6.8.12

Tahniah Dato Lee Chong Wei | Rezeki besar Sabtu lepas

Pertamanya pastilah nak ucapkan TAHNIAH pada hero negara Dato Lee Chong Wei atas permainan badminton yang menarik malam tadi. Meskipun tewas TAPI dia telah menunjukkan permainan yang sangat hebat sampai buat aku tak senang duduk la. Dua-dua pemain pun hebat, congrats and well done!! Lepas ni sapa lak nak ganti Chong Wei??

Ok, Sabtu lepas aku balik kampung di Kesang Muar. Seronok dapat jumpa mak abah dan adik-adik. Lagi seronok dapat berbuka dengan diaorang. Tambah seronok sebab dapat makan masakan mak..:) Kenapalah tangan mak ni kalau masak apa pun sedap ek?


Mak masak nasi ayam penyet, serius sedap..Resipi dia nengok kat internet je, tapi memang sedap la..Udang masak sweet sour tu aku yang masak kononnya, ala masak simple je kan, semua orang pun boleh buat ye tak?

Mak pun ada buat mi goreng dan bubur kacang. Ditambah pulak dapat rezeki bubur lambuk dari masjid berdekatan, alhamdulillah..Makan ramai-ramai dengan menu yang sedap memang menyeronokkan, betul tak?


Sebab birthday Mak hari Jumaat lepas, so aku pakat dengan adik aku beli kek hari Sabtu tu dan makan sama-sama di kampung. Senang kata memang rezeki besar la hari Sabtu lepas, makan kenyang-kenyang dengan keluarga tercinta dan nenek tersayang..:)

Dah 17 Ramadan dah, cepatnya masa....

7 comments:

  1. zakiah tak tengok chong wei main..tapi tahniah sebab sumbangkan pingat untuk negara..akhirnya masuk gak msia lam carta pingat tu..:)

    bestnye makan2 akak ni..udang tu sungguh sedap nampaknya..:)

    semoga mak akak dirahmati dan diberkati allah..:)

    ReplyDelete
  2. memang seronok tengok games final badminton semalam. biarlah ada suara2 sumbang yang mengutuk Datuk LCW, tapi saya tetap bangga dengan aksi LCW yang tidak mudah menyerah kalah. Tahniah Datuk.....

    ReplyDelete
  3. chong wei main smlm best, muka dia nyata kecewa sbb tak dpt emas, tp berbangga dengan semangat dia. Tahniah untuk Chong Wei kan...

    sedap nampak makanan tu huda...

    p/s: mood tulis blog akak lom dtg, baru dtg mood nak komen je...huhu

    ReplyDelete
  4. walau pun DLCW kalah dan x dpt emas .. tapi dia bawa perak dah memadaikan .. janji he makes malaysian proud ! .. ;)

    wahh pandai mak ema masak ayam penyet ..
    walau x sama dgn kedai , janji air tangan mak tuu penting dik
    akk je lum try buat ayam penyet nieee .. takut jadi nasi ayam jee ekeke ;)

    ReplyDelete
  5. aku pun pelik kenapa masakan mak2 ni sedap sgt kan? mak aku kalau masak sardin pun, aku dah rasa heaven betul masakan mak aku ni...sedap melampau kekdahnya...haha...


    tahniah DCLW!! kami bangga dgn anda!!

    ReplyDelete
  6. adoih! teringin tul tgk ayam penyet tuh!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...