24.2.14

Malam Cinta Rasul di Batu Pahat

Eh mengada pulak petang ni nak update kisah kitaorang lagi, huhu.

Khamis lepas kira malam Jumaat la, mrhubby ajak pergi Stadium Batu Pahat sebab ada;


Perancangan awalnya hanya mrhubby dan Zarif je yang pergi tapi entah kenapa hati aku tergerak nak ikut jugak (walaupun awalnya takmo g sebab nak nengok episod last cerita Ku Cinta Kau Seorang lakonan Remy Ishak kat TV3 ).

Tapi sebab rasa umur makin meningkat so setakat rancangan tv tu takde hal la kalau tak nengok, ni program Malam Cinta Rasul ni live lagi ok..So kalau tak datang macam rugi la pulak..

Tapi tulah sebab perancangan last minit makanya aku pakai seluar jer dengan Zara pun tak bawak tudung lagi so pakai apa yang ada je laa..

Zarif Zara pakai ni je, sempoi je (masa ni majlis belum mula lagi)

Kitaorang duduk kat hujung-hujung je sebab tempat dah penuh kat belah sana tu
aku segan sebab pakai tak proper sangat


Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar lepas tu cuaca memang elok jer. Kitaorang tak tunggu sampai habis. Lebih kurang dua jam sampai pukul 11 malam baru balik. Maklumlah aku bawak si Aisyah sekali kan so takut pulak  nak stay lewat sangat..

 Aisyah memang behave

Aku berharap majlis seumpama ini akan terus diadakan sebab sambutan orang malam tu memang menggalakkan. Budak-budak seusia Zarif dan Zara pun ramai datang.

Dari sibuk g konsert sana sini baik ke majlis cam ni, sejuk je hati dan pemandangan..:)





2 comments:

  1. teringin sgt nk pergi majlis gini tau tp blm dpt kesempatan lg.. aritu ada kat shah alam tp baby Amir plak x sihat...

    ReplyDelete
  2. alahai bagusnye aisyah ...pandai behave yeak...kecik2 dah pergi majlis ilmu.....tu la kan kalo ade kesempatan mmg patut rebut peluang nie.....saham tuk kite ke dunia lagi satu nie...ilmu agama kalo ade kesempatan harus dicari....lagi2 dah ade depan mate gini.....alhamdulillah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...