Finally dah hari Khamis.
Jadual aku pack bermula hari ni sampailah hari Sabtu, tak tau nak cakap macamana. Tapi takpe semua tu menuntut pengorbanan. Hari cuti pun dah serupa macam tak cuti. Hari Sabtu adalah birthday Zarif yang ke 10 tahun..What?? 10 tahun? Cepatnya la membesar anak ibu ni...
Takde plan nak buat apapun, serius memang takde apa, sebab hari Sabtu tu mrhubby sekolah so maybe aku nak buatkan kek je kot, lebih jimat dan makan-makan dengan keluarga je.
Ok ni nak cerita la pagi tadi si Aisyah tu mengada buat perangai menangis jerit-jerit asiklah kejar aku ke hulu hilir..Aduii, budak kecik ni pun satu hal, bangun dah la awal..Aku bangun pukul 5 dia pun sibuk nak bangun jugak tak lama lepas tu..Macam boleh je bau aku takde kat sebelah dia..Lepas tu taknak dengan orang lain, nak aku jugak, hisshh sabar je la ok.
Tadi pagi panggil kucing nak lekakan dia pun tak jalan jugak, tetaplah melalak..Faham je lah kan waktu pagi biasa la nak rushing buat macam-macam, time tu kalau dah bangun lepas tu nak melekat je memang la payah. Kalau nak hisap botol ke lainlah cerita..
Bulan 6 nanti genap dah 2 tahun. Alhamdulillah setakat ni kesihatan dia baik, syukur sangat. Lepas tu umur dia macam ni memang syok sangat dibuat main, geram tau..Asik nak kena gomol je, lepas tu mulut dia bising asik cakap, "pi..pi..pi.." - bukan pipi ok tapi tepiiii..Dia pantang orang kacau dia, so kalau dia tengah main atau makan lepas tu kita kacau dia, memang dia suruh ketepi laaa..
Dia dah kena cakar dengan kucing ni pasal kucing ni bunting tapi dia sesuka hati je kacau, picit kucing tu so apa lagi, tau pulak mengadu sakit..Tapi tak nangis, dia makin pergi dekat kucing nak kacau lagi ada la...
Memang menduga betul la budak kecik ni, tapi suka kacau dia..Beza umur dia dengan anak sedara aku ( anak adik aku) selang seminggu je tapi anak sedara aku makin petah cakap..Yang dia ni susah betul nak cakap..Nak kena pujuk betul-betul nak cakap, boleh la cakap bukan tak boleh terus. Setakat cakap abah, abang, kakak, air, atuk, cat, oklah, nak sebut ibu tak reti tapi reti sebut mummy. Yang dia dah terer bukak dan pakai seluar sendiri ok :). Kuat makan, kuat jerit, dan paling suka kacau orang sembahyang, phewww ni paling menduga sekali.
Semoga Aisyah terus diberikan kesihatan yang baik yea..Love u sayang!!
Kejap aje dah nak 2 tahun ye Huda
ReplyDeleteTapi memang geram tengok pipi montelnya tu:)