17.7.14

Biarlah adik aktif...............

Ok-ok dah tutup pasal kisah Uncle, Kiki dan keretanya. Orang dah mintak maaf jadik kita harus maafkan yea tak, setiap dari kita tak lepas dari buat kesilapan kan. Satu pengajaran yang baik untuk semua orang agar lebih berhati-hati dan beradab yea..

Hari ni nak cerita lain pasal baby Aisyah yang makin lama makin la panjang akal dan menguji setiap orang kat rumah ni huhu..Biarpun demam tapi tetap lasak yea..Serius Aisyah ni memang beza sangat la dengan Zarif dan Zara memang berbeza haha..Walaupun aktif yang amat sangat dan aku penat tapi aku bersyukur sebab dia aktif dari dok diam je kang payah pulak kan..

Nengok masa kitaorang buka semalam dia dok godeh segala barang elektrik aku termasukalah toaster ni
siap masukkan fridge magnet dalam ni lepas tu terjerit-jerit marah mengamuk geram fm masuk dalam tu


Habis mengemas kat dapur bergerak pulak ke hall dan bongkar pulak segala surat ibu dan abah
Fuh dia punya sepahkan segala benda memang menguji la sangat..

Habis kat luar masuk pulak bilik kakak Zara, dia bukak almari dan bongkar pulak segala kain-kain tu, waaaa..Rasa nak nangis ok nengok semua benda bersepah, sapa yang tau, aku kan memang jenis tak boleh bersepah so semua benda nak nampak kemas je jadik budak kecik ni memang menduga aku..

Tapi takkanlah nak marah pulak kan, aku anggap jelah ni satu perkembangan yang sihat untuk dia, huhu..Lastly aku dengan Zara la dok kemas semuanyaa..

Zarif pun ada masanya siap cakap, "Tolonglah..kita dah penat tau asik nak jaga Aisyah je, dia asik jalannnn sana sini je, dahlah kita puasa..."

Aku pun pesan baik kat dia, "Semua orang pun puasa, banyak pahala kalau jaga adik sebab ibu abah buat kerja lain..Lagipun baguslah adik aktif dia bergerak sana sini, kalau dia sakit dok diam je, kan Zarif jugak yang susah hati.."

So kitaorang memang bertabah sangat la ni hehe..Cam aku cakap sebelum ni dah boleh bayangkan raya aku camana sebab dok terkejar dia ke sana sini, huhu..

Mrhubby pulak asik cakap, nengok Aisyah teringat cerita Dennis The Menace, tak baik tauuuu..






6 comments:

  1. Kan...budak2...nk buat camne...terima je...btul la tu...klau dok diam nnti...kita pulak da naik risau kan...

    ReplyDelete
  2. hihihi, akak senyum je baca entri ni Huda, rasa dah alami sejak Abid, lepas tu Arif, n Amani. Amani suka sepah makanan, habis satu meja, satu dapur boleh penuh dengan nasi dia, kita nak suap dia tak mahu, nak suap sendiri, sepah satu rumah.....huhu.

    ReplyDelete
  3. Hahahaha! Comel! Sy pun jns pengemas. Klu sepah, haru gak tu.

    ReplyDelete
  4. baby rajin mengemas nih..dah besar sikit dh bole tlg ibu lah nih.

    ReplyDelete
  5. xpe kak..org kata anak aktif ni bijak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...