21.1.14

Dugaan dan macam-macam

Semalam kan baru naik kerja setelah cuti lama, so big boss panggil masuk bilik dan bagi ni;

Yeay rezeki untuk Aisyah dapat beg yang comel..


Lepas tu semalam agak stress sebab banyak perkara berlaku tapi aku cuba tenangkan diri so malam tu pergi kedai one stop dan cari benda alah ni semua khas untuk ajar Zara membaca dan mengeja


Blok huruf  (ABC) tu aku beli 4 set (setiap satu harganya RM2.70)
Blok nombor aku beli 1 set je (lupa pulak harganya yang pasti bawah RM5)
Kotak tu aku beli dengan harga RM6 lebih
Yang penghadang tu aku beli kat Daiso dah lama so baru keluarkan malam tadi untuk asingkan segala huruf mengikut warna

Nak ajar anak membaca dan mengeja kena ada rasa semangat, bila nengok benda yang warna warni ni, hati terus rasa ok..Oh ye aku beli board magnetik putih yang kecik (RM15) untuk senang nak lekatkan huruf dan nombor ni semua..Aku ajar membaca menggunakan buku siri membaca "Bacalah Anakku'...

Zara tu boleh la mengeja tapi bila part yang susah macam terkial-kial sikit dan cepat lupa, macam Zarif agak pantas sikit ..Setiap anak kan berbeza so kita yang jadik ibu ni kenalah usaha lebih sikit, ye kan..

Sarapan aku pagi ni..
Untuk Zarif dan Zara beger dan fillet ikan je, untuk aku je yang melampau lebih siap kuetiau goreng..Nampak berminyak sikit tapi ok jer, minum air masak banyak-banyak yea..Err, kuetiau tu aku goreng sendiri ok bukan beli...:) Oh ye sambil sarapan sambil baca buku tu untuk merawat jiwa dan bersihkan hati..


Bangun pagi aku buat bekal untuk semua termasuklah untuk si kenit Aisyah tu (dari makan pagi dia sampailah ke makan petang)..Penat?? Memang pun penat, tapi aku puas bila dapat buat semua untuk anak-anak..

Sekian...




 












6 comments:

  1. comel sangat beg baru aisyah tu. izan pun ada belikan utk zayyan huruf yg warna warni tu. tapi bukanlah utk eja2, utk dia sorting warnanya aje..hehe.

    ReplyDelete
  2. bestnya bila dapat hadiah...walaupun anak yg dpat..tp mak die lagi suka..hehe

    ReplyDelete
  3. Hadiah sempena nak CNY ye Huda.

    Mengglas tanggungjawab sebagai ibu walau ada rasa penat tapi ada rasa kelegaan dan puas dihujungnya.

    ReplyDelete
  4. eh.. tertarik kat buku tu.. mcm nk cari jer..

    ReplyDelete
  5. menarik la teknik ajar mengeja camni..
    nanti lya nak cari blok2 huruf camni jugfak la

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...