21.7.14

Handphone buat hal

Nak dekat raya gini handphone buat masalah pulak. Tak boleh charge langsung maybe rosak dekat connected charger tu, so redha seadanya laa..Baru hari ni nak bawak pergi kedai. Kalau hantar kedai tu mau kena tinggal sehari dua, lepas tu baru perasan semalam kat skrin hp tu ada retak panjang, huhu..Redha..redha...Entah bila masa jatuh pun aku tak tau.

Buat sementara ni mrhubby bagi pakai hp dia dulu dan dia guna hp lama. Aku memang pentingkan hp terutama melibatkan bab kerja, lagi pulak sekarang jaga bos baru dengan no hp dia aku tak hafal termasuk gaklah member sebelah tempat duduk aku ni yang aku tak ingat no hp nya..

Dari petang semalam hp memang cari pasal (ala-ala dah nazak gitu) bila bos g mesyuarat penting aku nengok kat hp ada sms dan whatsapp dia nak maklumat tu urgent tapi aku baca sms dan wa tu setengah jam lewat..Nasiblah bos ni baik so aku pun mintak maaf cakap hp rosak..

So hp please laa, be kind to me yeaaa..

Sampai sekarang aku rasa macam mimpi ngeri tragedi MH17, entah kenapa asik teringat-ingat...Dan tak percaya kurang dari seminggu nak raya, huhu..


2 comments:

  1. ... atau charger yg rosak tak Huda. Kakak hari itu macam itulah ingatkan hp yg rosak sekali guna charger anak kakak punya ok.
    Memang susah kalau tak ada hp. Memori utk nombor-nombor kalau kakak memang fail.

    ReplyDelete
  2. lya biasa kna mcm ni.. nk htr kdai lmbat.. smentara tu beli charger y pasang kat plug tu.. bateri kita cabut n masukkan kat plug tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...