14.1.15

Anniversary 11 tahun - haritu..

Eh...aku rasa macam takde cerita lagi la pasal anniversary aku yang ke 11 tahun pada 27 Disember 2014 yang lalu..

Weii 11 tahun dah, phewww nak menuju ke 11 tahun ni banyak sangat liku dan ranjau dalam perhubungan. Suka, duka, gaduh, baik, masam, manis, pahit, payau dan segala-galanya la..Janganlah berangan semua nak manis je eh, takde maknanya walaupun dia la lelaki yang kau cintai selamanya huhu..

Tapi kan aku memang suka gaduh, kalau takde hal pun aku memang suka carik pasal..Bukan apa, kalau baik je aku cepat bosan so sesekali kena buat perangai barulah ada sesi pujuk memujuk (walaupun hakikatnya aku yang pujuk diri sendiri) dan gaduh ni boleh buat kita kenal pasangan kita kan? Ala lagi dah lama kahwin tak kuasalah nak dipujuk, penat la..Saja je, kadang gaduh manja kadang gaduh betul tapi aku ni memang susah nak nangis..Lagi dah bertambah umur ni memang tak kuasa nak gaduh lama-lama, sekejap je sudah..Lagipun tak molek kan nak gaduh depan anak-anak, mak aku selalu pesan jangan buat perangai tak elok depan anak-anak (tapi kadang terlepas jugak..), kalau rasa nak luahkan macam-macam aku whatsapp jelah, jadik anak-anak tak tau huhu..Kadang berjela tulis tapi dia akan balas 'ok jer'..Penat je taip panjang-panjang tau..

Well terus terang aku cakap, so far 11 tahun ni semuanya ok tapi tipulah kalau aku cakap semuanya serba perfect..Takde eh, aku terima semua kelebihan dan kekurangannya, walaupun ada masa aku rasa susahnya nak terima kekurangan tu, tapi kena belajar la kan..Aku tak reti masak ni pun dia ok je takkan lah kekurangan dia aku tak boleh terima, yea tak? Percayalah, dalam hidup suami isteri ni kena saling mempercayai walaupun ada masanya aku dan dia ada la tipu-tipu sikit hehe..Eleh, aku boleh tau kalau dia tipu aku dan aku tau dia pun tau aku ada tipu dia tapi sikit je la..Lain dari tu aku jujur okk..

Bab-bab lain aku ok jer dan aku percaya kitaorang boleh menempuh kehidupan ni dengan lebih hebat lagi. Tq sebab sentiasa bersabar dengan perangai saya yang tak tentu hala dan moody tak kira masa.. Bersyukur sebab berkahwin dengan dia yang sentiasa sabar dalam segala perkara. Percayalah kita saling melengkapi setiap kekurangan dan kelebihan kita..Insya allah doa yang baik-baik yea sayang..

Aku takdelah harapkan apa-apa cuma aku nak kami sekeluarga diberikan kesihatan yang baik..Bila kesihatan yang baik kita boleh buat macam-macam untuk keluarga, kan? Tapi kalau tak sihat, kerja apapun kita tak boleh nak fokus kan...Doakan kitaorang yang baik-baik dan moga hubungan ini terus diberkati hingga ke hujung nyawa..

Masa ni Zara dalam perut - 2009
Motif letak gambar lama - abang nengok awak masa ni kurus ok..kurus....


Sekian, tq sudi baca!!









3 comments:

  1. Semoga terus berbahagia bersama hingga ke Jannah...

    ReplyDelete
  2. Posing kat pokok belimbing tu yg tak menahan kecurnya Huda:)

    Bila dah 11 tahun rasanya dah masak dah apa yg suka dan tak suka kan
    Moga terus mendapat limpahan kebahagiaan dah keberkatan dlm berkeluarga Huda.

    ReplyDelete
  3. semoga terus bahagia hingga jannah n diberi kesihatan yg memuaskan mcm yg akak nak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...