12.1.15

Sesi persekolahan 2015 - Bila Zara darjah satu

Ok semalam negeri Johor dan negeri-negeri di Pantai Timur dah memulakan sesi persekolahan. Aku cuti semalam sebab anak nak masuk darjah satu kan padahal bukan tunggu seharian kat sekolah tapi biasalah nak uruskan apa yang patut..Aku stay sekolah sampai pukul 8 je..Mrhubby hantar awal lepas tu dah kena balik sekolah sebab dia ada kelas awal pagi..Memang gitulah dari masa Zarif darjah satu pun aku tunggu jap, nak buat camana kan abah kerja cikgu tak boleh nak tunggu lama sebab dia pun ada tanggungjawab. Tapi budak sekarang ni dah berani takde nangis-nangis la..Ada pun yang jenis manja-manja je nak ibu abah nampak depan mata tapi takdelah nangis-nangis..

Dah darjah satu dah sayang ibu ni

Alahai besar dah anak ibu..
Kalau ada orang kacau Zara, panggil abang Zarif tau, dia ada red belt hehe..

Banyak kali aku pesan kat Zarif, jangan lupa nengok adik kat sekolah, tunjukkan dia apa yang dia tak tau. Zarif tu abang kena ada rasa tanggungjawab. Berkali-kali aku pesan kat dia tau. Punyalah taknak dia lupa yang dia ada adik kat sekolah. Tapi aku trust kat dia, insya allah dia abang yang baik dan boleh nengokkan adik. Jangan masa mula-mula je ni dia nengokkan huhu. Semalam dia bagitau la yang dia nengok Zara kat kantin, sejuk hati aku dengar hehe..


Ha Zara ada tu terselit kat sebelah budak lelaki tu

Tu Zara duduk depan sekali tapi balik sekolah semalam cakap dah kena pindah belakang

Belajar rajin-rajin tau..

Sebelum balik rumah, punyalah sebak nak tinggalkan Zara padahal dia memang tenang je, aku pulak yang lebih-lebih. Biasalah sindrom mak-mak kan, mana ada tak sedih. Rasa macam baru je lahirkan dia tetiba dah darjah satu...Kenapalah masa ni cepat sangat berlalu? Anak-anak dah besar, aku dah tua ok, huhu..Umur pun tak lama lagi nak jengah 40 tahun, cam tak caya ok sebab selalu rasa diri ni cam umur 26 je huhu..

Balik dari sekolah aku jalan kaki huhu, cuaca redup tapi boleh tahan berpeluh la
Takpe bakar lemak selama ni asiklah naik kereta je kan, sesekali jalan kaki pulak

Sekolah agama pulak..

Balik sekolah rendah semalam Zara tanya aku, kita ada nak pergi sekolah lagi ke ibu? Haihh mestilah ada sekolah agama pulak..Lepas tu dia cakap, ada lagi ke? Kita dah penat la..Amboi baru hari pertama ni, belum lagi hari-hari mendatang hehe..Terpaksa la psiko dia - sekolah agama ni sekejap je, tak lama pun, kejap lagi balik la..Nasib baik la dia ok je.. Sekolah agama ni Zarif dengan Zara lain sesi so Zara kena pandai bawak diri la..Dengan Zara ni aku ni memang asik risau je, maklumlah anak perempuan kan..

Zarif aku kurang risau sikit pasal masa masuk darjah satu dulu badan dia paling besar dan dia jenis yang boleh bawak diri..Zara pun ok jugak cuma sebab dia perempuan je kan, tu yang risau lebih..

Kat sekolah agama ni kena baca ikrar lafaz penyerahan anak kepada sekolah

Cikgu pun ada ikrar terima anak kita

Sebelum amik Zara, kita hantar pulak dia ke sekolah
Pakai vest tu maklumlah pengawas - muka tak redha nak amik gambar ok

Gitulah serba sedikit kisah anak-anak yang sekolah semalam. Memang aku bawakkan bekal untuk diaorang tapi bekal yang simple je ikut kemampuan diri. Kalau boleh nak berbento jugak tapi aduhai bekal yang simple pun ok la janji ada..Sorang kuat makan sorang lagi kurang makan. Zara punya bekal semalam ada bawak baki makanan, Zarif punya kosong licin hehe..

Semoga anak-anak ibu semua dapat fokus dan belajar rajin-rajin. Ibu dan abah akan selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak...

Oh yea, lupa la ada lagi sorang  la hehe..

 Yelah Aisyah pun nak belajar jugak kan..:)

Rutin sebagai ibu yang sibuk pun dah bermula. Seawal 4.45 pagi aku dah bangun cuba uruskan dan sediakan apa yang patut..Penat tapi aku suka..:)

Sekian tq sudi baca!





8 comments:

  1. comel je zara.. belajar rajin² ye.. abam lak jgn lupa tgk adik..

    ReplyDelete
  2. amboi abg.muka ganas sgt tuuu.hehehe.zahra! kenapa comels sgt.nmpk mcm dh besar sgt.

    ReplyDelete
  3. Tengok dari gaya dan raut muka, Zarif memang boleh diharap untuk menjaga Zara...

    Zara pun sekejap saja esok tahu2 dah jadi remaja. :)

    ReplyDelete
  4. comelnya zara..selamat bersekolah buat zara dan abang..
    yang kecik comel si aisyah tu pon nak sekolah juga kan

    ReplyDelete
  5. cantik nya zara..mesti ada peminat nanti ni..hahaha....InsyaAllah zara pun pandai jaga diri dia nanti..

    ReplyDelete
  6. Bgn pagi2 sgt tu ko buat bekal la eh? Aku bgn before subuh terpinga2 nak buat apa sbb sekolah provide food. Kalau tak bwk bekal ko bgn pkl brapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah dengan masak untuk tengahari sekali..Misi aku tiap hari bawak bekal, kalau tak sempat buat apapun aku akan belikan kuih tapi setakat ni aku akan buatkan bekal untuk diaorang...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...