Ok sebenarnya untung cuti Sabtu dan Ahad sebab dua hari tu full day memang boleh buat macam-macam kerja tapi still ada pro dan kontra..
Cuti di hari Jumaat juga tak merugikan disebabkan terlalu banyak perkara sunat yang boleh dilakukan tanpa perlu tergopoh gapah melakukan sesuatu kerja. Macam aku pernah cakap sebelum ni tiap hari Jumaat bila balik terlambat sikit je, mrhubby memang kelam kabut nak mengejarkan solat Jumaat. Yelah mana nak kejarkan waktu makan untuk Zarif (sebab abis solat Jumaat je terus berkejar nak ke sekolah agama).
Jadi bila Jumaat cuti terus rasa tenang je, hehe..Oh yea satu lagi bagi kitaorang yang kakitangan awam ni takdelah terus nak tunggu hari Jumaat tapi kitaorang tak sabar nak tunggu hari Khamis sebab hari tu kitaorang kerja separuh hari je sampai pukul 3.30 petang, memang seronok la...:)
Lagi satu bila cuti Jumaat je, bank pulak beroperasi so kalau ada sesuatu urusan tu rasa ok la sebab macam-macam benda boleh dibuat tapi tulah bila dah buat macam-macam benda dah rasa macam tak cuti pulak kan, huhu...Jadi cuti hari Sabtu tu kenalah dimanfaatkan sepenuhnya.
Kerja di hari Ahad pada mulanya agak boring (lebih kurang cam Monday Blues gitu) tapi kena tukar minded la kan..Sampai bila nak boring?? Bagusnya sebab kat Selatan kerja Ahad tapi kat KL dan lain-lain cuti so tak banyak sangat urusan yang boleh dilakukan, jadi kerja pun cam tenang-tenang gitu so far so good..
Sekarang masih lagi dalam proses membiasakan diri..Kadang tu hari Sabtu ingat hari Ahad, Ahad tu ingat hari Isnin, hehe...
Untungnya aku dan suami sama-sama kakitangan awam so takdelah masalah sangat. Memang kesian kalau kat salah sorang pasangan kerja swasta dan waktu cutinya tak sama. Masa akan jadi lebih terhad kan?
Tapi anggap jelah ada hikmah.
Contoh kalau Ahad si isteri/ibu cuti manakala suami kerja dan anak-anak sekolah. Si isteri/ibu tadi amik masa yang ada untuk mengemas dan memasak untuk suami dan anak-anak..Sambil-sambil tu bolehlah berehat dan melayan diri sendiri, kan seronok cam gitu?
Yelah mungkin sunyi sikit takde anak-anak tapi anggap je Tuhan bagi masa untuk si isteri/ibu tadi untuk berehat..:)
Tapi kata mrhubby, walaupun hari Ahad sekolah tapi still ada ada masa untuk bawak anak-anak (bagi anak yang balik sekolah awal la) berjalan-jalan...
Insya allah mungkin awal-awal ni agak sulit nak menyesuaikan diri bekerja di hari Ahad tapi lama-lama nanti mesti ok dan boleh biasakan diri dengan jadual dan pengurusan masa...
Jumaat cuti untuk orang Islam bagus, InshaAllah bole adjust.
ReplyDeleteAndai di beri pilihan...saya juga menginginkan cuti hari jumaat
ReplyDeleteAgak untung bagi bercuti penuh pada Jumaat tidak tergopoh. Dan jalan pun tak jem. Kompleks pun tak penuh sangat dgn kaum hawa yang spend 2,3 jam untuk shopping!
ReplyDeletelama2 tu biasalah nanti..
ReplyDeletelya mmg sejak azali dh terbiasa...
maybe kalo seluruh johor selaraskan, bru la trasa weekend btul2.. ni just gov j kan y kuatkuasakan ..
mak saya still keje hari jumaat. sebab dia mindef, ikut kerajaan persekutuan.. huhu..
ReplyDelete