Ni banana choc chip muffin aku buat hari Khamis lepas kot..Ni aku punya fav la, tapi nak dapat sebijik sama macam air tangan mak macam tak dapat lagi, dapat sipi-sipi pun jadik la..Janji boleh la nak makan..Maybe oven aku tak mahal macam oven mak kot haha..
Ni spageti bolognese pulak aku buat Jumaat lepas, ala buat untuk makan kat rumah, masa ni badan dah letih malas nak masak yang susah, yang ni memang senang la lagi satu memang jadi fav anak-anak. Bertambah-tambah diaorang makan..
Budak ni mengada, padahal dia dah makan..Bila abah dia balik dari ajar tuisyen dia nak makan lagi bertemankan abahnya..Anak bapak lagi manja dan mengada hehe..
Ni puff daging masa bila ek, hari Jumaat ke Sabtu la..Nengok aku pun dah lupa hari daa..Ni semua kudapan untuk orang rumah hehe..Nak jimat belanja so kena la berkorban tenaga memasak untuk suami dan anak-anak..Penat tapi puas hati..
Ni pulak sempena jerebu yang melanda Malaysia dan anak-anak pun bercuti hari ni dan esok, gigih la aku ni buatkan brownies chocolate yang pada tekak aku ni sedap la jugak..Macam rupa kole kacang kan hehe..Tapi brownies ok...
Kesian kan anak-anak kat rumah tu nanti menggelupur cari makanan kan, so aku buatkan la brownies ni untuk kudapan hehe..
Ok tu je untuk hari ni yea..Frust tau takde game bola JDT lawan Perak malam tadi. Bilalah jerebu ni nak berakhir, tak sabar nak nengok langit yang biru dan cantik, ermmm..
Sekian, thanks sudi baca.. ~
Peerrghhhhh..lapar perot bila tgk puff daging tu!
ReplyDeleteAdik tu semangat nak makan ada Huda tapi yg masuk mulut banyak mana kena sabarlah...
ReplyDeleterajin kak huda msk mcm2. tp mmg 1 kepuasan bila kita tgk anak2 mkn berselera. penat pun berbaloi.
ReplyDeleteakak rajin nye..
ReplyDelete