15.7.14

Dah 17 Ramadhan

Alhamdulillah dah masuk 17 ramadhan, kejap betul masa ni. Aku macam tak rasa sangat nak raya sebab setakat ni takde langsung nak dengar lagu raya lepas tu kat ofis pun takde buat apa pun persiapan nak raya, why oh why?? Dalam kereta pun takde dengar lagu raya, kat tv jauh sekali la..Aku pun musykil ni..

Yang aku dengar kat shopping complex je tapi entah kenapa tak feel pun. Lepas tu persiapan pun macam takde apa-apa..Kang nanti last minit la segala-galanya..Insya allah boleh kot, huhu.

Hari ni Selangor cuti yea? Negeri mana lagi cuti ek sebab Johor tak cuti pun sebab 1 Ramadhan hari tu dah cuti, tapi sekolah PASTI Zara cuti hari ni, untung dia..Awal ramadhan dengan hari ni cuti. So kita hantar dia ke rumah mak abah aku kat bandar tu..Kalau tak dia nak dok mana dengan aku dan mrhubby kerja hari ni..

Semalam aku masak spageti bolognese dan kuetiau untuk berbuka. Bukan main suka Zara dan Zarif aku buat spageti berulang diaorang makan, tapi aku suka..Kuetiau pun licin jugak alhamdulillah..Masak sendiri ni lebih seronok kan lebih lagi kalau makanan tu habis..Tapi hari ni tak tau lagi sebab tetiba macam malas pulak yelah kan aku pun nak rest jugak :) Eh tapi kalau buat nasi lemak pun sedap jugak kan....

Malam tadi lepas terawih keluar ke bank kejap dalam pukul 10 lebih gitu, meriah betul pekan Parit Raja ni tau. Pada yang tak tau, Parit Raja kan terkenal dengan bazar dan ekspo sempena nak raya ni. Fuhh, memang meriah la..Kalau dapat bonus hari ni confirm bertambah meriah. Tapi aku tak keluar pun tak kuasa ok..Walaupun aku dok Parit Raja tapi last aku pergi bazar dan ekspo ni masa tahun 2011. Aku sebenarnya kurang suka tempat yang sesak dan ramai orang..Lagilah dengan Aisyah yang tengah sakit, tak mungkin la aku nak bersesak bagai semua ni. Tapi tak taulah nanti dua hari sebelum raya ke kot aku nak jengah jap ke bazar dan ekspo ni saja cuci mata tapi tak confirm pun sebab aku ni cakap je berdegar kang tiba masa aku malas nak keluar..

Dah buat kuih raya? Tahun ni aku beli kerepek, itupun dua jenis je - KEREPEK PISANG DAN REMPEYEK. Yang lain tak payah huhu nanti kang asik tak abis je. Lepas tu aku dan mrhubby berangan nak buat biskut raya, tapi dua jenis je - BISKUT CORNFLAKES dengan CHOC CHIPS..Tapi ni satu bahan pun tak beli lagi macamana tu? Tahun ni takyah nak beli biskut raya ok, semua kena jimat jadi buat sendiri je hehe. Tapi tulah projek tak mula lagi camana ni, kurang dua minggu dah nak raya..

Oklah tu je nak cerita...

Sekian dan tq sebab baca...:)





5 comments:

  1. Tak apalah kita sama-sama kerja Huda...
    Hari itu kan kita dah cuti sebab JDT menang hihi...
    Kakak belum pun buat apa-apa biskut lagi. Tak beli pun bahannya lagi
    Salam Nuzul Al-Quran moga kitab ini mampu menjadi panduan kehidupan kita Huda..

    ReplyDelete
  2. sy xbuat apa² biskut raya pun, beli je..huhuhu

    ReplyDelete
  3. rempeyek tu, satu balang uncle sorang je abis kan....!

    ReplyDelete
  4. Kak Azie beli maruku jer 2 balang. Buat makan sendiri kata orang. Kuih Raya? Hmmm cari last minit jer lah. Buat langsung tak reti.

    ReplyDelete
  5. uihh rempeyek tu wajib ade...baru johor katenye heheheeh...mak lieya buat sendiri....ikan bilis lebih ngan kacang lebih...adoi sedapnyer ....

    lieya plak awal puase mmg berazam nak buat kuih raye....tapi nak buat yg siimple2 jek...tapi same laa mcm huda...tak start2 lagi hah hahaahahaha...adoi laaaa.... bahan dah beli dah pun hah...ala lieya nak buat biskut suji jek...nak seronok2 ngan anak2 gentel kuih kononnyer.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...