6.2.14

Bersantai di Tasik Y Batu Pahat

Cuti panjang sempena CNY baru-baru ni aku amik kesempatan bawak anak-anak bermain dan bersantai di Tasik Y Batu Pahat.

Ala kalau dah kat Batu Pahat ni mana ajelah tempat yang menarik nak bawak anak-anak kan, Tasik Y jelah yang paling dekat dan ada semuanya...Lagipun ini adalah kali pertama bawak Zahia Aisyah tu ke taman..Dari dalam kereta lagi aku dah bf dia sebab takmo dia meragam bila dah keluar berjalan.

Oh ye baby Zahia Aisyah ni baguslah tak meragam langsung lepas ni boleh bawak lagi


 Dia suka main slide dengan abang Zarif


Zara lagilah suka tak terkata datang sini


Apa yang ditenung tu Aisyah?

Boleh tahan ramai jugak orang petang tu, yang penting anak-anak happy kan..Dari asik pergi mall je dan habiskan duit baik lah ke tempat macam ni nengok anak-anak main. Dengar diaorang gelak-gelak sambil main, bahagia je rasanya.

 Header blog aku..:)


 Seronok jugak main ni..


Sebelum balik..


Ok tips aku nak bagi tapi terpulanglah pada masing-masing kan;


Bila bawak baby datang ke taman macam ni,

* Mosquito patch tu (aku tampal belakang baju Aisyah) sebab aku taknaklah ada nyamuk yang gigit,   kang dari mood baik terus moody..

* Headband tu aku memang selalu letak dalam beg, sebab kadang-kadang kita nak bergambar cantik kan so headband sangat membantu. Lagilah Aisyah ni kalau tak pakai headband nanti nampak cam boy pulak..

* Keperluan macam wet tissue dan lain-lain maklumlah bawak baby kan..

* Kalau nak mood baby baik, susukan dan bagi baby kenyang barulah mood dia ok dan mudah nak senyum sebab tu yang aku buat kat Aisyah haritu..Hasilnya memang dia tak meragam dan elok je perhatikan semua orang main..

Selain dari tu;

* Topi Zara tu pun aku bawak jugak, nengok tu bila dah main rambut serabai je, so untuk cover rambut pakai topi je, kalau pakai tudung lagilah elok..:)

* Botol air memang la diperlukan sangat tapi isi air masak la kan takmo air manis..Tapi masa pegi sini lupa bawak botol air so terpaksa beli 2 botol mineral kecik yang satunya harga RM1.30, huhu..

Sekian..


Nak beli Shaklee???
NURULHUDA ABDUL LATIP
SHAKLEE ID : 1103411
SMS/WHATSAPP : 016-7931644







3 comments:

  1. comelnya aisyah.. eeh dh jd ahli shaklee.. tahniah...

    ReplyDelete
  2. Header yg menarik Huda:)
    Anak kakak pun suka ke sini Huda. Kalau balik ada masa mesti kami ke sini. Dah tu ke Wet World mandi-manda.
    Kakak suka Zarif ni penyayang dgn adik. Boleh diharap betul walaupun lelaki.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...