14.7.14

Eczema Aisyah | Menu berbuka

Assalamualaikum..

Pagi-pagi ni je aku dah mula menguap ngantuk bagai ni, apa nak jadik nii..Semalam kalau ngantuk pun ada reason gak sebab hari Ahad, ehhh, tetiba kan..Yelah dah takde Monday Blues untuk aku tapi Sunday Blues gitu huhu..

Ok dah jom cuci mata dengan gambar yang aku nak tunjuk korang, chewah macam banyak je kan..Khamis lepas aku terpaksa EL sebab Aisyah demam panas, kesian kat dia...Even sampai hari ni pun macam ada rasa dedar tapi terpaksa gak hantar ke taska dan aku bekalkan ubat sekali..Sebab ni demam siap pakej batuk dengan selsema sekali..Tapi takpelah nak sakit biar sakit sekarang time raya nanti biar sihat betul yea baby...

Ni kat umah mak aku ni, demam tapi takde hal nak memanjat semua

Sekarang ni Aisyah dalam peringkat yang aku tak boleh alpa dan leka langsung. Dia memang tengah hyper sangat sekarang ni lagi bila dah dapat kaki kan..Bergerak tak sudah lagi la pulak dok umah mak abah semua tempat dia nak explore, bukan kaki je berjalan tapi tangan pun bergerak sekali ok..

Masa aku terlelap jap hari tu dia boleh masukkan jari dalam air cooler, tapi dia tak nangis cuma tunjuk je jari dia kat aku, ada luka n terkopek sikit je tapi tetap tak serik ada hati nak letak lagi jari kat situ huhu..Adoi la anak..Kalau pintu terbukak je laju dia jalan siap nak keluar gate lagi, so memang kena pantau sepanjang masa laa..

Confirm eh raya ni aku dok terkejar-kejar kat dia, so takyahlah aku nak melawa sangat haha. Sebab aku dah boleh bayangkan keadaan masa raya tu nanti hehe..


Ni lagi satu masalah yang tak selesai, eczema..

Aisyah dok tergaru je kat kaki dia tu sampai berbekas, jumpa dr dah banyak kali pakai krim yang diberi pun still dok tergaru tak sudah. Pergi pakar kat hospital dia bagi krim aqueous tapi hasil pembacaan aku berkenaan krim tu terus buat aku bertukar ---- AQUEOUS KRIM DAN ECZEMA.

Sebelum ni pun pernah pakai cleanser dan krim Ezerra (dr bagi) pun takde perubahan sangat. So aku decide beli sendiri cleanser dan mosturizing cream Cetaphil (hasil pembacaan di blog). Setakat ni memang aku sentiasa sapu mosturizing cream tu dan aku akan pastikan kulit Aisyah tak kering sebab taknak dia rasa panas dan asik tergaru jer. So far alhamdulillah. Nanti nak beli vitamin E pulak untuk hilangkan bekas-bekas yang ada pulak.

Cetaphil ni mahal sikit tapi demi anak...Oh yea abah aku pun ada belikan cleanser macam kat bawah;

Ni aku hantar ke taska untuk kegunaan Aisyah


Ni menu buka puasa semalam

Kebetulan semalam murah rezeki pengasuh Aisyah bagi munjung pada semua ibu bapa yang hantar anak ke taska..Tiap tahun pun dia memang bagi kitaorang, syukur sangat. Pastinya memang sedap la..Aku cuma masak lauk AYAM MASAK KICAP REMPAH KARI. Resipi asal dari Che Mat Gebu la, memang terbaik la..

Mrhubby nak sangat lauk ayam masak kicap siap nak ada kentang bagai la, aku ni terus terang memang tak reti masak lauk ayam masak kicap tau..Dahlah tak reti lepas tu taknak ikut resipi yang simple tapi mengada nak carik resipi yang susah hehe..Nasib jadik siap dapat pujian dari mrhubby lagi laa..Ok raya boleh ulang juadah ni lagi, makan dengan nasi impit pun sedap ok. Zarif makan dua kali yeaa..:)

Murtabak dan karipap tu frozen je (mak bagi) tapi serius karipap tu adalah karipap frozen yang tersedap aku pernah makan setakat ni...Serius sedap giler!!


Dan akhir sekali malam tadi lepas dah buka semua aku teringin nak triffle. So buat cepat-cepat tapi aku baru dapat rasa sikit je masa sahur tadi..Mana tau ada rezeki untuk jiran sebelah petang ni hehe. Sedap sebab sejuk tauuu..

Maaflah yea terpaksa tunjuk gambar makanan pagi-pagi ni, sebab ni jelah gambar yang ada dalam simpanan..

Harini tak tau nak buka apa tapi Zara semalam dah bagi hint nak makan spageti lagi, sabar jelah...Tapi ok gak sebab menu simple dan sihat katanya..:) Yang penting anak makan...

Tq sebab sudi baca! (Saja tulis panjang setelah berapa hari tak update)

Congrats to Germany yea!!!








5 comments:

  1. alorr, sian aisyah.. kesian klu bebudak gtl².. dia bkn tau apa, garu je la.. sedapnya triffle tu adoiii..

    ReplyDelete
  2. Alahai syian Aisyah ya. Tak nak cuba herbal blend crema Shaklee tu ke huda, mana tahu ok. Huda kan SID juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun pernah terfikir nak beli jugak, kita nengok camana dulu guna ni, so far ada perubahan..Tapi dalam niat memang nak beli..Saya SID tapi tak aktif macam akak..

      Delete
  3. Kalau kakak cadangkan Huda cuba bincang dgn cikgu
    Ada satu specialist di JB (depan Sg Segget - Klinik Thani Pakar Kulit) tapi kalau nak pergi memang kena buat appointment sebab yg datang seluruh pelusuk M'sia. Ada yg dari Sabah dan Perlis juga. Dulu anak kakak yg kecik beribu habis tapi sesuainya di sinilah. Mana tahu Aisyah pun sama mcam anak kakak. Kesian tengok kan...

    ReplyDelete
  4. Eczema mmg akan kekal ada ( on off) selalunya sampai peringkat umur 8- 10...majoriti akan hilang sendiri...tapi ada yg tak bernasib baik, kekal ada as chronic eczema till adulthood.

    Cetaphil tu mmg bagus..
    Kena apply any moisturizer sebab tak boleh dependent pada steroid cream semata mata..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...