30.10.12

Tab di mana-mana

Kadang bila terfikir dah jadi macam keperluan pulak. Kalau zaman kita dulu tak heran pun kalau takde benda alah ni, tapi kita cerita di zaman sekarang..

Tapi tab ni bukan aku punya tapi mrhubby. Tapi yang menguasai kadang-kadang adalah mereka;

 Kusyuk...

 Leka...

Terlalu menghayati...

Segalanya terpulang kepada ibu bapa sendiri. Untuk aku ada pro dan kontra bila ada tab ni. Kadang naik angin gak bila dok leka ngan tab ni tapi tak buat kerja lain. Tapi macam aku kata tadi semua terpulang pada ibu bapa sendiri. Kita yang kena control dan perlu ada disiplin.

Tab ni kalau dapat kat Zara memang takde benda lain selain Upin dan Ipin ngan Boboiboy. Kalau kena kat Zarif, game memanjang ler. Kalau kat aku more to Instagram, blog dan check email kerja..:)

Dan disebabkan tab ni, maka parents aku pun dah terpengaruh untuk beli benda yang sama. Tapi parents aku gunakan kepada perkara yang baik-baik la, takde macam kitaorang ni..:) 

What to say, sometimes kita tak boleh deny dengan kehendak dan ledakan arus teknologi. Samaada kita suka atau tak, kita dah berada di zaman ini. Pokok pangkalnya adalah kita sendiri sebagai individu perlu belajar untuk mengawal situasi.

~ Pastinya, aku rindu pada masa lalu ~








11 comments:

  1. btl kak, semua terpulang pd ibu bapa..kena pandai kawal..

    ReplyDelete
  2. Tengoklah dari duduk sampai baring zara punya style, punyalah khusyuk tu Huda:)

    ReplyDelete
  3. Tab kakcik, Budak Sepet yang 'pegang'. Suami punya, Bangcik pulak yang pegang... hmmmm...

    ReplyDelete
  4. mmg satu keperluan tab sekarang....yang x syok dok main game sesaja...
    kusyuk zara dgn tabnya........

    ReplyDelete
  5. salam huda.. mmg tab mcm dah jadi satu keperluan skrg.. anak2 pun lebih bijak dari kita bab gadget2 ni semua.. ada kalanya kita yg belajar dari dia org kan..

    ReplyDelete
  6. tupasal kami tak nak beli tab lagi buat masa ni kot, baru ada lappy dengan hp biasa pun mereka dah boleh khusyuk, kalau ada tab ni lagi tak jadi kerja agaknya....huhu.

    Lebih seronok bila lihat mereka bermain basikal setiap petang, panjat2 pokok kacau sarang burung, telur burung pun mereka kebas kadang tu, dari tengok mereka mengadap gadget je sepanjang masa. Boleh pening kepala, yalah bila mereka mengadap, akak tak berpeluang nak mengadap....hihihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, tapi macam zarif memang petang2 kitaorang paksa dia main kat padang, takdenya nak ngadap tab sepanjang masa, nak taknak sebagai parents kita kena tegas la..ada waktu2 bukan setiap masa. Kalau zara pulak, masih lagi macam budak2 perempuan lain, masih dengan anak patung dan berangan sepanjang masa..Tab hanyalah pengisi masa bila diperlukan, hehe...

      Delete
  7. Skg ni, budak2 mmg sudah celik dgn gadget2 nie. Senang je. Hehehehehe....

    ReplyDelete
  8. wujudnya gadjet2 ni menenggelamkan mainan2 tradisi kita..anak2 sekarang x tau wujudnya permainan tradisi..kelak tenggelam di telan zaman dan pupus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju jugak, sebab tu saya kata rindu pada masa lalu sebab kita diajar bermacam-macam permainan dan terdedah dengan pelbagai pengalaman..Anak-anak sekarang banyak yang manja ~

      Delete
  9. tab saya memang sapa2 pun saya tak bagi pegang.
    kalau nak jugak ada had masa..
    selalunya maisara la nak tengok boboiboy..
    dan saya cuma cakap..
    "10 minit je ye.."
    heheh..
    suami pulak tak pernah nak pinjam ke apa..
    tak sempat kot...ahahha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...