Assalamualaikum semua. Harap semuanya ok-ok yea. Sama gak lah cam aku yang dah tentu baru naik kerja hari ni. Seronok cuti lama-lama kan, bila nak naik kerja hari ni cam lemau je rasa, tapi tak bolehlah cam gitu, kena semangat!! Chaiyok!!
Ok..ni aku nak cerita tentang kisah yang berlaku pada aku sebelum raya hari tu. Kisah yang tak patut berlaku tapi dah berlaku pun..
Khamis - 15/8
Mrhubby dan anak-anak dah tak sekolah tapi aku masih kerja lagi. Pagi tu mrhubby sangat excited nak drill dinding nak letak para (untuk letak frame), tapi nasib tak baik, mrhubby ter 'drill' paip kat dalam dinding tu, fuhh (Tak sangka lak ada paip kat situ)..Boleh bayangkan tak apa berlaku? Yeaa..air mencurah keluar dari dinding tu, padahal lubang yang dah ditebuk tu punyalah kecik dan comel je.
Aku yang kerja terpaksa balik kejap dan rasa cam nak pengsan nengok keadaan rumah waktu tu, memang tak senonoh sangat (by the time aku sampai, paip utama dah ditutup). Tapi aku pun takmolah stress, so aku uruskan keadaan tu sebaiknya. Nasib ada tukang yang sanggup datang (of course la chinese) dan kena tebuk la dinding tu dan simen serta cat semula - kalau boleh takmo ingat la keadaan tu semula..
Jumaat - 16/8
Aku mintak tolong mrhubby belikan ayam 2 ekor, konon nak buat masak-masak untuk raya. Yup mrhubby belikan dan aku sangat berterima kasih.
Balik tengahari aku tanya mana ayamnya sebab aku check dalam freezer takde pun ayamnya. Dan mrhubby baru teringat yang dia terlupa nak keluarkan ayam yang tersimpan dalam kereta almost 5 jam..Yea, 5 jam ok.. By the time dia keluarkan tu, aku dah terbau yang tak best..So fikirkanlah apa yang berlaku seterusnya..
Memang mencabar dengan setiap ujian termasuklah dengan urusan tiles kat porch yang siap dibuat sepenuhnya hari jumaat petang dan hari sabtu pagi tu pun masih touch up minor things.
Apapun segala yang berlaku alhamdulillah dapat dilalui dengan baik meskipun minda ni penat sebenarnya. Yang penting positif dan keseronokan nak berhari raya tu mengatasi segalanya, :)
Orait nanti kita sambung lagi yea entry raya..
Ujian saat-saat akhir menjalani ibadah puasa tu Huda. Dalam kalut gitu tetap dapat diakwal syukurlah... Dah beraya pun kan :)
ReplyDeleteCobaannnnn... :)
ReplyDeletememang menguji kesabaran tau :)
ReplyDeletebtl² menguji kesabaran kan kak.. ehh, lupa nk g umh akak la..
ReplyDeletehuhu.. sabaaaar! ;)
ReplyDeletemmg dugaan betul yer huda.. akak yg bayangkan pun terasa juga stressnya.. tapi Alhamdulillah segalanya dapat dilalui dgn baik..
ReplyDeleteSalam. Tumpang tanya. Berapa kos repair paip yg terdrill tu?
ReplyDelete