6.10.15

Tragedi di Raya Haji & Baking dengan Nenek

Tragedi? 

Haha, jangan panik dengan tajuk. Masa Raya Haji Kedua, mak aku masak nasi daging..Tu first time mak aku buat..Sebab first time aku pun makanlah banyak kali. Padanlah dengan muka aku kan...Daging kot, mestilah berat kan..Pastu aku makan banyak kali pulak tu..Haritu pulak jerebu teruk kat Batu Pahat. Aku keluar dengan mrhubby nak ke mana entah, perut aku dah mula rasa lain macam..Ada kaitan pulak perut aku dengan jerebu kan..Lepas tu terus loya dah macam perempuan mengandung, tak boleh sendawa la apa la..Malam tu aku muntah-muntah teruk la..Dan selepas tu terus aku lembik longlai dan demam...Phewww, maka lepas cuti raya haji, aku bersambung cuti sehari lagi sebab sakit, huhu...Lepas kejadian tu aku tak boleh makan melainkan minum air limau panas jer dekat dua hari ok..Segala daging aku tak boleh nengok pasal rasa mual, entah apa-apa la kan..

Sekarang ni alhamdulillah aku dah ok...Kesimpulannya makan tu berpada-pada, tulah kesan pada orang yang jakun tak pernah makan nasi daging..

Ok ni gambar masa cuti raya haji tu la..Anak sedara aku Nasya tu suka makan cheesetart mak aku buat. Asal dia balik kampung je, mesti mak aku dah standby kan cheesetart untuk dia. 

Kali ni mak aku sempat buat dia punya tart shell jer, tak sempat nak letak filling nya..So mintak tolongla kat cucu-cucu dia, hehe..

Korang semua nak makan kan, ha meh tolong buat filling blueberry cheese tu..Amboi bukan main seronok semua nak menolong tau..Ringan kerja mak aku :)

 Mula-mula Zarif...

 Lepas tu Nasya pulak..

Ok Zara pulak..

Si kecik Aisyah tu pandang tepi je la dulu yea, belum masanya lagi. Masa ni Umar belum sampai lagi..Mak aku buat memang tak banyak pun, sikit tu je pastu bagi-bagikanlah untuk semua makan..Ha mesti lebih feel kan makan hasil buatan sendiri, hehe..

Untung korang dapat nenek reti buat cheesetart sendiri tau..Kalau jual kat luar ni mahal tau tak, filling tu pun secoet jer..Ni buat sendiri letak la korang blueberry dengan creamcheese sepuas hati..

Oklah, sekian..
Tq sudi baca!

2 comments:

  1. Raya haji banyak daging korban banyak sedap pulak tu daging fresh memang sedap la.

    ReplyDelete
  2. Assalam. Aktif berblog lagi rupanya.

    Rasanya mungkin sbb dagingkan..nasib badan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...