30.8.12

Gangnam Style, apa tu?

Entahlah, baru semalam la aku tau pasal Gangnam Style ni. Tapi aku malas la nak tulis kat sini, baik korang google je ok.

Aku pun baru je nengok youtube lepas hotfm bincang pasal topik gangnam style ni semalam. Yelah nak tau jugak apa yang bestnya sampai 60 juta orang dok nengok video ni kan..Aku bersungguh nengok sampai abis dan end up aku rasa, eh apa yang bestnya? ----- Ni pendapat aku le kan, lain orang lain pendapatnya.

Aku rasa ntah apa-apa je dan kesimpulannya orang kita mudah terikut-ikut, itu je.

Sekian. No hurt feeling yea!

29.8.12

Feel Hari Kebangsaan

Lagi 2 hari menjelang Hari Kebangsaan Negara yang ke - 55 tapi entah kenapa macam rasa biasa-biasa? Mungkin jugak sama bulan dengan raya, tapi sama je macam tahun lepas.. Infact aku sendiri pun 31hb ni nak menghabiskan masa dengan beraya ke rumah jiran tetangga, hmm..

Bukan tak ingat Hari Kebangsaan, ingat sangat tapi feel tu macam kurang la, mungkin masing-masing masih dalam mood berhari raya dan sekarang sibuk nak attend open house bagai kan..

Well, untuk semua jangan lupa okeh, Hari Kebangsaan kita yang ke - 55 pada hari Jumaat ini dengan tema JANJI DITEPATI..:)

Zarif dah mintak bendera kecik untuk dibawa ke sekolah hari esok, kena beli la petang ni...

MERDEKA!!

28.8.12

Budak zaman sekarang

Nak bagi diam, ini jelah antara caranya;

Anak-anak era teknologi..

Bukak je boboiboy ataupun upin ipin..

27.8.12

Finally, yes he did it!


Finally hero kesayangan dah dapat belt kuning semalam. Punyelah ingat sepanjang bulan puasa takde taekwando, rupanya ada laa..Amik ko, sebulan langsung tak datang latihan, nasib sir tak marah..

Zarif dah berulangkali cakap nak berhenti taekwando, tapi buat masa sekarang aku tak bagi. Itulah satu-satunya aktiviti dia boleh buat di hujung minggu. Dari dia dok nengok tv dan main game baiklah g taekwando kan..Semoga dia terus success di masa akan datang dan terus dapat belt hitam, insyaallah.


Yang tak patut berlaku bila nak raya

Assalamualaikum semua. Harap semuanya ok-ok yea. Sama gak lah cam aku yang dah tentu baru naik kerja hari ni. Seronok cuti lama-lama kan, bila nak naik kerja hari ni cam lemau je rasa, tapi tak bolehlah cam gitu, kena semangat!! Chaiyok!!


Ok..ni aku nak cerita tentang kisah yang berlaku pada aku sebelum raya hari tu. Kisah yang tak patut berlaku tapi dah berlaku pun..

Khamis - 15/8 
Mrhubby dan anak-anak dah tak sekolah tapi aku masih kerja lagi. Pagi tu mrhubby sangat excited nak drill dinding nak letak para (untuk letak frame), tapi nasib tak baik, mrhubby ter 'drill' paip kat dalam dinding tu, fuhh (Tak sangka lak ada paip kat situ)..Boleh bayangkan tak apa berlaku? Yeaa..air mencurah keluar dari dinding tu, padahal lubang yang dah ditebuk tu punyalah kecik dan comel je.

Aku yang kerja terpaksa balik kejap dan rasa cam nak pengsan nengok keadaan rumah waktu tu, memang tak senonoh sangat (by the time aku sampai, paip utama dah ditutup). Tapi aku pun takmolah stress, so aku  uruskan keadaan tu sebaiknya. Nasib ada tukang yang sanggup datang (of course la chinese) dan kena tebuk la dinding tu dan simen serta cat semula - kalau boleh takmo ingat la keadaan tu semula..

Jumaat - 16/8
Aku mintak tolong mrhubby belikan ayam 2 ekor, konon nak buat masak-masak untuk raya. Yup mrhubby belikan dan aku sangat berterima kasih.
Balik tengahari aku tanya mana ayamnya sebab aku check dalam freezer takde pun ayamnya. Dan mrhubby baru teringat yang dia terlupa nak keluarkan ayam yang tersimpan dalam kereta almost 5 jam..Yea, 5 jam ok.. By the time dia keluarkan tu, aku dah terbau yang tak best..So fikirkanlah apa yang berlaku seterusnya..

Memang mencabar dengan setiap ujian termasuklah dengan urusan tiles kat porch yang siap dibuat sepenuhnya hari jumaat petang dan hari sabtu pagi tu pun masih touch up minor things.

Apapun segala yang berlaku alhamdulillah dapat dilalui dengan baik meskipun minda ni penat sebenarnya. Yang penting positif dan keseronokan nak berhari raya tu mengatasi segalanya, :)

Orait nanti kita sambung lagi yea entry raya..

24.8.12

Beraya dengan mereka yang ku sayang

Hari Raya akan lebih bermakna bila kita dapat bersama-sama dengan orang yang tersayang..(Tiba-tiba terasa kekok pulak bila dah lama tak menaip, hehe)

 Tema kononnya kelabu..Zara out of colour, kasi kontra sikit..:)

Bersama atuk dan nenek..

Seronok betul cuti lama-lama ni, aku masih lagi dalam mood beraya, hehe..

23.8.12

Salam Lebaran


Salam lebaran dan mohon maaf untuk semua readers blog ni, mana tau sepanjang aku tulis kat sini ada bahasa yang menyakitkan dan mengguris hati korang..

Semoga korang bergembira di samping keluarga dan mereka-mereka yang tersayang yea..Start hari ni dan esok juga lusa aku dah mula sibuk  nak buat persiapan..

Bagi yang balik kampung berhati-hati di jalan raya yea..:)

14.8.12

So, I want a baby..

Sehari lepas balik dari KL, aku plan nak belikan budak-budak kasut. Bila tanya kat diaorang, "Kat mana nak beli kasut raya?"

Dengan girangnya diaorang jawab, "BATA!!!"

"Takmo kat tempat lain ke?" (padahal aku sendiri nak ke tempat lain selain kedai BATA).."Taknak...kitaorang nak beli kat BATA jer.."

Ok..fine, so aku ikutkan je. BATA pun BATA jelah kan, jimat sikit duit, hehe..Maka bila sampai kat Kedai BATA ni, sibuklah dok pilih-pilih kasut..

Masalahnya, Zarif dan Zara pulak tak suka dengan pilihan aku dan mrhubby. Masing-masing ada pilihan sendiri. Bila aku kata nak kasut jenis A, Zara nak jenis B, hmm..

Yang Zarif pun sama jugak, bila mrhubby kata apa yang dipilih tu tak cantik, kita pilih yang lebih molek pun tak mau jugak, abis sedepa muncungnya.

Finally, kitaorang ikutkan je la pilihan anak-anak ni, yang penting diaorang happy dan aku pun save la bajet, hehe.


Cumanya..aku rasa Zara masih awal lagi untuk buat pilihan sendiri. Kenapa cepat sangat dia membesar. Zarif pun sama jugak. Masa aku kecik-kecik dulu seawal umur diaorang, masih lagi ikut pilihan mak dan abah, huhu..

In this case, aku rasa pengaruh dari keadaan sekeliling buatkan mereka berani buat pilihan sendiri (means bukan kasut je, segala benda) dan mereka cepat matang dari usia sebenar.

On the way balik rumah, "Sayang, kenapa diaorang dah takmo ikut pilihan kita lagi? Diaorang dah makin besar..."

"Memanglah diaorang dah besar..so?"

"So..I want a baby..:) "


13.8.12

Mengunjung..

Semalam buka puasa dapat rezeki dari kawan, dia buat 'mengunjung'..Dah duduk kawasan kampung ni, masing-masing dah mula 'mengunjung', kalau tak silap sejak minggu lepas lagi ada yang dah start dah..Aku biasa 'mengunjung' dengan mak aku raya pertama je. Tak reti masak sendiri la.

Tau tak 'mengunjung' tu apa? Aku pun tak tau istilah sebenar, yang aku tau 'mengunjung' tu orang akan hantar makanan (biasa ketupat, lodeh, sambal kacang, rendang/ ayam masak merah - macam lauk raya la). Makanan lain pun boleh jugak kot, tapi biasa aku dapat makanan raya ni la..

Next, jiran sebelah pun dah bagitau nak 'mengunjung' aku hari Jumaat ni, huhu..Aku tak reti nak masak apa nak balas, so nengoklah nanti..Kalau ada rezeki, adalah balasannya, hehe..

Korang dah start 'mengunjung' ke?

Beli yang simple je..

Jumaat lepas balik dari kerja je, aku terus shoot ke KL. Target ke KL adalah kerana mau ke IKEA pada hari Sabtunya. Kira tu adalah weekend last sebelum raya this Ahad, so perancangan kenalah sangat teliti sebab aku takmo bersesak-sesak dengan orang ramai.

Kitaorang tido hotel Carlton Shah Alam je, and seawal pagi Sabtu dah check out dari hotel. Kitaorang sampai IKEA sebelum pukul 9.30 pagi, memang awal la nak menantikan IKEA tu dibuka..Kalau tak puasa, memang boleh pegi breakfast dulu, tapi sebab puasa jadi dok tunggu jelah..

Ok, pergi IKEA ni sebab dah target nak beli barang yang kita nak (walaupun ada yang di target tapi tak dapat - sebab tak muat nak masuk dalam kereta).

Apa yang kitaorang beli (Maaf ye, takde niat nak menunjuk..kalau ada yang tak suka harap maaf);

 ha, meja dan stool ni la yang kitaorang beli..

Actually meja tu kitaorang beli 2, sebab nak beli meja yang saiz besar tapi macam aku cakap tak muat masuk dalam kereta. Ni meja jenis pasang siap, murah je pun..Ni meja makan sementara untuk raya..Insyaallah akan datang akan cari yang proper sikit..:)


rak kat dapur

Ni bahagian dapur kering..Memang takde kabinet lagi..So rak kabinet ni memang dah target kat sini. Kabinet dapur hanyalah di dapur basah je tapi pun belum buat lagi, insyaallah akan datang (dah pergi survey dan discuss pun, tinggal tunggu fulus je, hehe)

Maaflah yea, nengoklah barang masih ada yang dalam kotak dan container lagi, segan jek..

Macam selalu cakaplah, nak uruskan hal rumah ni bukan sekejap termasuklah nak beli perabot semua, ikutkan kitaorang nak perabot yang moden lagi simple dan mengikut bajet, tapi kat area Batu Pahat ni takde pun yang betul-betul mengikut kehendak hati..So terpaksalah bersabar dulu ~


10.8.12

Iklan Hari Raya 2012 (Bernas)


Aku tak tau kalau korang dah nengok iklan ni kat tv, tapi aku baru tau bila nengok ada member share kat fb. Bagi yang tak nengok lagi, aku share kat sini..Sama-samalah kita hayati iklan ni...

Sedih..:(

9.8.12

Hmmm, rasakan sakitnya..

Aku sakit perut, memang confirm berjangkit dari Zara ni, huhu. Tiba-tiba petang semalam kat ofis boleh pulak sakit tu datang sampai aku berpeluh-peluh. Kalau toilet tu dekat sebelah bilik je takpe la jugak, ni nak kena menapak lagi...Ada la dalam 4 ke 5 kali aku ulang alik ke toilet..Sampai pagi ni perut masih lagi rasa macam tak berapa selesa tapi aku maintain lagi, eh, aku puasa okeh...Iallah mampu bertahan ~

Sahur tadi mak aku call tanya pasal Zara, bila dia tau pasal aku yang sakit perut ni, apa lagi start la nasihat dia non stop - kata bekas nurse kan.."Jangan lupa basuh tangan bersih-bersih, pergi beli handwash, jangan lupa pergi klinik, sakit buang-buang air ni jangan buat main-main, jaga kesihatan tu, taknak sakit-sakit, jangan lupa minum air masak banyak-banyak (waktu sahur tadi) biar dapat banyak tenaga...bla..bla..bla..) Aku nak mencelah pun tak boleh, so iye kan jelah..:)

So, perut...please be nice to me yeah..I have a lot of works to do today, so be nice okeh..Takmolah buat hal, segan kot, dah la officemate aku ni lelaki dok keluar ulang alik toilet, ingat tak segan ke, huhu...


"Korang amik ke aiskrim BR free malam tadi? Nasib kat Parit Raja takde BR, kalau ada pun tak kuasa kot nak amik..."

"Eh, hari ni hari Khamis eh? Hari bonus ler...:) "

8.8.12

Bila anak sakit

Sorry la sangat-sangat, semalam memang tak bernafsu nak update, sebab Zara sakit buang-buang air tak henti. So fikiran memang tak fokus sangat.

Actually aku tak cuti pun sebab mrhubby dengan murah hatinya ambil cuti nak jaga Zara. So petang tu aku pergi bawak Zara ke klinik sebab risau sangat. Kalau buang air biasa je takpe tapi hampir satu setengah hari buang air yang cair je, mau aku tak risau kan..

Bagusnya Zara tak merengek ke apa tapi dia nampak letih la sebab air dah banyak keluar dari badan. Aku risau je kalau dia kena warded tapi nasib baik tak. Paed kata yang perut dia masuk angin dan rasa tak sedap, as usual ada jangkitan kuman. Bila paed kata nothing serius, rasa lega la jugak.

Aku pun tak bagi Zara minum susu sangat (baru minum malam tadi) so dia cuma makan bubur dan roti je. Insyaallah nengok keadaan pagi ni macam ok, harap kalau berterusan makan ubat cepat baik. Hati ibu kan, kalau anak dah sakit memang tak fokus nak buat apa pun. 

Nasiblah ada mrhubby yang sanggup ambil cuti nak jaga Zara semalam, thank you sayang!

Dan tiba-tiba aku pulak yang rasa sakit perut sekarang, adoii..

6.8.12

Tahniah Dato Lee Chong Wei | Rezeki besar Sabtu lepas

Pertamanya pastilah nak ucapkan TAHNIAH pada hero negara Dato Lee Chong Wei atas permainan badminton yang menarik malam tadi. Meskipun tewas TAPI dia telah menunjukkan permainan yang sangat hebat sampai buat aku tak senang duduk la. Dua-dua pemain pun hebat, congrats and well done!! Lepas ni sapa lak nak ganti Chong Wei??

Ok, Sabtu lepas aku balik kampung di Kesang Muar. Seronok dapat jumpa mak abah dan adik-adik. Lagi seronok dapat berbuka dengan diaorang. Tambah seronok sebab dapat makan masakan mak..:) Kenapalah tangan mak ni kalau masak apa pun sedap ek?


Mak masak nasi ayam penyet, serius sedap..Resipi dia nengok kat internet je, tapi memang sedap la..Udang masak sweet sour tu aku yang masak kononnya, ala masak simple je kan, semua orang pun boleh buat ye tak?

Mak pun ada buat mi goreng dan bubur kacang. Ditambah pulak dapat rezeki bubur lambuk dari masjid berdekatan, alhamdulillah..Makan ramai-ramai dengan menu yang sedap memang menyeronokkan, betul tak?


Sebab birthday Mak hari Jumaat lepas, so aku pakat dengan adik aku beli kek hari Sabtu tu dan makan sama-sama di kampung. Senang kata memang rezeki besar la hari Sabtu lepas, makan kenyang-kenyang dengan keluarga tercinta dan nenek tersayang..:)

Dah 17 Ramadan dah, cepatnya masa....

3.8.12

Hari lahir mak

Hari ni 3 Ogos hari lahir emak. Selamat Hari Lahir yang ke - 60. Eh macam tak caya pulak mak dah 60 tahun, hehe..

Tiada apa yang aku minta melainkan berdoa pada Tuhan moga mak terus diberikan kesihatan yang baik dan lindungilah mak dari segala bahaya. Sekarang mak, abah dan dua adik aku masih lagi kat kampung di Muar. Insyaallah esok aku pun nak balik kampung dan bermalam sehari kat sana.

Ok, pagi ni aku dengar lagi lagu raya but still masih takde mood la, bak kata one of the lecturer semalam, "bulan pun masih penuh lagi" hehe..  Tapi aku dapat rasakan yang bulan Ramadan kali ni macam cepat sangat, korang dapat rasakan tak? Hari ni je dah 2 minggu kita berpuasa, pantas kan?


# Nasib baik final dejavudikinabalu semalam oklah..aku baru je lepas nengok final (alternatif), lagi kecewa kot rasanya..Kesimpulannya dalam dua-dua final, Ammar la yang malang..:(

2.8.12

Harini last...

Ok, just hope for the best ending. Aku takdelah nak sms-sms pilih laki mana yang sesuai untuk Nadira tu. Eh, korang tau tak aku cerita pasal apa ni? Hehe, #DejavudiKinabalu la..Hari ni final episod.


So far aku mengikuti drama ni, mungkin sebab aku minat semua para pelakonnya especially si Aqasha tu la kan. Memandangkan cerita ni ditayangkan pada waktu maghrib so biasanya aku nengok balik di tonton.com. Puas hati nengok kat tonton.com tu takde iklan pun.

Just hope ending yang memuaskan hati, penat aku follow dari awal tau.






Pinky Lover | Hello Kitty


As I told before, she loves pink..Fanatic of Hello Kitty lagi, hehe. So Zara dah ada beg untuk isi duit raya, yeay!

Nama pun girl kan, so redha ~

1.8.12

Cerita sahur

Orait, hari ni lagi lambat update, walaupun kerja banyak tapi nak gak selit masa sikit untuk blog, rindu kat korang la..

Ok, hari ni nak tulis tajuk sahur. Apa yang korang sahur hari-hari? Kalau macam aku hampir setiap hari la sahur roti je. Aah roti je, memang tak makan nasi ler. Ikutkan sebelum kawin aku dengan family aku memang jenis makan nasi tapi sejak kawin dengan mrhubby ni dah tukar rutin pulak. Dia jenis tak makan nasi waktu sahur so terpaksa la tukar roti atau oat ke, yang simple je.

Tapi kalau aku balik rumah mak aku, aku makan nasi, cuma bila dengan mrhubby aku makan roti la. Sebab rasa macam tak best bila aku makan nasi dia makan roti je, senang kata aku fleksible la.. Tapi bagus jugak, senang kerja aku time sahur ni, takyah nak remeh-remeh nak memasak awal pagi kan. Zarif pun sama jugak, lagi sikit dia makan dari aku dengan mrhubby. Biasalah budak kan, tido tu lagi penting..:)

So cuba share korang biasanya sahur apa, memasak ke awal-awal pagi? Bangun sahur tu pukul berapa? Share la yea..tq.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...