Orait, hari ni lagi lambat update, walaupun kerja banyak tapi nak gak selit masa sikit untuk blog, rindu kat korang la..
Ok, hari ni nak tulis tajuk sahur. Apa yang korang sahur hari-hari? Kalau macam aku hampir setiap hari la sahur roti je. Aah roti je, memang tak makan nasi ler. Ikutkan sebelum kawin aku dengan family aku memang jenis makan nasi tapi sejak kawin dengan mrhubby ni dah tukar rutin pulak. Dia jenis tak makan nasi waktu sahur so terpaksa la tukar roti atau oat ke, yang simple je.
Tapi kalau aku balik rumah mak aku, aku makan nasi, cuma bila dengan mrhubby aku makan roti la. Sebab rasa macam tak best bila aku makan nasi dia makan roti je, senang kata aku fleksible la.. Tapi bagus jugak, senang kerja aku time sahur ni, takyah nak remeh-remeh nak memasak awal pagi kan. Zarif pun sama jugak, lagi sikit dia makan dari aku dengan mrhubby. Biasalah budak kan, tido tu lagi penting..:)
So cuba share korang biasanya sahur apa, memasak ke awal-awal pagi? Bangun sahur tu pukul berapa? Share la yea..tq.
Setakat hari ini kakcik belum gagal bangun pada jam 4 pagi. Esok2 tak tahulah. Sibongsu yang sepet tu pagi tadi tak mahu makan, dia minum air kosong je. Ayahnya mesti nak makan nasi, jadi maknya pun samalah juga. Kalau masih ada lauk pauk waktu berbuka, kakcik panaskan saja. Kalau tak ada, masaklah yang ringkas2 - telur ke ikan ke ayam ke dan tumis sayur...
ReplyDeleteKak Nurul dan family klu sahur pun mkn nasi juga,memang masaklah awal pagi sbb waktu berbuka kita jarang mkn nasi.
ReplyDeletekami biasanya sahur nasi. tapi skrg ni mmg buat lauk yg simple aje. kadang2 tu grg ikan bilis, telur dadar. kalau muhaimin tu... tak kisah. nasi boleh, roti pun boleh. mujur dia tak cerewet.
ReplyDeletenasi adalah menu sahur yg wajib.. my hubby tu sahur kena ada nasi tp berbuka x kisah apa2 pun.. :) selalunya bangun sahur kul 5... msk2.. kul 5.20 ke 5.30 mkn.. 5.40 stop mkn... terus subuh.. :)
ReplyDeletehaha, saya masak nasi sebelum tido...dah dua kali terlajak tak sedar bangun sahur. nasib baik nasi tu masih elok boleh dimakan time buka puasa. tapi memang nasi tak boleh tinggal, mesti nak nasi jugak!!! hehe....
ReplyDeletesyok banyak tu huda..
ReplyDeleteboleh berdiet tapi hb kak ati tak boleh
mesti nak nasi ..anak2 pun kesian pula kan :)
Saya selalu mkn nasi utk sahur sb takut badan tak larat esoknya..bgn kul 4.30 selalunya sebab bkn masak byk oun selalunya akan masak dua, sayur n lauk je.
ReplyDeleteila minum air n mkn kurma
ReplyDelete