30.4.14

Tempat makan di Batu Pahat - Klasik Kafe D' Sentral

Petang semalam balik dari kerja mrhubby ajak makan so ikut jelah..Memang dah lama aku tak masak kat rumah, bilalah seru rajin nak datang ni..Hopefully esok aku rajin nak masak walaupun cuti Hari Pekerja hehe...

Kat Batu Pahat ni susah nak cari restoran/kafe melayu dan banyaknya warung-warung tepi jalan jer..Tapi nak cari restoran/kafe yang selesa memang payah..Kebetulan dah lama nampak tempat makan ni so semalam teringin nak cuba..

Nama tempat ni KLASIK KAFE D'SENTRAL..Terletak kat Taman Sri Jaya, ok siapa yang tau Al-Ikhsan kat taman tu, ha deret-deret tu jer sebelah Dobi Aqua Nano.

Menariknya kafe ni sebab dekorasinya lebih kepada barangan antik dan unik..:)


 
Zara biasalah baru bangun tido melepek je nak amik mood

Klasik kan tapi kafe ni sangat kemas dan bersih

Belakang tu dapur memasak dan aku nengok semua pekerjanya lelaki 


Maaflah gambar makanan tak sempat nak amik pun maklumlah makanan dah depan mata dan lapar, takdenya la nak amik gambar lagi..Tu pun baby Aisyah dah tak reti diam, kang melampau lak mak nya sibuk nak amik gambar je kan..

Insya allah aku akan datang kafe ni lagi dan nak bawak mak abah..Makanan sedap, harga yang berbaloi, tempat yang kemas dan selesa..RECOMMEND! Walaupun ruang dalam kafe ni taklah luas manapun tapi pada aku selesa la..Didoakan semoga kafe ni akan terus maju dengan kualiti makanan yang bagus.

Dan aku akhiri dengan gambar dia la kan, siapa lagi..Kononnya nak amik gambar yang klasik dan unik, hahaha klasik sangat la tuuuu... Nak amik gambar dia ni dengan ekspresi pelbagai dan gambar yang jelas memang payah sangat tau, maklumlah baby...

 Alooo baju yang comot maklumlah baru balik dari taska hehe

 Entah semalam suka bukan main..










6 comments:

  1. Taman Seri Jaya itu pun kakak tak tahu Huda. Mungkin abang tahu boleh juga kalau senang-senang kakak singgah.

    Anak dara comel nampak kulit dah pulihlah Huda. Dah gebus balik:)

    ReplyDelete
  2. selalu lalu lalang tak pasan pun de kedai makan situ..apa makan special situ?

    ReplyDelete
  3. la gambo makanan? tak de... ishk nampak nau lapo ek..

    ReplyDelete
  4. Kak huda, nk try juga tmpt ni nnti. Tq for sharing :)

    ReplyDelete
  5. It's awesome in favor of me to have a web page, which is beneficial
    designed for my knowledge. thanks admin

    Review my weblog world at arms v1.0.8 apk

    ReplyDelete
  6. Salam kak.. thank you for sharing.. tapi gambar macam tak appear... tanda (-) ajer yang kluar.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...