Kadang-kadang selera anak ni sukar ditelah.
Sampai sekarang aku masih bawakkan diaorang bekal, rasa berbunga je hati ni kalau diaorang nak bawak bekal makan ke sekolah. Lebih seronok kalau bekalan makanan tu abis dimakan..
Semalam, aku bawakkan Zarif n Zara roti beger yang diletak cheese dan sos jer. Untuk Zarif dua beger (yang dibelah dua), Zara pulak satu beger (dibelah empat).
Bila balik aku pun tanya;
"Makan tak bekal yang ibu bawakkan tu?"
Diaorang jawab, "MAKAN.." dengan penuh semangat gitu hehe..Lepas tu Zarif pun cakap yang dia makan satu je tapi lainnya semua kawan dia makan sebab kawan dia cakap sedap.
Zara pun sama kata kawan dia makan jugak dan dia dapat makan sikit je lepas tu tak sudah-sudah kata sedap sangat ibu, sedap ibu masak..(Masak la sangat Zara, setakat roti beger je ok, pastu letak cheese sekeping je..)
Kadang untuk budak-budak ni kita takyah nak buat makanan yang remeh n susah-susah, yang paling simple tu la kadang yang diaorang makan banyak dan asik kata sedap jer..Pelik kan??
So hari ni aku bawakkan bekal nasi goreng untuk Zarif...Hahaha, bila time nasi goreng je, aku amik gambar, camana tu..Aku tau dah berlambak gambar nasi goreng kat sini, tapi aku nak letak la jugak...
Zarif punya nak amik hati aku siap cakap kat Zara, "Dik, ibu buat nasi goreng la..Ibu punya nasi goreng punyalah sedap tak sama macam kat kedai punya..."
Korang nengok Zarif bila bab makanan dia puji aku bukan main melambung lagi, abis kembang aku hehe. Padahal tadi aku makan biasa-biasa jer tapi alhamdulillah ada anak yang tau menghargai air tangan kita yea tak...
Kalau makan kat kantin takde nya nasi tu nak berhias daun sup bagai tu..:) Oh ye aku bawakkan bekal buah epal sekali..
Aha, ni Zara punya setakat roti letak butter dan coklat
Roti tu tiga keping je yang aku belah dua, kalau tak abis makan tak taulah sebab selera Zara ni lain sikit
Kesimpulannya untuk anak-anak ni kita kena tau selera diaorang dan kena jadik rajin walaupun agak penat, hoho..Nanti ada menu-menu lain aku akan share lagi la yea walaupun aku sebenarnya bukan lah manusia yang terer masak..Sebenarnya takdelah aku ni asik buat nasi goreng je, tapi asal buat menu lain asik tak sempat je nak amik gambar hehe..
Sekian ~
Hari ni akak pun bawakan bekal nasi goreng utk anak2. Semalam roti telur je :)
ReplyDeletesedap nyer!
ReplyDeleteakk sok bwk 1 bekal lebih..nk tupperware kaler pepel..;-)
ReplyDeletesedapnya nasi goreng!!
ReplyDeletesaya sejak aqil dah tadika ni, dah tiga hari buatkan breakfast dia. seronok juga tapi kena korban masa tidur kena bangun awal nak masak. huhu. hari ni aqil bawa nasi grg dan ayam goreng. blh la tiru idea bawa bekal burger plak kan :-)
ReplyDeleteBagus Huda bawakan anak-anak bekal jadi kita tahu makanan mereka bersih, tak bimbang.
ReplyDeleteAnak-anak kakak pun bawa bekal dari mula masuk sekolah Huda. Bila kat asrama just bawa air masak ajelah - kesian juga tapi nak buat macam mana sebab sarapan tak boleh dibungkus (tak dibenarkan).
saya pun nak rajin buat sarapan untuk anak anak.. sekarang aqil da sekolah.. kena lah sediakan sarapan pagi.. bekal cuma hari jumaat. hari lain tadika dah sediakan..
ReplyDeletebestkn buat bekal..tgh berusaha nk buat bekal diri sndiri n hubby jugak ni heee..
ReplyDelete