4.2.14

Cerita hari kedua CNY 2014 = Majlis Kahwin di Rengit

Oklah update lagi gambar kejadian masa cuti CNY hari tu..Kali ni sehari selepas CNY hari Sabtu = 1 Februari 2014..

Balik ke kampung di Rengit Johor sebab ada majlis perkahwinan anak-anak sedara aku..Yea ada dua pasang pengantin (anak sepupu aku ok).

Bertolak balik ke Rengit lepas Zohor, nasib tak jauh dari rumah aku kat Parit Raja ni, ikut shortcut lalu jalan Parit Karjo jer..Yea dah dok kat kawasan kampung semua pun nama jalan parit sokmo, hehe..

Mak dan abah aku serta adik lelaki aku dah bertolak dari awal pagi tapi aku dan keluarga bertolak lewat sikit sebab bawak adik yang bongsu (dia terpaksa ke ofis dulu untuk settlekan kerja).

Ni la adik bongsu aku yang agaknya masih single lagi..
Dulu kerja kat KL sekarang dah balik ke Batu Pahat demi mak abah aku..
Bekerja di Claytan Air Hitam.


  Nak bergaya kat tepi jambatan jugak, nak tunjuk baju dia tu beli kat Poplook..:)
  

Aha anak abah jugak ni, tapi sebenarnya lebih rapat dengan ibu..
Pakai kasut macam dah boleh jalan tapi gaya je lebih ok..:)

 Kakak Zara nak jugak bergambar kat pelamin nikah ni, tapi mata tu suka benar pandang tempat lain

Aisyah nak gak amik kat pelamin ni...:)

 Nengoklah cuaca panas tapi Zarif bukan peduli nak turun gak ke bawah tu, jakun la katakan..

 Dengan makcik-makcik dan sepupu-sepupu, ni tak semua yang ada..


Ni sedara sebelah mak dan ni baru sikit je ok


Ni la pengantinnya, baju hijau tu si abang, pengantin perempuan pink tu si adik

dan yang belah kiri tu adik yang bongsu dan masih belajar di IPTA
Gambar ni amik dari Instagram anak sedara..:)


Seronok sesekali berkumpul jumpa dengan sedara mara sebab bukan selalu dapat peluang macam ni kan..Mak abah selalu pesan jangan lupa sedara..Bila ada kesempatan tu memang patut balik kampung dan jumpa sedara mara.. 

Tahniah pada pengantin dan moga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat..

Ok sekian dulu...


 

 

1 comment:

  1. tahniah.. tahniah.. semoga berbahagialah hendaknyer...
    comeljer adik bongsutu... sikit lagilertu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...