Aku pun tak tau apakah persediaan hari raya aku kali ni, sebab macam tak bersedia apa pun huhu..Takpe, raya tetap raya demi anak-anak..
Kuih raya pun belum buat niii, insya allah sempat..Ahad ni di saat orang lain mungkin dah bercuti tapi aku masih lagi bekerja. Sebenarnya aku backup mohon Ahad ni tapi rasa cam tak best pulak sebab Ahad 3 Ogos tu pun aku nak cuti. Waktu tu anak-anak dan mrhubby pun kena mintak cuti jugak sebabnya Sabtu 2 Ogos tu tu adik lelaki aku bertunang kat Pahang. Nak buat macamana kan bila cuti dah tak sama so kena la berkorban.
Semalam baju raya anak-anak aku dah selamat sampai ke rumah. Sebenarnya tahun ni aku tempah baju raya aku nun jauh di Kedah ok..Ala member jugak dia tailor so aku tempah dari dia jer. Tailor yang biasa buat baju aku dan anak-anak tahun ni dia tak amik tempahan sebab dia bersalin dan ada anak kecik so tak boleh bagi full komitmen so terpaksalah cari orang lain..Nak cari tailor yang dekat, majoriti dah tutup tempahan. Yang kawan aku tu sampai awal bulan 6 bukak tempahan lagi.. Kira macam berisiko gak le kan hantar jauh lepas tu tak pasti jahitan kemas ke tak..
Eh tapi aku hantar tempahan baju anak-anak je. Aku guna ukuran baju kurung online je haha..Untuk Zara dan Aisyah la kan. Sekali semalam dapat, alhamdulillah jahitannya sangat kemas dan puas hati la sangat. Dahlah jahitan kemas lepas tu kan murah..Aku hantar 4 set kain, setiap set buat 2 pasang..Kiranya Zara dan Aisyah ada 2 set baju kurung dan 2 set jubah ringkas..Dan baiknya kain tu semua siap ada lebih dan akak tailor ni pulangkan balik pada aku..Totally aku puas hati dan aku akan hantar kain baju aku pulak kat dia, hehe..Yelah kan, niat aku nak tolong kawan jer.
Wah mengada sangat ni nak kaler hitam putih surpriseee..Raya nanti la baru reveal kaler nya yea..
Kain ni pilihan mak aku, memangnya tiap tahun gitu, kain of course la cotton je serap peluh..
Saiz untuk Zara memang just nice tapi untuk baby Aisyah terbesar sikit laa..Maybe aku akan pakaikan dia jap je masa nak gambar raya pertama tu sebab nak dia sedondon dengan kakak Zara, tapi aku akan carikan baju lain kot yang saiznya kecik sikit..Aku dah survey..Al maklumlah Aisyah ni cam petite sikit laa..So saiz tu memang untuk budak setahun tapi dia ni saiz 6-8 bulan pun boleh pakai lagi tau..
Masalah lain pulak, semalam try pakaikan baju kurung ni kat dia punyalah seksa haha..Dia suka baju kurung tu tapi part nak pakai tu memang seksa la..Bukan baju kurung je apa-apa baju laaa memang susah sekarang ni nak ngamuk jerr..
Tahun ni order rempeyek dari kawan aku, dia upload kat fb, itupun last minit order..Untuk pengetahuan aku ni lebih suka kerepek pisang berbanding rempeyek. Rempeyek ni aku cerewet sikit nak kacang sikit lepas tu takmo tebal dan nak ada ikan bilis sikit..Aku beli 2 bekas jer..Satu balang ni harganya RM20 dalam tu ada lebih kurang 60 keping..
Nengok la yang sebalang tu dah tinggal separuh confirm tak sempat sampai raya ni..Redha saja la, abis nak bertahan camana asal lepas buka puasa je mesti amik sekeping dua huhu...
Ok la tu je untuk hari ni..Mood nak kerja ni ikutkan dah takde, hari-hari rasanya macam kena paksa bangun tido tau sebab perasannya macam dah cuti je hehe..
Sekian tq sudi baca!
seronok bila tempahan baju kita cantik je kan...
ReplyDeletemujur baju okey ...tu laa risiko kalo pes time nak tempah .... syukur semua okey.... alaa mcm lieya ni huda bulan 3 antai kat tailor...ha awal tu...seminggu start puase baru siap...bygkan.... mmg kene anta awal2 gamaknye kan....
ReplyDeletewooowww suprise betul tuuu....tapi tgk dari corak lieya tau dah mesti comel nanti semua pakai...tak sabar lak tgk pic pagi raya masing2 ...mesti meriah n kalerpul kan....
cantik baju kurung tu..
ReplyDeletecubalah nti rempeyek knor pulak...pasti sekali beli nak lagi..
dah separuh balang.. hehheeh
ReplyDeleteLain kali jahit sendiri pelan-pelan Huda. Baju kurung pun bukan susah kan... kesian juga adik punya terbesar. Kalau kakak dulu masa anak baby buat baju kurung tapi kakak padankan dgn seluar panjang. So kainnya kakak jadikan seluar jadi senang tak takut terpijak...Kalau duduk pun tak nampak pampers dia..
ReplyDeletealhamdulillah .. mujur ok je kan baju tu.. dah la jauh plok tu.. agaknyer kaler apa tu.. hehe..
ReplyDeletesedapppp nyerrrr...
ReplyDeleteakk.tengok rempeyek tu tak tahan lh.nyum2.
ReplyDeleteLega kan dah siap.. takdelah pening2 kepala..
ReplyDeletetak sempat nak raya rempeyak tu kang..
ReplyDeletebalang besar tu...? alamatnya uncle sorang je boleh habiskan... hehe
ReplyDelete