3.2.14

Hari lahir Zarif 9 tahun = Chinese New Year

Assalamualaikum bertemu di hari Isnin lagi..

Aku tau ramai yang sambung cuti lagi kan...Anak-anak aku dan mrhubby masih bercuti lagi sampai hari esok, bukan main lagi eh..Aku je yang dah kerja tapi ok je sebab rasa tenang je walaupun kerja banyak.

Ok sebenarnya aku rasa bersalah sebab tak dapat update pasal birthday Zarif 31 Januari hari tu kat blog ni, tulah tangan yang gatal ni kan, dok godek sana sini..Mujur ada Instagram dan Fb so dapatlah update kat situ hari tu. Yelah kalau boleh setiap momen nak terus abadikan kat blog ni barulah rasa puas. 

31 Januari 2014 Zarif genap 9 tahun. Ohh cepatnya masa nengok anak ibu membesar di depan mata. Itulah anak laki aku sorang yang aku sayang. Yealah aku memang garang kat dia tapi dia tu umpama mencerminkan diri aku sendiri. Kalau nak nengok perangai aku nengok jelah Zarif tu kecuali penakut dan kuat makan...Lain semua lebih kurang sama jelah, huhu...

Ok jom nengok gambar ok.

 Disebabkan 31hb tu CNY aku pun pakaikan dak comel ni rompers samfoo
Comel tak?


Tahun ni takde kek tapi pulut kuning jer (fav Zarif ni)
tak abis pun makan pulut ni, tak boleh makan banyak-banyak


Zara pun aku belikan cheongsam jugak, Zarif je pakai baju biasa hehe..
Mahkota masing-masing dibuat oleh abang Zarif..

 Masa ni Zara buat drama, muka sememeh jer..

See, drama dia tak abis lagi tu, nasib baby Aisyah ok jer..

Baby Aisyah memang adik abang sangat..:)

Majlis ni simple je untuk kitaorang sambut anak beranak jer sebab tahun lepas majlis hari lahir Zarif disambut meriah, jadi tahun ni buat biasa-biasa jer yang penting anak-anak happy..

Ok dah itu je cerita hari lahir Zarif yang jatuh pada 31hb Januari sama dengan hari CNY hehe..Semoga Zarif membesar menjadi anak yang soleh dan taat pada agama, hormat dan bertanggungjawab, sihat dan bijak sentiasa..Amin.














1 comment:

  1. Happy birthday Zarif.
    Kak Zara tu sedih kenapa pulak. Merajuk nak ikut potong pulut juga ke?

    Pandai dah Zarif mendukung adik guna sebelah tangan walau adik montel bukan main:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...