Salam Jumaat yang mulia, selamat bekerja untuk kawan-kawan yang bekerja dan selamat berhujung minggu bagi yang bercuti termasuklah untuk diri aku sendiri..
Ok lupa aku nak cerita masa aku bercuti di saat baby Aisyah sakit scabbies haritu, ada satu peristiwa berlaku pada dia yang buat aku panik teramat sangat.
Kejadian berlaku hari Rabu, 15 Januari 2014. Masa tu dah nak dekat tengahari dan aku nak bagi dia makan ubat. Masa tu kan dia sakit so mestilah asik nak ngempeng je kan..Tapi aku cuma nak ke dapur kejap je yang jaraknya berapa langkah je dari tempat aku tinggalkan Aisyah.
Gerak je aku ke dapur dia dah mula nangis, aku ingat dia nangis jap je so aku keluar balik ke ruang tamu dan amik Aisyah dia tengah nangis so aku ingat dia dah diam rupanya dia nangis sampai MUKA DIA DAH JADIK BIRU OK....Seriusssssssss aku tak tipu dan masa tu aku panik giler!!! Keadaan yang aku ingat sangat, mulut dia tu terbukak dan muka naik biru dan takde suara langsung!!!
Ya Allah dahlah masa tu tinggal aku dengan Aisyah je kat rumah, aku cuba control diri walaupun sebenarnya tak boleh pun sebab aku dah mula terjerit-jerit dan mula nak nangis. Kejadian berlaku dalam 2-3 minit macam tu. Seram tak boleh cakap sampai aku pukul-pukul Aisyah terbalikkan diri dia (kepala kat bawah dan kaki kat atas) tapi macam takde respon jugak..Last aku terpaksa tampar muka dia ok, then baru aku nengok dia bergerak-gerak sikit lepas tu terus aku bagi dia menyusu..
Korang boleh rasakan tak apa yang aku rasa?
Aku rasa macam aku akan kehilangan dia buat selamanya...Sebenarnya bukan Aisyah je yang ada masalah macam ni tapi anak aku Zarif pun pernah ada masalah ni masa dia seusia Aisyah. Dan dia pun pernah nangis sampai muka jadik biru tapi waktu tu aku tinggal dengan mak abah aku dan masa kejadian yang berlaku kat Zarif tu abah aku yang terbalikkan Zarif (kepala kat bawah dan kaki kat atas) tu pasal aku ikut balik.....Tapi keadaan tu tak sepanik sekarang sebab aku hadapinya sorang-sorang..
Lepas aku dah menyusukan tu aku terus call mrhubby nangis-nangis..Entahlah masa tulis entry ni pun aku tak sanggup nak membayangkan...
Bila aku google pasal keadaan ni rupanya ada ek masalah gini, kira macam penyakit jugak la yea. Sekiranya anak-anak korang berkeadaan macam anak aku ni namanya adalah BREATH HOLDING SPELL.
A breath holding spell is an involuntary pause in breathing that occurs
in some children. Involuntary means it is not in the child's control.
Breath holding spells appear to be a response to:
- Fear
- Pain or traumatic even
- Being startled or confronted confronted
Symptoms can include:
- Blue or pale skin
- Crying then no breathing
- Fainting or loss of alertness (consciousness)
- Jerky movements (short, seizure-like movements)
Tak pasti pulak kalau aku atau mrhubby masa kecik-kecik pernah jadik camni. Mungkin jugak boleh jadik keturunan, huhu..
Ok ni la gambar Aisyah lepas aku susukan dia, nengok muka dia macam pucat kan, hmmm...Haraplah lepas ni tak berlaku lagi dan aku akan pastikan lebih alert lagi selepas peristiwa ni. Patutlah kat taska pengasuh cakap diaorang tak boleh bagi Aisyah ni nangis lama-lama sebab takmo jadik cam tu ler..
Jangan buat lagi yea sayang..
ya allah kak..nsb baik pastu ok.. seram gak bc ni..klu sy ntah apa la yg sy buat..
ReplyDeleteKakak baca pun naik sesak nafas Huda. Kakak tak pernah jumpa dan tak pernah alaminya.
ReplyDeleteAgaknya anak-anak yg meninggal sudden tu salah satunya sebab ini juga kot bila pengasuhnya tak sedar tahu-tahu dah tak bernyawa. Takut kakak membayangkan.
Harap tak berulang lagilah.
anak kedua saye slalu mcm ni kak.. mmg saye pantau habis kalau dia bermain.. sbb kalo terjatuh ke ape mmg menakutkan dia menangis x bersuara n muka biru.. dah byk kali dah mcm tu bile terjatuh ke tergolek.. skrg mmg pantau 100% xnak dia terjatuh ke ape..
ReplyDeleteAs-salam huda..
ReplyDeletebaca entry ni pun dah buatkan akak jadi takut.. harap2 ianya tak berulang lagi.. mmg boleh panik dibuatnya..
Ya Allah Huda. Alhamdulillah takde apa2 ya huda. Pengalaman masa Zarif tu mmg membantu. Akak pun baru tahu ni. Semoga kejadian serupa tak berulang lagi.
ReplyDelete