6.7.14

Ujian Tuhan dan mati yang pasti

Entah kenapa aku agak terkesan dengan pemergian Allahyarham Dato Sharifah Aini dan juga anak kepada Linda Rafar - Allahyarham Rezaimen Keifli.
Sesungguhnya mati itu sangat dekat dengan kita, dan seharusnya kita kena bersedia. Ya Allah kadang terfikir bekalan apa yang aku akan bawa nanti. Moga Tuhan akan terus beri peluang pada aku untuk buat amal dan kebaikan, insya allah.

Bila baca berita Allahyarham Dato Sharifah Aini meninngal dunia kerana fibriosis paru-paru terus aku teringatkan mak sebab mak pun punya sakit yang sama. Sebab tulah kitaorang kena elakkan mak dari terkena jangkitan kuman yang bagi mengelakkan keadaan jadi lebih serius. 

Ok korang boleh baca KISAH INI dan  KISAH MAK DAN OKSIGEN.

Yang pasal anak Linda Rafar tu pulak aku terkesan sebab kita ni ibu kan. Pastilah akan terasa lebih lagi anak yang kita kandungkan dan membesar di depan mata kita. Aku memang follow instagram Linda Rafar jadi tau perkembangan arwah anaknya sejak mula sakit sehinggalah dia meninggal dunia. Ya Allah Linda Rafar memang ibu yang tabah. Tuhan memang menguji mengikut kemampuan hambaNya. Even aku sendiri pun tak tau aku kuat atau tidak andai diuji macam ni.

Selagi kita hidup di dunia ni takde yang terkecuali dari ujian Tuhan sebab aku sendiri pun pernah diuji Tuhan tapi dalam keadaan yang berbeza dan sampai sekarang pun terus diuji. Macam aku cakap ujian kita ni semua berbeza mengikut tahap kemampuan kita masing-masing, hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui segalanya.

Moga roh mereka berdua dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Bertuah kerana mereka meninggal dunia di bulan Ramadhan, bulan yang mulia...Al-fatihah ~








2 comments:

  1. Ye, byk kematian akhir2 ni alim ulama, selebrti..dn sesiapa sja tk terlps dr kematian.
    mmg sgt2 terkesan.

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah utk arwah memen...mmg terkesan sgt pasl ni kat umi, ye lah anak umi pun sdg sakit dah mmg paham perasan linda tu...
    Rezeki arwah pergi di bulan yg baik ni, semoga dia tenang di sana :(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...