7.1.14

Homestay Kasih Sayang Muar Johor (Part II)

Ok kita sambung ke part seterusnya merangkap part akhir..

Kita jengah ke dalam rumah la pulak yea..Korang janganlah high taste sangat sebab nama pun homestay kampung bukan homestay kat bandar besar, tapi yang penting memang luas sangat dan cukup selesa untuk mereka yang berkeluarga ramai...

 Ni bilik pertama (attach bilik air sekali)
Ada aircond dan kipas sekali yea

 Bilik kedua pun ada aircond dan kipas
Bilik air kat luar bilik share dengan bilik ketiga

 Ha ni bilik ketiga pun ada aircond sendiri jugak

Ni bilik keempat takde aircond dan ada kipas jer
Tapi nama pun rumah kampung sejuk ok..

Ok ni ruang tamu ada tv dan Astro jugak yea
Bilik pertama letaknya kat depan ni la

Ok ni ruang makan kedua boleh jugak jadi ruang kerja
Bilik kedua dan ketiga adalah berdepan dan dalam kawasan ini

 Ini adalah ruang makan dan bersambung sekali dengan ruang tamu di kawasan belakang
Ada tv jugak cuma takde Astro la, sambil makan boleh sambil lepak-lepak


Luas kan rumah arwah atuk aku ni? Mostly masa kecik-kecik kalau kitaorang balik kampung aku akan selalu tido kat bilik yang kedua tu..

Rumah ni memang rumah kampung so style memang ada campur baru dan lama la..Tapi cukup selesa pada aku. Alhamdulillah anak-anak aku memang suka sangat balik kampung sebab luas dan boleh berlari-lari baik kat dalam dan luar rumah.

Buat masa sekarang pengurusan rumah @ homestay ni adalah di bawah tanggungjawab makcik (adik abah aku di Shah Alam). Tapi memang ada orang yang menjaga dan membersihkan rumah ni setiap minggu. Kalau kitaorang nak balik pun boleh jugak tapi dah tak sama macam balik kampung dulu-dulu la sebab kalau balik pun kitaorang dah macam tetamu jugak..:)

 Ha ni ruangan bahagian luar yang aku tunjuk kat entry part I tadi tapi diambil dari angle lain
Biasanya kalau ada kenduri, kerusi kat sini semua dialihkan ke tempat lain jadi para tetamu lelaki akan duduk di bahagian ni 


Alamak gambar kawasan dapur pulak takde kan..Hmm takpe lain kali aku pergi aku akan amik gambar kat dapur pulak yea..:)

So far barang-barang keperluan semua disediakan baik dari tuala mandi, toiletries dan macam-macam lagi la. Kalau tak silap boleh jugak memasak sebab peralatan untuk memasak memang ada disediakan.

So untuk mereka-mereka yang memerlukan homestay bolehlah ke sini dan hubungi;
 
PN. NORASYIKIN
019-696 5618
019-330 1997







 








 


6 comments:

  1. Luas rumah ni bilik pon banyak sesuai kalau ada aktiviti keluarga yg ramai...

    ReplyDelete
  2. suka2.. sgt2 suka.. cantik... ini kalau semua adik beradik miza ada pun muat kot.. xpyh tido dlm bilik pun xpe.. tido bersepah pun ok.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. Argh! Tiba2 sy rindu nak blk BP. Mcm ne tu? Lama sgt tak balik. Sobs...sobs....

    ReplyDelete
  4. Luas rumah ni..
    tu la best nya rumah kawasan kampung..
    Berbaloi kalau sewa ..bawak family besar..bilik pun besar

    ReplyDelete
  5. eh pada lieya ni dah lebih dari selesa..... bersih n kemas jek...siap ade ekon lagi hah...suasana kampung kan sejuk so takde hal sgt kalo takde ekon pun....

    lieya perasan kawasan pun luas tu...kalo due tige family join sekali mmg muat n selesa kan....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...