SEREMBAN – Guru dan murid-murid tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti)
Al-Mawaddah, Taman Warisan Puteri, Sikamat, di sini, berhadapan detik
cemas apabila tadika terbabit dimasuki penjenayah bersenjatakan parang,
semalam.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, kesemua murid-murid dikatakan sedang menunggu kedatangan ibu-bapa untuk mengambil mereka selepas selesai sesi persekolahan.
Pengarah Pasti negeri, Syazwan Zulkafli berkata, secara tiba-tiba datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal dengan bersenjatakan parang dan memakai topi keledar penutup penuh.

“Kedua-dua lelaki itu terus memegang salah seorang penjaga yang datang
mengambil anak mereka di tadika. Salah seorang daripadanya mengacukan
parang di bahagian leher mangsa.
“Guru yang melihat kejadian itu segera membawa masuk murid-murid ke dalam tadika dan terus mengunci pintu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Beliau berkata, menyedari tindakan guru itu, suspek bertindak menendang pintu dan berjaya memasuki tadika.
“Empat guru wanita bersama beberapa murid berada dalam ketakutan apabila suspek mengugut akan mencederakan jika melawan.
“Suspek meminta wang tetapi guru memberitahu tadika tidak menyimpan wang tunai. Suspek kemudian meminta barang berharga milik guru-guru,” katanya.

Syazwan berkata, bimbang dicederakan suspek, kesemua guru menyerahkan
barangan peribadi mereka termasuk beg tangan dan beg yang berisi alat
bantuan mengajar.
“Selepas mendapat barang berharga, suspek terus melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan di hadapan tadika.
“Selepas mendapat barang berharga, suspek terus melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan di hadapan tadika.
“Syukur Alhamdulillah kerana guru-guru, murid-murid dan penjaga selamat dan tidak dicederakan suspek ketika kejadian,” katanya.
Beliau berkata, kejadian tersebut menyebabkan guru-guru dan murid-murid mengalami trauma.
“Ini merupakan kejadian kali pertama dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sikamat sejurus kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan sedang dijalankan.

Petikan dari Sinar Harian
Ok berita itu menakutkan bila aku mula baca semalam. Sebab anak-anak aku pernah bersekolah di PASTI dan aku boleh bayangkan keadaan tu serupa bila mana parents tengah nak amik anak-anak balik sekolah dengan cikgu tengah kawal para pelajar sebelum bukak gate dan serahkan pelajar pada parents.
See, aku dah boleh jangka keadaan ni (means pada tahun ni) kadar jenayah akan meningkat. Kenapa? Dengan harga barang serba naik, ekonomi yang merundum pastinya orang nak mencari duit untuk survive..Kenapa buat jenayah? Sebab diaorang dah terdesak, tak mampu fikir cara lain nak survive sampai sanggup buat macam berita kat atas tu la..
Memang sangat menyeramkan ok, bila jenayah tu bukan dilakukan pada waktu malam tapi siang ok, tengahari pulak tu..Lagi seram dan menakutkan dekat sekolah tadika..Ya Allah, apa la nak jadik dengan negara kita..
Lepas tu balik kerja semalam, mrhubby bagitau, yang kedai 7E dekat taman aku tu disamun pada jam 8 pagi..Again, pagi ok waktu yang memang orang sibuk keluar masuk kedai dan 7E tu kitaorang selalu singgah..Mujur ada cctv dan dalam siasatan polis sekarang.
Aku tak pasti nak salahkan siapa dalam hal ni memandangkan semua orang terdesak, terdesak untuk hidup dalam zaman yang mencabar, terdesak untuk survive..
Padahal mereka yang takde kerja / yang suka buat jenayah ni kalau kita didik dan bagi peluang insya allah mereka semua boleh dapatkan income secara halal tanpa buat jenayah. Macam-macam kerja dan cara kita boleh buat tinggal nak taknak je.
Diaorang semua tak fikir dosa dan pahala tu yang suka hati je buat jenayah, tau nak hidup senang dan survive..Yes survive ok...Ingatlah esok lusa kalau dah mati, nak merangkak kat padang masyhar nak mintak maaf tu bukan senang..Moga-moga mereka yang buat jenayah ni sedar hidup ni sementara je, moga Tuhan berikan hidayah untuk mereka. Moga Tuhan juga melindungi keluarga aku dan kita semua dari kejadian yang tak diingini dan terus tingkatkan langkah keselamatan untuk semua..
Ni kalau polis dapat tangkap sia-sia je habiskan masa kat penjara..
Sekian, tq sudi baca!
Mmg keadaan ekonomi buat kita semua terdesak...tapi saya tak setuju dek kerana terdesak,mereka ini gamak menyamun...sebab di negara kita ini,teruk mcm mana ekonominya ...masih byk peluang kerja/jana rezeki...antara malas dgn rajin aja...buktinya,indon nepal bangla masih boleh buat duit kat negara kita...
ReplyDeleteBetul setuju tu, sebenarnya banyak je peluang kerja yang ada, tapi kebanyakan orang kita ni malas berusaha..Saya pun tak setuju diaorang nak menyamun semua tapi bila diaorang tak mampu nak fikir dan dah terdesak sangat la sampai sanggup buat jenayah..
DeleteAllah!! serius seriau weyyy...
ReplyDeleteanak aku pun PASTI jugak..
semoga anak2 kita semua selamat dari ditimpa segala musibah dan bencana...amin...