26.1.15

Kisah bekal anak-anak

Salam hari Isnin, selamat bekerja bagi yang mula bekerja hari ni..

Aku sekarang bukan main lagi nak berbento bagai, eh takdelah sebenarnya saja cabar diri sendiri dan cuba disiplinkan diri untuk bekalkan anak-anak dengan makanan setiap hari..Walaupun sebenarnya memang aku buat macam tu pun tapi bila aku join Kelab Bento kat fb teruja betul la nengok diaorang hias bagai..Berusaha jugak nak hias bagai tapi aku ikut kemampuan diri seadanya..Lagipun anak-anak aku ni lunch kat rumah so bawak bekal tu seadanya jela..Yang penting ada bekal kan?

 Ni bekal semalam
Roti tiga lapis letak peanut butter & coklat, cream puff giant, biskut dan buah pear

Tapi sentapnya bila Zara tak makan pun bekal ni sebab dia beli nasi lemak kat kantin sekolah huhu..Dia kata bekal yang aku bagi ni banyak...banyak ke????? Yang Zarif pulak memang licin habis siap kata, apasal la ibu bawakkan sikit je untuk kita?? Tak cukup tau tak, kawan kita mintak sikit..

Ha, nampak tak dua kisah semalam?? Sorang kata bekal banyak sangat, sorang lagi kata sikit sangat, pening kepala ibu nak oii..

Aku memang bawakkan diaorang duit terpulang tapi Zarif ni sejak masuk sekolah dia memang tak suka nak pergi kantin dan beratur semua..Dia kata leceh nak berebut, makan sikit tak puas..Dia memang jenis nak senang je, dia kan memang asik lapar je so dia nak bukak bekal, makanan dah depan mata..

Yang budak pompuan bertuah ni lain pulak..Biasalah pompuan kan suka shopping tu yang teruja nak g beli makanan kat kantin, huhu..Takpelah aku ok je, yelah belajar guna duit pun ok jugak yea tak..Tapi sentap la tak makan bekal aku bawak huhu..Takpe, takpe..Zara memang picky eater susah gila nak makan, susah nak predict apa yang dia suka makan..Zarif pulak tak tau apa yang dia tak suka makan sebab semua pun makan je..

Nasi goreng kicap, popia inti telur, ayam kisar & carrot, cream puff dan cornflakes

Ha ni bekal hari ni..Ala aku takdelah hias macam-macam ala kadar je pun sebab hari ni seawal 5 pagi Aisyah dah bangun agak kelam kabut jugak la aku mengejarkan nak buat semua ni..Bekas yang ada cream puff tu Zarif punya..Beria dia cakap tolong bawak lebih sebab kawan kita nak dia kata krim nya sedap..

Actually creampuff tu hari Sabtu punya ada lebih (yang tak jadik punya see ada hangus sikit tu kan tapi still boleh makan), krim kastard nya aku memang buat lebih so simpan je dalam fridge..Popia tu aku buat dari malam tadi lepas tu frozen kan je..Cornflakes tu saja bagi Zara kot dia nak buat kudapan ke kan..Aku pesan kat Zara, makan mana yang boleh je yea, kalau tak abis pun takpe janji makan tau..

Zarif punya tu confirm habis laa..Kalau bawak roti pun licin lagi la bawak nasi kan? Biasanya Zarif ni makan dengan kawan-kawan dia..Tu yang takde hal aku bawakkan lebih. Semalam lupa nak beli buah tu takde buah hari ni, petang nanti baru nak beli..

Layan ragam anak-anak ni adakala memeningkan tapi dalam masa yang sama menyeronokkan lagi-lagi kalau perangai memang berbeza..

Sekian, tq sudi baca!



5 comments:

  1. Nampak gaya kena bawakan Zarif lebih sikit dari Zara.
    Kalau kakak memang dari dulu hingga kini anak kakak tiap hari bawa bekal dan duit
    Tapi budak perempuan biasa duit tak habis masuk tabunglah..
    Tak payah sekat-sekat atau paksa dia akan tahu sendiri Huda.

    ReplyDelete
  2. Kalau saya cuti baru anak2 merasa bawak bekal ke sekolah. :(
    Tapi anak2 pasti akan share dengan kawan2 kat sekolah.. siap request nak lagi.. ;)

    ReplyDelete
  3. saya dah 3 tahun dok siapkan bekal Maisara ke sekolah....tapi tak pernah la berhias cantik2 macam ni..sebab maisara ni makan nya memilih..nak hias2 kena la ada sayur2 hijau.kan?/tapi dia ni kalau tengok benda tu ada sayur besar kuman pun dia tak makan..jadi bekal dia bubuh gitu je.tak yah nak bento2 sangt la.hehehe...

    Zarif sama macam maisara..tak suka membeli kat kantin sebab lambat nak makan..nak berebut2 tu dia tak suka..geli katanya..hahahahh

    ReplyDelete
  4. Nasya plak satu lg, alih2 nak bekal wpun kat sekolah provided food. Fees sekolah termasuk food. Pastu alih2 xmkn food sekolah sbb ckp aku bwkkan bekal.

    Duit mmg bagi utk dia belajar simpan duit. Tp hari2 mmg beli aiskrim.sanggup beratur lama2 nak beli aiskrim.

    Zara picky kan, aku rasa ko biarkan dia beli kat kantin tp kurangkan bekal tu kasi ke zarif. Sbb mmg menyampah je bekal tak usik. Tp suh mkn buah tu. Ckp je utk jadi cantik ke apa ke..trick sikit haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zara memang kita bagi duit, dia makan jugak bekal tu walaupun tak abis..Buah pun dia makan jugak, tapi dia memang jenis yang menyampah nengok makanan banyak..Dia kata leceh, hisshh tak paham aku..Takpe, dalam masa yang sama aku train jugak dia makan sebab kat rumah pun susah nak makan...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...