1.10.15

Kerja weekend

Hari ni anak-anak dah mula sekolah balik...Muka masing-masing bukan main lemau lagi ek, bila aku cakap, esok (means hari ni) sekolah..Kena pulak tu hari Khamis, lagi la kan, satu hari je nak sekolah. Eh nak merayu bagai si Zara tu cakap takmo sekolah..Nooo, pasal tinggal sehari lagi lagi la kena pergi sekolah. Zarif siap cakap, nanti kalau kita pergi sekolah, mata kita jadik merah kena jerebu..Eeeh bila time nak g sekolah, mulalah tu, cuba suruh pergi main bola takde pulak nak cakap jerebu bagai kan..Well budak-budak, dah masak sangat la perangai tu..

Actually aku sendiri pun rasa full sangat this week. Full dengan kerja yang pelbagai, mana nak kerja time konvo ni sampai malam (tapi dari petang la). Satu pengalaman baru untuk aku pasal first time kerja time Konvo, seronok la jugak. Kadang selalu tertanya bila la nak ada peluang kerja time konvo kan, ada masa jeles jugak nengok member lain kerja time konvo. Tapi bila dapat kerja tahun ni rasa happy dan berdebar la jugak huhu. Macamlah aku yang nak amik scroll tu kan hehe. Harap semuanya dipermudahkan la. Jadual tugas pun dah dapat, mujur mula kerja dari petang so aku ok jer la. Setakat sampai malam takde hal sangat pasal rumah dekat so ok je la..

Habis konvo jer nanti dah berderet lagi kerja menunggu. Ermmm, kerja kan memanglah takkan abis betul tak? So bertabah dan bersabar la. Ikutkan semalam malas betul aku nak memasak, tapi dengan cuaca ala-ala sejuk dan dingin, perut pun dah mula lapar, aku gigihkan diri dan paksa la jugak. 

Aku masak stew ayam dengan telur dadar jer. Memang tak beli bahan basah lagi, apa yang ada je la aku masak. Tapi nasi masak sikit jer, agak menyesal di situ huhu. Lauk ada lebih nasi pulak dah abis, tapi ok je la kot, anggap je lah diet so ratah lauk jer. Seronok la jugak nengok anak-anak makan bila kita yang masak, rasa ada special touch gitu walaupun lauk seadanya kan..

Aku semakin geram dengan budak kecik ni. Dia dalam fasa kepoh yang amat sangat sekarang ni. Sangatttt ok. Rasa macam nak cubit-cubit je mulut dia tu. Kuat mengadu kauu..

Kadang aku rasa apa yang aku impikan aku dapat. Pernah la terdetik nak dapat anak yang menggeramkan, dalam erti kata - yang suka mengadu sambil muncung-muncung mulut tu, yang mengada, yang manja, yang bijak of course la kan..Yang aku bayangkan tu, boleh dikatakan ada kat budak kecik ni la..

Ala pasal dia yang bongsu kan, memang mengada lebih la..Tapi dia je la yang kecik ni buat penghibur hati sekarang ni. Memang syiok la layan dia yang terlebih perangai ni, kadang abang dengan kakak dia pun malas nak layan dia..

Suka dengar dia selalu panggil, "abu (read as ibu) nak  tido.." Rasa cair secair-cairnya hehe.





Oklah sampai sini dulu, panjang dah ni. Terpulang pada korang nak baca ke tak.
Selamat berhujung minggu!
Sekian tq sudi baca!




2 comments:

  1. Zara dan Zarif sebab tak ada hal utk sekolah memang macam tak nak ke sekolah lagi pula tinggal sehari
    Macam anak kakak pulak sebab tarikh tutup apply online semalam. Cikgu dah kata sebelum cuti tu patut esoknya mereka akan berbincang hal itu tapi sekali cuti direct 2 hari. Tentulah bila hari ini sekolah exited bukan main. PPD pun dah inform pihak sekolah.

    ReplyDelete
  2. yela, lg sehari sekolah pastu ct balik mmg la rsa lemau sgt... kat sini sekolah mcm biasa je walaupon ade hari jerebu teruk giler..smpai pedih2 mata..gud luck utk tugasan time knvo tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...