22.1.15

Bila aib dibuka

Sedih bila dapat tau fav artis aku zaman sekolah-sekolah dulu Zamani ditangkap polis kerana dadah. Kalau nengok badan dia pun macam dah boleh agak tapi kita bersangka baik je sebab dari awal dulu pun memang dia jenis kurus je..

Ehh aku memang minat giler kat dia ok..Boleh dikatakan semua lagu dia aku hafal la..Kawan-kawan zaman sekolah, adik beradik aku, parents aku, jiran aku semua tau la aku memang minat kat dia ni..

Tapi yelah kan rugi bila bakat yang ada tak digunakan ke jalan yang betul..Aku takmolah komen pasal ni tapi kalau kita pilih kawan yang baik insya allah kita akan menuju ke jalan yang baik..Rugi sangat tau, pasal dia ada suara yang sedap dan bakat...

Ok cuma aku terkejut bila pagi ni nengok video yang dia kena nyanyi kat balai polis sambil digari..Ya Allah tak baiknya buat macam tu? Tak taulah sapa yang rakam, polis kot?? Takut nak tuduh-tuduh tapi tak kisahla siapa yang rakam dan upload ke media sosial memang sangat tak beretika...Mengaibkan orang..Dia dah kena tahan tu dahlah tapi tak payahlah nak rakam kan aksi dia nyanyi sambil bergari tu...Hissshhh, sedih ok..

Itu yang berlaku zaman sekarang aib orang sesenang dibuka dan disebarkan...Ingatlah kita ni ada keluarga, suami, isteri, anak-anak, mak ayah, sedara mara..Satu hari nanti kalau aib kita dibuka pulak macamana???

Semoga yang baik-baik saja untuk Zamani dan harap dia insaf dan berubah ke jalan yang lebih baik...




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...