13.8.12

Mengunjung..

Semalam buka puasa dapat rezeki dari kawan, dia buat 'mengunjung'..Dah duduk kawasan kampung ni, masing-masing dah mula 'mengunjung', kalau tak silap sejak minggu lepas lagi ada yang dah start dah..Aku biasa 'mengunjung' dengan mak aku raya pertama je. Tak reti masak sendiri la.

Tau tak 'mengunjung' tu apa? Aku pun tak tau istilah sebenar, yang aku tau 'mengunjung' tu orang akan hantar makanan (biasa ketupat, lodeh, sambal kacang, rendang/ ayam masak merah - macam lauk raya la). Makanan lain pun boleh jugak kot, tapi biasa aku dapat makanan raya ni la..

Next, jiran sebelah pun dah bagitau nak 'mengunjung' aku hari Jumaat ni, huhu..Aku tak reti nak masak apa nak balas, so nengoklah nanti..Kalau ada rezeki, adalah balasannya, hehe..

Korang dah start 'mengunjung' ke?

5 comments:

  1. akak pun pernah dgr pasal mengunjung tu.. teringat dulu, klu sebelum raya kwn akak mesti nak cuti sehari sebab nak masak utk buat mengunjung.. meriahnya.. sweronoklah Huda dpt rasa pengalaman tu..

    ReplyDelete
  2. jawa sebut, munjung..ehehe.. mak sy xbuat lg.. last puasa nt buat sbb xde org tolong..

    ReplyDelete
  3. akak sebut munjung, bukan mengunjung....orang Jawa mmg biasa buat gitu, seminggu lagi nak raya, dah meriah dgn lauk pauk raya, teringat dulu2 kat rumah atuk, penuh je dgn bermacam2 jenis lodeh dan juadah raya lain. Suka rasa semua jenis lodeh sbb lain orang lain lodeh dia....best kan.

    ReplyDelete
  4. Kat kelantan ttak ada adat mcm ni..kitaorg bg je pd mana2 saudarayg berkenaan bila2 ms, xspesific musim raya..

    ReplyDelete
  5. bese buat time raya pertama..tp jaranga sangat dah sekarang ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...