6.1.15

Sippy cup berubah rupa

Aisyah ni aku memang tak taulah kategori apa yang memang payah betul nak hisap botol susu, memang nak ngempeng je dengan aku ke atau tak taulah nak kata apa..Macam dah pernah cakap botol atau puting mahal ke murah semua dah cuba tapi tak berjaya. Takpe aku bagi tempoh sampai dua tahun je bulan Jun ni lepas tu kita nengoklah apa jadik seterusnya hehe..

So disebabkan makin membesar dan aku pun dah putus asa nak guna botol susu lagi, meh la kita belikan je sippy cup. So haritu belek punya belek kat kedai terjumpa sippy cup yang boleh berubah rupa ni dengan harga yang murah. Takyah nak beli mahal sangat la sekarang serba serbi kena jimat.

Ok sebenarnya ada lagi yang lebih murah tapi sebab dia boleh berubah macam-macam so aku rasa harga tu dah setara sangat la tu..

Kira RM12 la tu..

Nengok boleh minum cara gini -
muncung tu lembut tau kira boleh lentur

Nak yang straw pun boleh

Ha, nak guna puting pun boleh ok

Kira semua pun boleh la..Aisyah pulak jenis tak sabar..Setakat ni dah try jenis yang muncung tu dengan straw jer. Paling laju guna straw jela, adehh..Memang kena sabar dan bertabah sangat dengan Aisyah sayang ni..

Yeah itulah Aisyah dengan cara dia, ni propa je k...
Hakikatnya dia tak beria pun nak guna sippy cup ni huhu..


Betul la orang kata anak-anak ni macam-macam perangai so memang la kena banyak sabar..So buat masa sekarang ni memang layan jelah segala kehendak dia..Mujurlah dia ni suka makan, so kat taska memang kurang minum susu tapi lebih makan. Kalau lepas dua tahun nak mengempeng jugak memang kena ada plan B la..Ke korang ada tips?? Perlu ke biarkan sebab pengalaman dengan dua anak sebelum ni, tak masuk dua tahun masing-masing dah reti minum botol susu sendiri..

4 comments:

  1. Aku baca kalau betul dia suka makan lagi bagus galakkan dia makan more. Xpe kurang susu fm. As long 1 atau 2 x je da ckup. Ko boleh try asam jawa tu. Mmg works. Umar mmg taknak langsung bf masa aku try letak asam jawa tu. penat aku pujuk balik. Tp asam jawa tu last method la. Make sure aisyah da ok minum fm baru ko pakai asam jawa method. Sbb kalau dia reject fm and xnk bf, susah la plak. Umar dia da ok minum fm. Cuba aku yg belum bersedia utk wean off dia sepenuhnye. Ckup 2 tahun, insyaallah aku wean off betul.

    ReplyDelete
  2. Lain anak lain ragamnya....layankan aje lah.... :)

    ReplyDelete
  3. hurmm..xde tips nk bg la kak.. mcm² peel budak² skang..

    ReplyDelete
  4. Mana nak sama ngempeng dgn ibu kan Aisyah kan.
    Ngempeng dgn ibu ada aura luarbiasa yg ibu tak tahu.

    ps: Kakak rasa dah 2 tahun pun masih payah Huda sebab lagi besar lagilah dia tahu menilai mana lagi best:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...