Apa itu scabies?
SCABIES atau dikenali
sebagai kudis buta adalah keadaan kulit berjangkit yang disebabkan oleh
hama kecil dipanggil Sarcoptes Scabiei. Lubang hama ini ditanam ke dalam
kulit, kemudian membiak dan bertelur, menyebabkan gatal-gatal ruam dan
sengit. Penghidap scabies jarang tahu bahawa mereka mempunyai keadaan
sehingga beberapa minggu selepas jangkitan awal, ini bermakna serangan
kudis boleh merebak dengan cepat.
Nak tau cerita lanjut pasal SCABIES bolehlah nengok terus ke SINI.
Kalau google pasal SCABIES dan pengalaman mengenai SCABIES pun ada banyak..Mula-mula aku taknak share pun cerita baby aku kena SCABIES tapi bila doktor sahkan anak aku kena SCABIES aku sendiri google untuk cari segala maklumat berkenaan penyakit ni..So aku rasa perlunya aku share untuk panduan dan iktibar untuk mereka yang nak tau berkenaan penyakit ni.
Sebenarnya dari awal Disember 2013 dah mula ada tanda-tanda sakit ni tapi tak ketara dan mulanya dari celah kelengkang kat peha tu, tapi aku dah rujuk doktor tapi doktor kata macam alahan kulit sebab mungkin tanda scabies tu tak ketara lagi...
Sehinggalah aku baru balik bercuti dari KL pertengahan Disember, Aisyah demam dan tanda-tanda merah kat peha tu naik balik..Jumpa doktor kat Hospital Pantai dia kata IMPETIGO la pulak..Tapi doktor kat Hospital Pantai tu bukan Paeds tau cuma doktor biasa kat ER (kebetulan pergi hari Ahad)..Doktor kat situ bagi Hydrocort Cream dan Calamine Lotion..
Nak jadi cerita lepas pakai krim tu entah kenapa makin menjadi-jadi pulak sampailah aku rujuk ke Pakar Kanak-kanak dan doktor sahkan sakit anak aku adalah SCABIES tapi dah bercampur dengan Bacteria Infection..Mungkin gatal dan baby tak tahan kan so dia garu-garu dan luka dan jadik macam serius la pulak..
Tapi Aisyah tak meragam atau menangis teruk cuma tak selesa dan gatal tu makin teruk bila waktu malam...So aku gunakan segala ubat yang doktor bagi untuk merawat Aisyah (Ubat yang Hospital Pantai bagi aku dah tak guna even pakar kata Hydrocort cream makin bertambah teruk sebab sepatutnya bakteria perlu dimatikan dulu).
Kenapa aku cuti sampai seminggu sebab Taska tempat aku hantar Aisyah ditutup seminggu sebab 8 orang budak kena SCABIES ni..Aku dah rasa bersalah sebab aku rasa macam anak aku punca segalanya..
Pengasuh taska tempat anak aku memang baik tapi tegas pun yea gak..Dia terus ke Jabatan Kesihatan walaupun dia tau imej taska akan tercalar (sebab orang akan rasa taska tu kotor dan sebagainya). Hakikatnya bila Jabatan Kesihatan check TAKDE tanda kuman pun kat taska tu (oh orang Jabatan check pakai kanta yea setiap tilam, bantal, selimut dan sebagainya kat taska tu). So pihak Jabatan Kesihatan kata ada la antara anak-anak ni yang membawa penyakit tu termasuk anak aku huhu..
Well aku pun dah terasa diri ni macam pengotor pulak padahal kemas rumah hari-hari tapi yelah kan benda dah nak kena..Aku takmo salahkan sesiapa dalam hal ni..Once aku letak anak kat taska aku memang kena terima hakikat yang anak aku boleh dijangkiti dengan pelbagai penyakit berjangkit..So suka atau tak aku kena terima dengan redha..Selagi boleh usaha merawat kita rawat..
Mana ada ibu bapa suka anak dia sakit ye tak?? Tapi kalaulah aku ada pilihan lain, mestilah aku nak berhenti kerja jaga anak sendiri..
Dalam masa yang sama kat rumah, segala karpet memang dah bungkus, hantar dobi basuh dan simpan, cadar katil basuh dan sidai hari-hari. Kalau dulu-dulu orang rendam atau rebus dengan air panas tapi memadai sekarang doktor kata jemur bawah matahari panas untuk matikan kutu/hama tu..
Bukan Aisyah je yang kena yea, tapi AKU...Yea aku sendiri dijangkiti SCABIES ni tapi tak teruklah macam Aisyah ni..Aku dah ok (dua kali amik injection untuk tahan gatal) cuma nak hilangkan bekas-bekas je kat kaki..
Alhamdulillah keadaan Aisyah dah bertambah baik walaupun sekarang masih lagi makan ubat dan sapu krim untuk matikan segala kutu dan yang tak berkenaan.
Untuk hilangkan bekas memang amik masa 2-3 bulan..So haruslah aku kena carik krim atau bio oil untuk hilangkan bekas-bekas yang ada..Kesian Aisyah sayang..
Sekarang Aisyah makin aktif dan bertambah selera makan. Bila anak dah sihat hati pun makin senang dan boleh fokus nak buat kerja..
Satu jer aku nak pesan - JAGALAH KEBERSIHAN..
Maaf entry terlalu panjang, tq sebab baca!
Baca tajuk tak pernah tahu apa itu Scabies. Dah baca cerita baru faham. Tq huda sharing. Kadang2 kat rumah pun kita tak sempat nak pastikan semua tempat bersih kan. Alhamdulillah Aishah dah makin baik. Kekadang Pantai Hospital ni mmg bg ubat mcm2 saja nak suruh bayar lebih je rasa huhu.
ReplyDeleteya Allah kesiannya aisyah.. anak saye kena ekzema pon saye da pk paling teruk la tu.. rupenye sakit ni lg teruk ye.. get well soon baby..
ReplyDeleteYa Allah... terkejut kakak baca ini Huda. Kesian pun juga sebab Aishah masih kecik sangat. Habis kaki gabusnya kena. Mujur juga Huda tak terus rely satu klinik. Harap tak berulanglah...
ReplyDeleteSatu lagi taska itu pun bagus juga jaga kebersihan sampai panggil Jab. kesihatan..
uwaaa.ciannye si comel aisyah. bagusla dh makin ok. kalau tak cian dia gatal2.kalau kita yg besa ni pn tak tahan nak tergaru2 apetah lagi baby kecik kan..i2
ReplyDeleteciannya...
ReplyDeletemmg gatal & tmpat y garu tu akan jd pedih.
asya pnh kna camni..sampaikan bila pakai baju mngis, sbb kudis tu melekat pd baju.. tp mujur x melarat byk..just 1 tmpat kat kaki & belakang bahu dia..cpt2 cari ubat.. alhamdulillah..x smpai seminggu dh baik.. cuma parut smpai skarang x hilang
salam..bby sy pn nama aisyah.br nk msuk 6buln.kne gk jgkitan ni.bleh x pm sy kt fb YatSalleh or whatapp kt 0132057899 nk tnya few quesntion..huu
ReplyDeleteterima kasih
Assalam sis aisyah umur bpe? ank sy 8bln pun kena dh sebuln still.mcm.x baik..leh share lg x sis sapu apa lg nk hilngkn scabies selain ubt dc bg...
ReplyDeleteSekarang Aisyah umurnya 2 tahun 4 bulan tapi masa kena scabies ni umurnya 7 bulan. Memang kesian tapi masa kena scabies ni saya memang tak pergi satu klinik..Rasanya 3 klinik dan satu hospital. 3 Klinik tu termasuk klinik pakar kulit..Actually bila ke klinik pakar kulit tu, dia tak bagi ubat pun, memang takde ubat melainkan jaga kebersihan. Basuh segala selimut dan tukar cadar setiap hari. Dan basuh cadar tu letak di bawah panas matahari..Kalau boleh selalu tukar cadar dan sarung bantal..Memang penat tapi itu yang diajar..Kalau boleh rujuk dan bawaklah ke klinik pakar kulit sebab pakar lebih jelas untuk menerangkan masalah sakit scabies ni..
Delete