, tu yang abah kena jaga tu

Ingat nak jadikan rutin mingguan la keluar beriadah, berjalan, bersenam kan..Yelah dari g shopping mall abiskan duit baik beriadah yea tak, boleh berjimat kan...:)

Ok still mengantuk lagi ni, padahal aku tido macam biasa je malam tadi, zzzzzzzzzzzzz...

Sekian, tq..






19.1.15

Tahniah AJL dan hantar makanan di butik vendor

Selamat bekerja untuk semua..

Macamana AJL malam tadi? Oklah kalau tanya aku, sebenarnya aku nak HAFIZ atau ALYAH dapat AJL tu sebab lagu dia best..Tapi takpe, tahniah la untuk JOE FLIZZOW dan SONAWAN yang menang bagi lagu APA KHABAR, itu kan rezeki diaorang takyah nak pertikaikan lebih-lebih yea..:)

Cuma kan aku tertarik la dengan persembahan MOJO malam tadi. Terus terang eh, aku sebenarnya kan aku tak suka lagu ni masuk final sebab ada AWEERA, tapi bila dapat tau AWEERA tak nyanyi aku pun ok je cuma aku tak tau siapa yang nyanyi sampailah nengok malam tadi..Wowwww, kagum dan sebak ok..Bayangkan di sebalik kekurangan tu ada kelebihannya, tahniah la jugak sebab menang kategori persembahan terbaik..

Cuti last week takde ke mana pun, sibuk sokmo je..


Ha ni memang tak boleh elak la, memang kena basuh sendiri
Nak putih kena la berus bersih-bersih, aku dah tunjuk contoh so diaorang ikut je
Anak-anak ni kita kena latih diaorang buat sendiri kalau tak penat semua benda kita nak buatkan..



Ok Sabtu lepas aku buat cream puff dan hantar ke butik vendor pulak.
Ni butik vendor baru aku belum cerita kat blog...
Nak buat cream puff ni pun bercinta jugak, bukan senang nak senang gitu tapi alhamdulillah...



Ahaa.. Ni malam tadi buat baked potato, tapi by the time aku buat ni budak-budak dah tido la pulak
Ala saja buat suka-suka, masuk ni dah 2 kali aku buat senang je rupanya..
Pagi ni aku bawak bfast ni dan untuk budak-budak jugak..



Tengah-tengah rehat malam tadi orang butik whatsapp aku mintak stok granola bars..
Oh ye pasal granola bars ni pun aku tak cerita lagi kan, ha nantilah cerita..
Yea aku hantar stok granola bars jugak - ala-ala makan untuk kesihatan gitu..


Alhamdulillah ni permulaan yang baik untuk aku..Aku memang tak promo besar-besaran sebab aku buat sendiri jer, so buat stok pun sikit-sikit je. Nak berjaya bukan mudah, memang banyak kena berkorban tapi bila kita mula rasa hasilnya, kita akan rasa berbaloi dengan setiap pengorbanan yang kita buat..

Kadang kan aku tak tau mana datang kekuatan untuk buat semua ni - aku ada kerja tetap, ibu yang uruskan tiga anak, memasak, baking, kemas rumah, uruskan hal rumah dan lain-lain, tulis blog lagi (walaupun blogger picisan je) tapi semua ni perlukan pengorbanan kan, kalau dah suka dengan sesuatu tu kita akan cari masa untuk buat kan?..

Tq pada yang menyokong, kalau ada kekurangan aku akan baiki..Insya allah mudah-mudahan aku akan terus diberi kesihatan yang baik dan mampu buat apa yang aku minat..Dan special thanks pada mak yang tak jemu bagi nasihat dan sokongan berterusan. :) Satu nasihat mak yang aku ingat - JAGA DAN BETULKAN SOLAT KITA.




18.1.15

Kisah hari ini

Hari ni keadaan macam tenang je, tak macam semalam. Mungkin hari ni hari Ahad, walaupun kerja tapi macam cool je gitu..Cuaca pun redup-redup je, sesedap rasa la..

Pagi ni bangun awal pagi nak siapkan bekal anak-anak, agak lewat sikit bangun dalam pukul 5.15 pagi..Tak lama lepas tu budak kecik Aisyah pulak bangun, haihh..Tau jelah kalau dia dah bangun tu memang dia nak ngempeng je dengan aku, kalau cam tu bilakah masanya pulak aku nak buat kerja kan..Tapi tulah dalam kelam kabut tu terpaksa gak la layankan dia..Hish dia sekarang ni memang tak taulah nak cakap, tahap buat perangai dan betul-betul menguji kesabaran kitaorang yang amat sangat..Tapi camana pun perangai diaorang kitaorang layan je, nama pun baby kan so layan je la..

Lepas tu kan aku rasa macam tak puas la pulak cuti minggu dua hari huhu..Aku rasa baik cuti tiga hari baru rasa masa tu cukup untuk semua, haha melampau kan..Memang aku berangan je ni mustahil sangat la nak dapat cuti sampai 3 hari kan..Tapi aku rasa patut la cuti 3 hari kan? Korang pun suka kan kalau cuti 3 hari yea tak? Ke ada yang tak suka??

Oklah pagi ni bukak akaun nuffnang nak check duit yang ciput tu sekali nengok status non-gliteratti la pulak..Dah kenapa? First time ever ni kena..So tindakannya silalah hantar ticket kepada nuffnang..Petang ni bila check dah ok semula, tq yea nuff dah pulihkan kembali status akaun saya. Setakat ni aku masih setia takdelah curang nak letak iklan lain..

Oklah itu je untuk hari ni, saja gatal nak tulis jugak. Kalau nak cerita bergambar esok lusa je k...:) Oh yea hari ni ada AJL..Ermmm, agak-agak sapa menang..Fav aku, Alyah, Hafiz dan Hazama..Oh maybe Dayang Nurfaizah pun ok kot..Well kita nengok jelah malam nanti k..

Sekian thanks sudi baca ~

15.1.15

Pendapat peribadi jer - peluk budak Kpop

Sebenarnya aku kalau boleh memang tak nak komen pun, taknak dan taknak..Tapi entah kenapa nak tulis sikit je...Pasal budak bertudung yang peluk budak KPOP tu..Well aku tau, sana sini orang dok sibuk cakap pasal kisah ni.

Untuk pengetahun korang aku memang bukan peminat KPOP pun sorry memang bukan taste yang putih-putih ni k, taste aku yang gelap hitam manis gitu hehe..

Ok, aku tak menyokong pun tindakan budak-budak tu (aku dah nengok video dan ia sangat memalukan dan memualkan) TETAPI setiap orang pun akan melakukan kesalahan kan. Pada aku solution yang terbaik adalah kaunseling..Yea kaunseling tanpa dibesar-besarkan di suratkhabar banyak kali. Budak tu pun ada ibu bapa dan ahli keluarga lain kan so aku rasa macam tak elok kalau aib mereka terus dibuka..Cukuplah tekanan yang diaorang hadapi akibat perbuatan sendiri...Takpayahlah nak keluar waran tangkap semua, tu pendapat aku la..

Diaorang budak-budak dan aku paham bila berdepan dengan artis yang diminati perasaan tu sangat over ok, yea bukan over je tapi sangat dan terlebih over. Tu yang jadik cam tu sampai lupa diri sendiri yang bertudung dan sebagainya. Tapi aku taknak cakap lebih yea maklumlah aku ada anak-anak dan aku sendiri tak tau keaadaan anak aku akan datang macamana cuma sebagai parents kita kena didik dan ajar mana yang boleh dan tidak dan guide selagi boleh berlandaskan agama Islam. Kita semua pun bukanlah manusia yang sempurna yea tak?

Pada aku punca utama adalah didikan dari rumah. Sebagai parents kita kena terapkan nilai-nilai murni pada anak-anak (tak boleh harapkan cikgu dan ustaz atau ustazah je), untuk pastikan mereka tak terkeluar dari landasan agama. Percayalah kita semua tak sempurna memang tak patut kita terus jatuhkan hukuman dan berterusan mengaibkan budak-budak tu. Mudah-mudahan apa yang berlaku akan jadi pengajaran yang baik pada diaorang. Nak minat tu suka hati la tapi kelakuan kena jaga jangan terlebih over.

Pihak JAWI pun kalau nak bagi hukuman biarlah adil pada semua. Jangan pada budak-budak ni je, nengok dan intai-intai sikit kat industri hiburan tu..Mana yang haram tu tetap haram takkan nak tutup mata je kan. Dan pada penulis skrip drama dan filem, kena lebih kreatif la, kurangkan la atau tak payah adakan terus adegan pegang atau peluk-peluk kalau membabitkan bukan muhrim..Nak dapatkan feel atau emosi tak perlu nak pegang dan peluk-peluk walaupun hanya lakonan...

Sekian pandangan peribadi saya ni..Peace ok!









14.1.15

Anniversary 11 tahun - haritu..

Eh...aku rasa macam takde cerita lagi la pasal anniversary aku yang ke 11 tahun pada 27 Disember 2014 yang lalu..

Weii 11 tahun dah, phewww nak menuju ke 11 tahun ni banyak sangat liku dan ranjau dalam perhubungan. Suka, duka, gaduh, baik, masam, manis, pahit, payau dan segala-galanya la..Janganlah berangan semua nak manis je eh, takde maknanya walaupun dia la lelaki yang kau cintai selamanya huhu..

Tapi kan aku memang suka gaduh, kalau takde hal pun aku memang suka carik pasal..Bukan apa, kalau baik je aku cepat bosan so sesekali kena buat perangai barulah ada sesi pujuk memujuk (walaupun hakikatnya aku yang pujuk diri sendiri) dan gaduh ni boleh buat kita kenal pasangan kita kan? Ala lagi dah lama kahwin tak kuasalah nak dipujuk, penat la..Saja je, kadang gaduh manja kadang gaduh betul tapi aku ni memang susah nak nangis..Lagi dah bertambah umur ni memang tak kuasa nak gaduh lama-lama, sekejap je sudah..Lagipun tak molek kan nak gaduh depan anak-anak, mak aku selalu pesan jangan buat perangai tak elok depan anak-anak (tapi kadang terlepas jugak..), kalau rasa nak luahkan macam-macam aku whatsapp jelah, jadik anak-anak tak tau huhu..Kadang berjela tulis tapi dia akan balas 'ok jer'..Penat je taip panjang-panjang tau..

Well terus terang aku cakap, so far 11 tahun ni semuanya ok tapi tipulah kalau aku cakap semuanya serba perfect..Takde eh, aku terima semua kelebihan dan kekurangannya, walaupun ada masa aku rasa susahnya nak terima kekurangan tu, tapi kena belajar la kan..Aku tak reti masak ni pun dia ok je takkan lah kekurangan dia aku tak boleh terima, yea tak? Percayalah, dalam hidup suami isteri ni kena saling mempercayai walaupun ada masanya aku dan dia ada la tipu-tipu sikit hehe..Eleh, aku boleh tau kalau dia tipu aku dan aku tau dia pun tau aku ada tipu dia tapi sikit je la..Lain dari tu aku jujur okk..

Bab-bab lain aku ok jer dan aku percaya kitaorang boleh menempuh kehidupan ni dengan lebih hebat lagi. Tq sebab sentiasa bersabar dengan perangai saya yang tak tentu hala dan moody tak kira masa.. Bersyukur sebab berkahwin dengan dia yang sentiasa sabar dalam segala perkara. Percayalah kita saling melengkapi setiap kekurangan dan kelebihan kita..Insya allah doa yang baik-baik yea sayang..

Aku takdelah harapkan apa-apa cuma aku nak kami sekeluarga diberikan kesihatan yang baik..Bila kesihatan yang baik kita boleh buat macam-macam untuk keluarga, kan? Tapi kalau tak sihat, kerja apapun kita tak boleh nak fokus kan...Doakan kitaorang yang baik-baik dan moga hubungan ini terus diberkati hingga ke hujung nyawa..

Masa ni Zara dalam perut - 2009
Motif letak gambar lama - abang nengok awak masa ni kurus ok..kurus....


Sekian, tq sudi baca!!









13.1.15

Bila Zara mula bagi alasan

Masih berkisar lagi soal anak-anak maklumlah baru masuk sekolah kan..

Zara ni jenis yang ok je pada aku dia ni tenang dan cuba menyesuaikan diri la..Takdelah nangis ke apa kan, muka memang tenang je la tapi dalam hati dah mula macam-macam..

Kenapa aku cakap camtu? Sebab balik sekolah rendah semalam dia dah mula cakap, adik penatlah ibu, taknak sekolah boleh? Hahah, ingat ni sekolah tadika ke main taknak-taknak sekolah, tapi aku tak boleh la nak marah, psiko baik punya..

Lepas tu tengahari semalam gigihlah aku masakkan spageti bolognese;


Spageti bolognese ni memang favourite dia la..Dia cakap, ibu masak spageti ke? Adik suka sangat, kalau buat ni adik macam tak boleh nak sekolah la, nanti adik makan nak bertambah-tambah je jadik susah nak pergi sekolah...See permainan dia...Tapi ibu tak boleh kalah...Kita tambah lagi kuasa psiko haha..

Amboi baru dua hari dah mula nak buat hal hehe..Tapi biasalah budak-budak kan, nak-nak pulak g sekolah agama tu takde abang dia sebab sesi yang berbeza, jadik nak pergi sekolah tu muka tu macam awang mendung..Antara nak hujan ke tak hujan..Paham tak? --- Kira cam nak nangis ke tak ni..


Malam tadi dah start mengaji, tapi sebab pergi dengan abang Zarif dia takde hal sebab ada kawan kan..Nasiblah Zarif ni boleh diharap memang macam bodyguard kat adik la..Kat sekolah pagi, dia memang nengokkan Zara selalu..Lepas tu selalu tanya Zara, adik ni takde kawan lagi ke? Cariklah kawan..Hai anak la anak..

Pagi ni bangun pagi buat lagi muka mendung, tapi air mata dah bergenang dah..Psiko tetap psiko...Aku bfast dengan dia, sambil psiko sambil nasihat dan macam-macam lagi..Cakap tu dengan keadaan tenang dan baik..Ala Zara ni ada masa dia keras tapi ada masa tu memang fragile la..So kena pandai main emosi..Sambil cakap sambil suap roti kat dia, fuh mithali sungguh aku pagi ni semata-mata nak bagi dia semangat..

Bukan senang nak senang ye nak besarkan anak..Baru nak masuk 3 hari ni, memang kena sabar lagi, esok baru hari Rabu, adui lambat betul nak menuju ke hari Khamis tau..

Sekian la yea..

*Maaf kualiti gambar kurang elok.

12.1.15

Sesi persekolahan 2015 - Bila Zara darjah satu

Ok semalam negeri Johor dan negeri-negeri di Pantai Timur dah memulakan sesi persekolahan. Aku cuti semalam sebab anak nak masuk darjah satu kan padahal bukan tunggu seharian kat sekolah tapi biasalah nak uruskan apa yang patut..Aku stay sekolah sampai pukul 8 je..Mrhubby hantar awal lepas tu dah kena balik sekolah sebab dia ada kelas awal pagi..Memang gitulah dari masa Zarif darjah satu pun aku tunggu jap, nak buat camana kan abah kerja cikgu tak boleh nak tunggu lama sebab dia pun ada tanggungjawab. Tapi budak sekarang ni dah berani takde nangis-nangis la..Ada pun yang jenis manja-manja je nak ibu abah nampak depan mata tapi takdelah nangis-nangis..

Dah darjah satu dah sayang ibu ni

Alahai besar dah anak ibu..
Kalau ada orang kacau Zara, panggil abang Zarif tau, dia ada red belt hehe..

Banyak kali aku pesan kat Zarif, jangan lupa nengok adik kat sekolah, tunjukkan dia apa yang dia tak tau. Zarif tu abang kena ada rasa tanggungjawab. Berkali-kali aku pesan kat dia tau. Punyalah taknak dia lupa yang dia ada adik kat sekolah. Tapi aku trust kat dia, insya allah dia abang yang baik dan boleh nengokkan adik. Jangan masa mula-mula je ni dia nengokkan huhu. Semalam dia bagitau la yang dia nengok Zara kat kantin, sejuk hati aku dengar hehe..


Ha Zara ada tu terselit kat sebelah budak lelaki tu

Tu Zara duduk depan sekali tapi balik sekolah semalam cakap dah kena pindah belakang

Belajar rajin-rajin tau..

Sebelum balik rumah, punyalah sebak nak tinggalkan Zara padahal dia memang tenang je, aku pulak yang lebih-lebih. Biasalah sindrom mak-mak kan, mana ada tak sedih. Rasa macam baru je lahirkan dia tetiba dah darjah satu...Kenapalah masa ni cepat sangat berlalu? Anak-anak dah besar, aku dah tua ok, huhu..Umur pun tak lama lagi nak jengah 40 tahun, cam tak caya ok sebab selalu rasa diri ni cam umur 26 je huhu..

Balik dari sekolah aku jalan kaki huhu, cuaca redup tapi boleh tahan berpeluh la
Takpe bakar lemak selama ni asiklah naik kereta je kan, sesekali jalan kaki pulak

Sekolah agama pulak..

Balik sekolah rendah semalam Zara tanya aku, kita ada nak pergi sekolah lagi ke ibu? Haihh mestilah ada sekolah agama pulak..Lepas tu dia cakap, ada lagi ke? Kita dah penat la..Amboi baru hari pertama ni, belum lagi hari-hari mendatang hehe..Terpaksa la psiko dia - sekolah agama ni sekejap je, tak lama pun, kejap lagi balik la..Nasib baik la dia ok je.. Sekolah agama ni Zarif dengan Zara lain sesi so Zara kena pandai bawak diri la..Dengan Zara ni aku ni memang asik risau je, maklumlah anak perempuan kan..

Zarif aku kurang risau sikit pasal masa masuk darjah satu dulu badan dia paling besar dan dia jenis yang boleh bawak diri..Zara pun ok jugak cuma sebab dia perempuan je kan, tu yang risau lebih..

Kat sekolah agama ni kena baca ikrar lafaz penyerahan anak kepada sekolah

Cikgu pun ada ikrar terima anak kita

Sebelum amik Zara, kita hantar pulak dia ke sekolah
Pakai vest tu maklumlah pengawas - muka tak redha nak amik gambar ok

Gitulah serba sedikit kisah anak-anak yang sekolah semalam. Memang aku bawakkan bekal untuk diaorang tapi bekal yang simple je ikut kemampuan diri. Kalau boleh nak berbento jugak tapi aduhai bekal yang simple pun ok la janji ada..Sorang kuat makan sorang lagi kurang makan. Zara punya bekal semalam ada bawak baki makanan, Zarif punya kosong licin hehe..

Semoga anak-anak ibu semua dapat fokus dan belajar rajin-rajin. Ibu dan abah akan selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak...

Oh yea, lupa la ada lagi sorang  la hehe..

 Yelah Aisyah pun nak belajar jugak kan..:)

Rutin sebagai ibu yang sibuk pun dah bermula. Seawal 4.45 pagi aku dah bangun cuba uruskan dan sediakan apa yang patut..Penat tapi aku suka..:)

Sekian tq sudi baca!





8.1.15

Moga mereka dilindungi dan dijumpai - please share!


Aku dah repost kat Instagram dan dah share kat whatsapp group. Korang boleh nengok kat instagram mak dia. Post sejam lalu masih takde khabar berita, kalau boleh tolong share sebanyak yang boleh, insya allah kita doa moga anak-anak ini dapat ditemui. Hati mak mana yang tak resah bila anak-anak hilang..Korang boleh nengok kat instagram mak dia seperti tertera - habbatussauda_milkbooster

Untuk makluman anak-anak ni hilang di Taman Daya Jalan Pinang 52 Johor Bahru. Si abang bernama Mohd Iman Zafri - 11 tahun dan adik Nur Alysyah Zafiera 9 tahun. Semasa kejadian abang memakai baju hitam dan berseluar hitam manakala si adik memakai baju tido berwarna putih bintik-bintik merah..Kalau ada maklumat boleh hubungi balai polis terdekat atau terus call ibu (Yana) - 013-7009064 atau ayahnya (Hudzaifah) 017-7773985.

Sharing is Caring right???

6.1.15

Sippy cup berubah rupa

Aisyah ni aku memang tak taulah kategori apa yang memang payah betul nak hisap botol susu, memang nak ngempeng je dengan aku ke atau tak taulah nak kata apa..Macam dah pernah cakap botol atau puting mahal ke murah semua dah cuba tapi tak berjaya. Takpe aku bagi tempoh sampai dua tahun je bulan Jun ni lepas tu kita nengoklah apa jadik seterusnya hehe..

So disebabkan makin membesar dan aku pun dah putus asa nak guna botol susu lagi, meh la kita belikan je sippy cup. So haritu belek punya belek kat kedai terjumpa sippy cup yang boleh berubah rupa ni dengan harga yang murah. Takyah nak beli mahal sangat la sekarang serba serbi kena jimat.

Ok sebenarnya ada lagi yang lebih murah tapi sebab dia boleh berubah macam-macam so aku rasa harga tu dah setara sangat la tu..

Kira RM12 la tu..

Nengok boleh minum cara gini -
muncung tu lembut tau kira boleh lentur

Nak yang straw pun boleh

Ha, nak guna puting pun boleh ok

Kira semua pun boleh la..Aisyah pulak jenis tak sabar..Setakat ni dah try jenis yang muncung tu dengan straw jer. Paling laju guna straw jela, adehh..Memang kena sabar dan bertabah sangat dengan Aisyah sayang ni..

Yeah itulah Aisyah dengan cara dia, ni propa je k...
Hakikatnya dia tak beria pun nak guna sippy cup ni huhu..


Betul la orang kata anak-anak ni macam-macam perangai so memang la kena banyak sabar..So buat masa sekarang ni memang layan jelah segala kehendak dia..Mujurlah dia ni suka makan, so kat taska memang kurang minum susu tapi lebih makan. Kalau lepas dua tahun nak mengempeng jugak memang kena ada plan B la..Ke korang ada tips?? Perlu ke biarkan sebab pengalaman dengan dua anak sebelum ni, tak masuk dua tahun masing-masing dah reti minum botol susu sendiri..

5.1.15

Kisah bonus, gegar vaganza & lamaran serta sekolah

Bonus tak masuk lagi so takyah la bersusah payah nak check kat atm, memang confirm tak masuk. Tapi kakitangan kerajaan negeri Johor katanya masuk hari ni jugak. Well.....Ermm, itulah kerajaan, takpelah tunggu jelah, kalau ada, ada la kan...Tapi yang pasti memang takde dan tak masuk lagi..UPDATED : BONUS 15/1/2015

Aku sebenarnya tak tau nak update apa, tapi kecoh sana sini pasal Konsert Gegar Vaganza final semalam dengan kejutan demi kejutan termasuklah lamaran dari Hairul Azreen pada Hanis Zalikha. Well aku tak nengok full semua sebab on off. Faktor umur kot pasal tu tak teruja dengan hiburan ni lagi, semak dah otak aku dengan nyanyi-nyanyi ni semua. Pasal tu aku terlepas slot lamaran tu..Aku cuma suka nengok Rahmat Mega dengan Mamat nyanyi jer. Aku dulu peminat kumpulan Mega dengan Exist, semua lagu diaorang aku hafal hehe..Tapi tu dulu laa, bila ingat lagu lama terus teringat momen masa zaman sekolah, kisah cinta monyet -- eh ada ke? Hehehe..

Untuk Hanis Zalikha dan Hairul Azreen semoga cepat kahwin dan berbahagia sentiasa. Kita kena doakan yang baik, walaupun orang kata macam-macam tapi pada aku tu cara masing-masing. Kita jangan sibuk sangat nak kata hal orang, sentiasa doakan yang baik-baik je. Macam sekarang kita nengok banyak orang yang dulu seksi tapi dah terima hidayah Allah dan dah berubah. Sedangkan kita ni sibukkkkk je nak mengumpat sana sini macam la kita ni baik sangat ----- peringatan untuk diri jugak sebab selalu ajar diri jangan sibuk nak kata hal orang lain...

Aku ingat sekolah tadika extend seminggu jugak macam sekolah rendah dan menengah, tapi tidak yea? Nengok ramai kawan-kawan update kat fb dan blog hantar anak ke sekolah tadika sejak semalam. Rindu pulak bila nengok anak sekolah tadika maklumlah Zara akan mula bersekolah darjah satu next wk. Ingat nak cuti Ahad depan, walaupun bukan dok kat sekolah dengan diaorang tapi tulah nak pantau-pantau jugak pagi tu..Zaman sekarang nak hantar anak ke sekolah darjah satu bukan cam dulu-dulu dok tunggu, budak sekarang dah berani pasal dah hantar sekolah tadika seawal umur 4 tahun so diaorang dah berdikari. Aku tau anak-anak aku ni dah tak sabar sangat ni nak sekolah , tahap dah boring dok umah, sabar yea anak-anak lagi 6 hari je...

Oklah, tu je nak sembang hari ni..

Sekian ~





1.1.15

Penyelesaian bila S3 selalu habis bateri

Ikutkan aku dah putus asa ok, bateri selalu habis..Banyak usaha dah aku buat tapi aku sayang pada S3 ni, sayang sangat hehe..Yelah bukannya berduit nak beli hp baru sebab aku rasa S3 ni boleh guna lagi. Yang aku geram bila charge guna kabel biasa tu, bateri tak naik pun makin turun ada la..

Lepas tu dah pergi kedai banyak kali betulkan tempat masuk nak charging tu. Kalau betulkan part tu je kadang dah cecah RM50 tapi still ada problem. So orang kedai kata hantar Samsung Service je. So far aku belum buat ni je lagi, yelah kan katanya ada something wrong la dengan hp aku ni atau kata lainnya ikutkan hp aku ni macam dah sampai masanya...Amboi, dengan kata lain lagi dah sampai masa aku kena beli hp baru la..Tapi sorrylah bukan sekarang la pasal aku rasa ok lagi hp ni. :) Selagi boleh diguna aku akan gunakan sampailah ia kong satu hari nanti hehe..

So apa penyelesaian yang aku buat..Aku beli satu lagi bateri so aku ada dua bateri phone S3. So disebabkan aku tak boleh nak guna kabel nak charge hp ni makanya aku beli macam bateri deck..Ala bukan bateri deck pun, kira tempat nak charge bateri selain menggunakan kabel. Kiranya aku charge bateri di luar hp la..



Itulah rupanya tempat nak charge bateri tu..Aku pun tak reti nak terangkan camana. Aku beli benda alah ni kat kedai kiosk biasa kat mall je. Harganya RM20 je. Gitulah rupa kalau aku nak charge bateri tu, cam pelik je kan keadaannya. Tapi kan masa tengah charge tu nanti akan ada lampu hijau sebelah lampu merah tu berkelip-kelip sampailah kalau bateri dah full keluar lampu hijau tu full tanpa kelip lagi. Bateri tu boleh tahan cam tu sebab ada klip dawai mencengkam kat part bateri tu (later aku akan fokuskan lagi bagi yang nak tau la).

So far aku dah gunakan ni dah nak dekat dua ke tiga minggu kira ok la. Takde masalah setakat ni sebab aku malas nak hantar Samsung Service lagi. Tapi remehnya asik kena tukar bateri je la..Setakat ni kalau full pun takdelah sampai 100% tapi adalah dalam 96-97 % je tapi puas hati la..

Andaikata kalau bateri aku dah kong lepas ni pasrah je laa, so far ni aku guna dan layan je sebaiknya...

Sekian..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...