Hari ni keadaan macam tenang je, tak macam semalam. Mungkin hari ni hari Ahad, walaupun kerja tapi macam cool je gitu..Cuaca pun redup-redup je, sesedap rasa la..
Pagi ni bangun awal pagi nak siapkan bekal anak-anak, agak lewat sikit bangun dalam pukul 5.15 pagi..Tak lama lepas tu budak kecik Aisyah pulak bangun, haihh..Tau jelah kalau dia dah bangun tu memang dia nak ngempeng je dengan aku, kalau cam tu bilakah masanya pulak aku nak buat kerja kan..Tapi tulah dalam kelam kabut tu terpaksa gak la layankan dia..Hish dia sekarang ni memang tak taulah nak cakap, tahap buat perangai dan betul-betul menguji kesabaran kitaorang yang amat sangat..Tapi camana pun perangai diaorang kitaorang layan je, nama pun baby kan so layan je la..
Lepas tu kan aku rasa macam tak puas la pulak cuti minggu dua hari huhu..Aku rasa baik cuti tiga hari baru rasa masa tu cukup untuk semua, haha melampau kan..Memang aku berangan je ni mustahil sangat la nak dapat cuti sampai 3 hari kan..Tapi aku rasa patut la cuti 3 hari kan? Korang pun suka kan kalau cuti 3 hari yea tak? Ke ada yang tak suka??
Oklah pagi ni bukak akaun nuffnang nak check duit yang ciput tu sekali nengok status non-gliteratti la pulak..Dah kenapa? First time ever ni kena..So tindakannya silalah hantar ticket kepada nuffnang..Petang ni bila check dah ok semula, tq yea nuff dah pulihkan kembali status akaun saya. Setakat ni aku masih setia takdelah curang nak letak iklan lain..
Oklah itu je untuk hari ni, saja gatal nak tulis jugak. Kalau nak cerita bergambar esok lusa je k...:) Oh yea hari ni ada AJL..Ermmm, agak-agak sapa menang..Fav aku, Alyah, Hafiz dan Hazama..Oh maybe Dayang Nurfaizah pun ok kot..Well kita nengok jelah malam nanti k..
Sekian thanks sudi baca ~
fav saya, Dyg Nurfaizah...respek sama vokal dia..Alhamdulillah dia dapat vokal terbaik :)
ReplyDelete