Semalam korang buka apa?
Aku masak nasi goreng suka hati aku, telur mata dan sambal ikan bilis..Makan simple dan besederhana je kan, yang penting tak membazir. Rupanya mak dengan abah aku pun berbuka menu yang sama jugak..Harini macam teringin nak makan spageti pulak..Yang penting aku masak makanan yang anak-anak pun suka makan jugak.
Kalau nak tau aku ni bukan la terer masak sangat, aku ni asal nak masak je mulalah google sana sini. Hp tu memang diangkut sekali ke dapur, sikit-sikit jengah hp nengok resipi dan masak hehe. Walaupun masakan tu dah masak banyak kali pun tetap lupa dan tetap nak nengok resipi..Yang penting jadik dan sedap..:)
Ni masa aku buka puasa kat rumah mak abah Jumaat lepas
Menu : Nasi Ayam sedap..
Korang nengok ke drama apa tu KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN? Maaflah aku memang tak nengok drama waktu maghrib ni kecuali kalau pelakon dia tu Remy Ishak je haha..Semalam member aku nak pinjam password tonton.com.my aku pasal dia terlepas episod ke 23, rindu nak nengok abang Zin dia tu..Aku bagi jelah tapi tak taulah dia boleh nengok ke tak, huhu..
Last aku nengok drama waktu maghrib ni masa aku dalam pantang tahun lepas, apa tajuk drama tu yang pelakon Adi Putra berlakon tu, yang ada lagu Hyper Act tu, see aku dah tua - tajuk drama pun lupa sudahh..Aku akan setia nengok drama atau filem yang ada Remy Ishak je ok hehe..
Tiga minggu lepas Zarif ujian taekwando untuk red belt
Alhamdulillah Zarif lulus
Nengok Aisyah solat tu
Dia paling suka dengar azan dan segala lagu-lagu ketuhanan mahupun zikir, alhamdulillah
Sekian terima kasih sudi baca...:)
Kak yus semalam buka dengan spageti Huda.
ReplyDeleteWah Zarif dah masuk red belt, anak2 kak yus belum lagi, bulan lepas banyak kali tak datang, so tak dapat masuk ujian....huhu.
Kakak semalam buka nasi ambeng abang beli. Kakak masak juga asam pedas (kan tak kerja - kalau tak memang tak adalah).
ReplyDeleteAlhamdulillah Zarif kian melangkah ke depan. Seiring anak dara comel ni pun. Dia nampak semua org solat tu yg dia pun ikut. Dpt sejadah dia pun sujudlah.. cerdiklah dia Huda:)
samalah lauk kita nasi ayam..ikut selera anak2..
ReplyDeleteamin..semoga menjadi anak yg solehah...
Nasi goreng memang antara menu terbaik tau...!
ReplyDeletegud girl aisyah.. dh blh belikan telekung tecik utk dia ni..
ReplyDeleteSpageti? Syoknya. Sy suka sgt mkn spageti. Aydin pun suke banget tp suami sy lak. Klu sy beria msk spageti, at the end dia akan tny - Nasi ada? Msk nasi sikit. Warghhh!
ReplyDelete