29.3.18

Menginap di Forest City Phoenix Hotel Johor Bahru [Part II]

...ok bersambung dari kisah sesat kami nak ke hotel ni yang Part I tu, nah kalau nak baca ;


Akhirnya la kan kitaorang pun sampai la ke hotel ni.
Itupun dah sampai area Forest City pun masih lagi mencari-cari arah, adoi..Drama betul la nak ke hotel ni. Kami nak tuju ke hotel, tapi diaorang bagi parking kat area lain..Tapi hotelnya jauh dari tempat parking [dalam hati takkan nak heret beg jauh nak ke hotel..] tapi setelah pusing-pusing sampai la jugak..Korang mana yang nak ke sini harap la tak confuse cam kitaorang ni ok..serius memang kitaorang confuse dan sesat ok!

Dah sampai depan hotel aku terus daftar la kan sementara mrhubby dan anak2 cari parking kat basement. Tapi sumpah besar lobi hotel ni. Dan bila aku nengok keliling ramai bangsa asing dan kaum lain..Pekerja hotel ada la yang Melayu dan of course la pendatang asing. Kira bila aku sampai tu macam rasa terasing la sikit. 

Dan drama datang lagi bila aku time aku nak bayar duit hotel, boleh pulak kad aku buat hal, dah kenapa pulak, nasib la ada cash sikit, adoi..Aku pun confuse kenapa nak banyak drama bila nak ke sini dan rasa tak tentu arah yang bukan-bukan..

Dah la jom layan gambar dari aku membebel lagi;

 Kitaorang terus ke tingkat 8 

 Yeay akhirnyaa..

Dua katil single
satu katil tu Zarif dah cop nak tido kat situ sebab selalunya ke mana-mana hotel dia akan tido kat lantai [beralas la] tapi kali ni aku bagi la kat dia [end up mrhubby tido dengan dia]




 Ada balconi yea
Tu ada pantai tapi pantai buatan je la but still nice view..

View dari bilik kitaorang

 View dari bilik lagi, cantik kann..
Rasa tenang dan damai jer..

 Dalam almari

 Mini peti aisnya..

 Ni je channel yang ada
No TV1 ke TV3 semua takde ekkk..
tapi ada channel movie puas nengok movie, berulang-ulang hehe..

 Ada bath tub yeay..
boleh la berendam sambil menenangkan diri..

 Yang penting ada paip ekk
aku stress betul kalau kat toilet takde paip, nasib yang ni ada hehe

 Bilik airnya memang luas la
puas hati sangat..


 Memang ok sangat la..


Kitaorang check in bilik ni dah pukul 5.15 petang. Gitu gini berehat, baring, solat semua dalam 6.15 gitu kitaorang turun balik sebab aku nak jalan kat area pantai dan diaorang nak mandi kat kolam. Tapi aku tak bagi Yaya mandi aku ajak dia jalan-jalan kat kawasan sekitar je haha [kejam tak aku]. Sebab Yaya bukannya beria nak mandi, selalunya dia pun drama je, air sejuk la apa la so baik takyah mandi.

Diaorang je mandi 

Bagusnya kat kolam ni takde la strict sangat. Sebab mula-mula tu aku nengok ramai je orang laki mandi tak pakai baju so ingat tu salah satu syarat nya kan..Bila aku tanya kat guard yang jaga pool ni, dia kata takde syarat pun, boleh je nak mandi..Baik betul guard tu, so ok je la..Pool ni pulak di bukandari pagi sampai 9 malam ko [kalau tak silap aku la, guard yang cakap cam tu].Pool besar ok, puas la diaorang mandi.

Sorry la petang tu Yaya layan ibu je la, nengok je diaorang mandi k
Nasib la Yaya ni ok je walaupun aku tau dia punya rasa teruja dan membuak-buak nak masuk dalam pool hehe


Ok kita sambung lagi...Next >

Sekian sudi baca.
Thanks.
-End-










28.3.18

Ke Forest City Phoenix Hotel Johor Bahru [Part I]

Salam.
Hi guys!

Ok kita hold kejap cerita pasal ke Perak tu yea.
Ni nak terus cerita semasa cuti sekolah baru lepas ni. Cuti sekolah kan pada 17-24 Mac 2018 tapi tidak la kitaorang ni bercuti sakan sepanjang cuti tuu, tidak yeaa..

Mulanya plan asal nak ke KL dan singgah ke Thistle Hotel PD tapi semua plan tu cancel bila mana aku hanya boleh cuti pada Khamis sahaja ok...Khamis 24/3 tu je aku boleh cuti iaitu bersamaan hari gaji haha..Boleh la feeling kaya kejap setelah sekian lama lebih dari 40 hari menanti gaji hehe..

So ke mana kitaorang?
Ke Legoland saja. Mula-mula ingat nak pergi Legoland dan balik hari saja. Tapi lepas tu fikir eh macam tak best je. Jomla tido hotel. Tapi hotel mana? Macam bosan je hotel kat JB ni [padahal kau belum tido kat semua hotel pun dah kata bosan]..

Fikir punya fikir dan google punya google [padahal JB je okehhh], last-last kita booking saja Forest City Phoenix Hotel..Kenapa hotel ni? Entah la yea, macam takde info yang banyak hasil google. Memang kurang info tapi main point nak ke sini adalah nak tau mana sebenarnya area Forest City ni yang orang dok sibuk sebut-sebut tu kan..

Aku hold dulu kisah ke Legoland dan terus ke hotel nya la yea.

Kalau dari Legoland ke Forest City Phoenix hotel ni adalah dekat 20++ minit gitu. Aku pun guna la google maps nak ke hotel ni..Punyala gigih dan beria..Entah jalan mana je kitaorang ikut, masuk celah kampung la apa laa...sekali kau sampai dekat tempat tinggal pekerja-pekerja yang buat pembangunan kat area Forest City ni, dengan banyak lori keluar masuk, eh apa daaa...aku dah mula serabut dah, pandang mrhubby..Dia pun pandang aku lain macam pasal aku yang dok google maps..Ok fine...kita salah jalan, kena cari jalan keluar balik adoii..


 Serius entah ke mana-mana kitaorang pergi ok, huhu..

Sebenarnya bila keluar dari Legoland je, mrhubby dah terpandang signboard Forest City - aku terus cakap, 'eh takpayah guna signboard la sayang..ikut je google maps ni, confirm betul punya...ha, amik kau..google maps bawak kitaorang tersesat ke jalan yang bukan-bukan.. Budak-budak siap dah lena tido dah [mula-mula excited lepas tu tak sampai-sampai baik la tido]..dan kalau ikutkan dari Legoland ke hotel tu takde la jauh mana pun, confuse..confuse..

Lepas tu dari tersesat entah ke mana-mana aku terus bukak waze pulak [berdoa dalam hati supaya waze bawak kami ke pangkal jalan], aku dah risau la kalau mrhubby moody la apa la..Dah penat kan, tau nak baring kat katil je laa..

Alhamdulillah waze baik hati bawak kami ke jalan yang benar gituuu, haih legaaa..

Selalunya aku memang tak percaya pada waze sebab banyak kali bawak jalan yang susah dan entah apa-apa..Tapi kali ni waze menang la dan google maps kalah huhu..


Ha, baru la betul jalan nak ke hotel...
Aihh belum ke luar negara, dah nak sesat2, kat JB je kot tapi hotel ni dah sipi-sipi nak ke Singapore..
Memang dah hampir nak ke luar negara jugak la kiranya huhu..



Ok ni baru cerita nak ke hotel ek..
Nanti sambung lagi k..

Thank sudi baca.
-End-




27.3.18

Menginap Di MBoutique Hotel Ipoh Perak - [Part II : Final]

Ok sambung..

Boleh baca yang part i di sini;


Kat Mboutique Hotel Ipoh ni, ada dua restoran. 
Pertama adalah - Old Town White Coffee Grand dan kedua adalah - Myth Eatery & Bar.

Aku tak makan pun kat sini sebab malas dan makan sendiri kat bilik je. Tapi setiap pelanggan hotel dapat la kupon untuk makan di sini tapi boleh pilih nak makan di salah satu restoran. Mrhubby dan anak aku makan di Old Town White Coffee untuk dua hari. Tapi konsepnya adalah makan ala carte. Bukan makan macam kat hotel-hotel besar yang biasa buffet tu yea, bukan ok. Kalau kau pilih mihun goreng so mihun goreng je la dengan teh o. Kalau roti bakar maka roti bakar je la, gituu..

So far aku ok je makan sendiri. Mrhubby bergilir bawak anak, hari pertama breakfast dia bawak Zarif dan hari kedua dia bawak Zara pulak. So masing-masing dapat la rasa. Aku dan Yaya duduk makan roti je kat bilik, takde hal.

Meh la aku share segala gambar yang aku amik kat hotel ni..Sebab ada banyak sudut yang menarik so kalau boleh semua pun nak amik gambar tapi ada jugak yang aku tak dapat nak amik.. Korang layan je la ok, kalau tak layan pun takpe, memang saja nak letak gambar kat sini sebagai kenangan kami sekeluarga.

Oh ni antara gambar hari kedua sebelum kami keluar berjalan-jalan nak ke Sri Manjung dan Lumut.





Parking kereta ada disediakan di belakang hotel..
Nak parking depan hotel pun ok jugak tapi parking kat belakang pun ok je..

 Malam kedua tu kitaorang keluar lagi saja jalan-jalan di kawasan sekitar
tapi macam biasalah bergambar lagi la kitaorang


Nengok depan lif pun nak bergambar jugak

Tapi mintak maaf la sebab aku tak dapat nak update pasal makan-makan kat hotel. Mrhubby yang turun makan breakfast dengan anak-anak. Aku pulak lupa nak suruh dia amik gambar ke kan..Biasalah selalu yang kepoh nak amik gambar aku jer..

Tibalah hari ketiga dan hari terakhir di Perak..

 Kami bertolak balik awal sebab dapat panggilan telefon dari abah yang bagitau mak tak sihat
Agak panik dan gelabah jugak tapi abah kata jangan rushing so ok la..
Masa tu adik-adik aku dari KL semua dah on the way balik ke BP, alhamdulillah mak ok jer..

 Terima kasih bilik 113 selama penginapan 3 hari 2 malam
Yang penting enjoy..

 Macam biasa la selagi boleh bergambar..

 Ini kawasan lobi dan reception hotel
Cantik kann..semua sudut kalau boleh nak amik gambar tauu

 At least aku dah sampai Perak hehe..
Kenapa ke Perak? Nanti la entry akan datang aku cerita k..
Biar pun lambat akan aku tulis jugak janji ada kenangan kat blog.


Ok la terus terang hotel ni best. Walaupun terletak di kawasan sekitar yang pada aku biasa-biasa je dan takde la pemandangan atau view yang cantik [sebab keliling pun bangunan kedai je] tapi pada aku ok. Sebab keadaan dalam hotel yang cantik dan ada banyak sudut yang boleh diambil gambar.

Keadaan bilik dan toilet pun cantik dan bersih. Bilik yang aku amik kecik je tapi korang boleh la pilih saiz bilik yang besar ikut la kesesuaian kan. Keseluruhannya aku puas hati, yeay..

Sekian.
Thanks sudi baca.
-End-










21.3.18

Menginap di MBoutique Hotel Ipoh Perak [Part I]

Salam semua.

Ok ni nak cerita kisah masa ke Ipoh pada 18 hingga 20 Oktober 2017... Ye tahun lepas.
Baru nak cerita sekarang.

Aku nak review dulu hotel yang kitaorang duduk menginap tu.
Aku booking melalui Expedia - Hotel MBoutique Ipoh.

Untuk 3 hari 2 malam kosnya adalah RM500. Rasanya aku pilih bilik superior double la dengan katil queen. Kalau tak silap la sebab aku pun dah lupa.

Saiz bilik takde la besar sangat memang agak sempit la untuk kitaorang 5 beranak ni
memang ada yang kena tidur bawah pun


Datang masa Deepavali so dapatlah maruku..

 Design bilik ni memang la kemas, simple dan cantik cuma sempit sikit untuk kitaorang
kalau setakat dua atau tiga orang ok la..
Tapi sebab nak jimat so boleh je sumbat semua..


 Bilik air dia memang cantik tauu..
Rasa macam nak duduk je dalam bilik air dan mandi lama-lama..

 Bestnya separate jamban tu dengan shower..
Takde la bath tub semua tu, tapi ni pun dah best sangat la..

 Keadaan bawah sinki tu..
Cantik kan tiles nya..


 Untuk 3 hari 2 malam ok..
Takpe kitaorang bersempit dan bersesak tapi kalau korang ada bajet lebih booking je bilik besar.
Yang untuk kitaorang ni dah memadai sangat.

Cuma aku kurang gemar ada part lubang belakang tong sampah tu kan
Tu cam anak kecik aku Yaya tu sibuk dan boleh jengah ke bawah tu dan boleh la nampak orang kat toilet tengah buat apa..Macam tak selamat sikit.
Macam kitaorang dah besar-besar ni takde kerja la nak jenguk bawah tu tapi untuk budak kecik diaorang rasa macam seronok pulak nak main ngendap-ngendap huhu..


Petang Rabu tu kitaorang rehat-rehat kat bilik tak pergi mana-mana.
Malam lepas maghrib baru nak keluar cari makan..So jakun kan, amik la lagi gambar kat segala ceruk dan sudut yang menarik kat hotel ni.

 Unik kan lampu-lampu tu dengan tulisan kat dinding tu

 Ni dekat luar hotel
Entah apa-apa je la gaya Yaya tuu..

 Bergambar la selagi boleh, bukan ada orang nak marah pun kan hehe

Aku memang suka design lampunya sebab menarik ok

 Bilik kitaorang memang di hujung tapi bagus jugak
Sepanjang berjalan nampak sudut yang menarik je terus bergambar..


Ok nanti aku sambung review lagi ok.
Ni baru part 1 la kiranya, sampai part 2 je ok.
Belum lagi aku cerita masa kat Perak lagi kan, tujuan aku ke sana dan lain-lain..Tu nanti la yea semua kena bertenang, slow and steady gitu...

Ok, sekian dulu.
Thanks pada siapa yang sudi singgah dan baca ni.
-End-






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...