Hari kedua sekolah berjalan lancar hari ni..Yeehaa hari ni Khamis balik pukul 3.30 petang yeay!! Tapi macam rasa kekok la pulak kan, sebab tetiba "eh betul ke boleh balik pukul 3.30 nie??" Nengoklah nanti macamana..
Oh yea pagi tadi bangun sebelum pukul 5, dok kelentang kelentung kat dapur sesorang. Ada lebihan nasi semalam, jadi buat nasi goreng bekalan aku dengan Zarif, untuk Zara kudut tu aku masakkan bubur (sebab dia yang request dari semalam) dan untuk baby Aisyah macam biasa jelah bubur nasi dengan puri epal..
Memang penat mana nak buat sarapan dengan bekal lagi, lepas tu pulak aku jenis tak boleh dapur bersepah, means lepas masak mesti nak kemas masa tu jugak. Dalam sinki tak boleh ada pinggan mangkuk yang tak basuh so sendiri punya rule sendiri tanggung la kan, orang lain malas nak layan, huhu..
Tapi rasa puas la, penat tapi berbaloi buat untuk anak-anak yea kan? Harap diaorang puas hati makan makanan yang aku buat walaupun biasa-biasa jer..(eh tetiba rasa sebak pulak..) Aku memang tak sempat nak amik gambar makanan semua, masa itu emas...:)
dia senyap ok bila kitaorang buat camni
nampak tak muka cam syiok jer, hehe
aha, ni memang muka geram kena tindih ngan kakaknya..
Selamat bekerja untuk semua dan selamat menguruskan anak-anak dan selamat berhujung minggu, maklumlah esok Jumaat negeri Johor dah mula cuti hujung minggu....:)
comeynya Aisyah.. geram betul... rasa nk geget2 pipi dia kak huda... sukalah gambar 3 beradik tu.. heheehe
ReplyDeleteerrr nape balik kul 3.30 eh? hehehehe
Ikut pekeliling kerajaan negeri balik pukul 3.30 ptg...
DeleteKakak tetap cuti sabtu/ahad Huda. Swasta kepunyaan bukan org M'sia pulak tu. Yg tak best anak cuti Jumaat/Sabtu mamanya cuti Sabtu/Ahad. Entahlah...
ReplyDeleteAnak dara kecik tu makin cumillll lah pulak bila dipakaikan macam tu:)
Hari Khamis half day la kan?
ReplyDelete