Kisah ni berlaku pagi tadi, masih fresh lagi..
Tak taulah nak kata cerita sedih ke apa ke kan tapi baca jelah kalau sudi nak baca...
Pagi ni Zarif sedih nak pergi sekolah bila baju sekolah dia takde lencana lagi. Ok aku mengaku sekolah dia baru bagi 3 lencana dan 3 name tag minggu lepas. Tapi aku baru jahit kat sehelai baju dia. Dan baju yang berjahit lencana tu pulak kotor dan aku tak basuh lagi, huhu...
Sebenarnya aku kan memang tak reti jahit, biasanya bab jahit-jahit lencana ni aku akan serahkan pada kedai jer..Tapi kedai yang biasa aku hantar ni tutup la pulak sejak dari minggu lepas, entah kenapa aku tak pasti..
Tapi awal minggu haritu aku jahit jugak lencana kat sehelai baju Zarif sebab takmo dia kena marah dengan cikgu la kan (dahlah dia ketua kelas, nanti cam tak proper la pulak kan).
Semalam aku lupa nak basuh baju yang berjahit lencana tu so baju yang dah gosok takde lencana lagi. Makanya Zarif ni dah buat muka sedih, nangis sedu sedan (badan besar tapi memang sensitif, huhu). Lagi satu Zarif ni dia memang nak perfect jer so bila ada yang tak lengkap dia jadik cam tulah, sedih la muka monyok..
Jadik sebagai ibu yang rasa bersalah pada diri sendiri (sebab dah buat anak sedih) aku tekad jugak nak jahit lencana dan name tag kat baju sekolah Zarif pukul 6.40 pagi tadi..Yeaaaa 6.40 ok, waktu memang patutnya kitaorang dah keluar rumah.
Kenapa tak jahit malam tadi? Sebab aku dah penat dan aku fikir hari ni last sekolah so setakat hari ni takde lencana mesti ok je kan..Rupanya tak ok sebab Zarif kata cikgu dia cikgu disiplin dan hari-hari check lencana kat baju, huhu...(Dari malam dia tak cakap, bila nak pakai baju baru nak cakap..)
Mrhubby terus tanya, "Eh b, awak nak jahit sekarang ke? Boleh ke awak jahit dalam tempoh 5 minit?"
"Takpelah sayang, saya cuba..Insya allah boleh.."
Mestilah mrhubby tanya gitu sebab baju pertama yang aku jahit lencana tu pun, aku dok jahit, bukak, jahit, bukak sampai 4 kali...Sengetlah, tak cantik la (memang tak cantik pun..) dan entah apa-apa lagi.
Jadi pagi tadi aku kena pastikan takde kesilapan dan aku kena jahit sekali je dan tak perlu jahit bukak, huhu..Satu cabaran dan aku berjaya walaupun hasilnya memang tak cantik langsung tapi bolehlah setakat nak gembirakan hati anak bujang aku tu kan..
Dan Tuhan pulak mudahkan kerja aku bila baby Aisyah langsung tak meragam padahal waktu cam gitu selalunya dia dah bangun dan nak dengan aku je..
End up kitaorang keluar rumah pukul 6.50 pagi dan dari muka monyok nampaklah muka Zarif cerah sikit..:) Yelah aku paham perasaan dia sangat-sangat (eh tetiba nak rasa touching pulak, hehe).
Lepas tu mrhubby cakap kat aku, "Dalam keadaan terdesak sebenarnya boleh buat kan b.."
"Memang pun sayang, bila kita dalam keadaan terpaksa mahupun terdesak kita boleh buat.."
Aku tak tau nak gambarkan perasaan aku camana pagi ni;
rasa sedih memula sebab buat anak kecewa sebab baju yang tak berjahit lencana
rasa kecewa sebab aku ni ibaratnya macam ibu yang tak guna
Tapi lepas tu perasaan bertukar;
rasa bangga dan gembira sebab mampu jahitkan lencana dalam tempoh sekejap dan mampu buat dia rasa senang hati nak ke sekolah
Tetiba teringat pesan abah kat aku bila masa aku lahirkan Zarif dulu;
Nak besarkan anak ni Uda bukan senang, awak kena melalui fasa demi fasa..Anak kecik perangainya lain, anak besar perangainya lain..Jadik awak kena banyak bersabar..
Terus terang aku memang tak sabar, aku adalah antara ibu yang garang tapi aku sayang sangat kat anak-anak aku..Biarpun macam-macam perangai diaorang tapi itulah pengubat duka aku..Aku akan buat apa je untuk diaorang..
Ok esok aku akan hantar semua baju Zarif (termasuk 2 baju yang dah berjahit lencana tu) ke kedai..Aku jahit tu tak cantik so kena bukak balik nak kena jahit cantik-cantik.
Sekian kisah di pagi Khamis (sambil kesat air mata yang bergenang, huhu..)
Zarif pun tak salah juga Huda sebab pada dia lencana dah ada mestilah dia nak terbaik tak mahu langgar disiplin. Ibu pulak kurang expert menjahit ye... sedikit touching tapi there is sign of love Huda..
ReplyDeleteAlahai, sedih pula huda. Tp betul biasa kalau dah terdesak jadi aje. Zarif mcm abid dan alia, nak perfect. Tp lambat betul dpt lencana ya?? Dah bulan 2, sek anak akak hari beli buku dah dpt lencana, tanda nama jelah yg lambat selalunya.
ReplyDelete