31.5.12

Mana bukunya?

Aku : Adik, tak baik tau lawan cakap ibu, kasar-kasar dengan ibu, nanti Tuhan marah..Kat kiri kanan kita ada malaikat, nanti dia tulis kat buku dia kalau adik buat tak baik..

Zarif : Aah la dik, kalau adik buat tak baik, nanti malaikat tulis kat buku dia, kalau adik asik buat tak baik je, nanti buku malaikat tu jadik tebal..

Zara : Mana bukunya, adik tak nampak pun..

Hmmm, anak zaman sekarang, semua nak kena ada bukti, lagilah bila Zara semakin petah bertanya..




Ada atau tiada

Sebenarnya kan PA @ Setiausaha patut bercuti waktu bos ada (bekerja) atau waktu bos tiada (bercuti)? Contohnya macam cuti sekolah cam ni la..Cuba bagi pendapat...Tq.

30.5.12

# Wordless Wednesday 23

daddy's girl

Kitaorang ke Starhill Golf Resort, Kempas Johor Bahru last week. Nanti-nanti aku update cerita yea..

Salah satu sebabnya..



Kenapa tak masuk rumah baru lagi sebab pintu utama belum dapat lagi. Kitaorang tukar pintu asal (sliding door) kepada pintu lain. So pintu baru tu belum dapat lagi, insyaallah Isnin atau Rabu depan baru boleh dipasang, hmmm..Rumah aku kecik je kan, tak besar pun tapi syukur sangat ada tempat berteduh, yang penting rumah sendiri..:)

Once pintu utama ni dipasang, insyaallah bolehlah terus duduk di sini..Barang-barang semua dah ada dah kat rumah ni tinggal nak kemaskan je nanti. Mudah-mudahan sebelum naik sekolah dah boleh duduk..

29.5.12

Alahai Azwan Ali | Masterchef Selebriti

Sedihnya Dr. Faiz dah tersingkir dari Masterchef Selebriti, manis je senyumannya kan, nampak tenang gitu..Tapi dah takde rezeki, nak buat camana..Mulanya aku nak je si Azwan Ali tersingkir, tapi bila fikir-fikir balik, kalau dia takde, confirm tak meriah rancangan ni kan..


So, biarlah dia dengan sengal dia tu dok kat rancangan ni.  Walaupun aku menyampah dengan gaya dia, tapi kadang-kadang rasa terhibur jugak, betul tak? Lagipun rancangan ni kan rancangan amal, setiap artis yang masuk mewakili badan kebajikan masing-masing. Kalau boleh aku takmo ada yang tersingkir pun, tapi dah rules rancangan tu mesti ada yang tersingkir, nak buat camana..

Yang pastinya aku seronok dan terhibur nengok gelagat diaorang semua, hehe..


Mana mood ni....

Tau tak betapa lemaunya aku nak bukak dan update blog bila cuti ni, huhu. Baca blog korang pun tanpa tinggalkan jejak..Takpe, esok dah naik kerja, moga semangat sikitlah hendaknya..:)

Sorrylah dah nama pun cuti sekolah, so aku memang akan update banyaknya gambar budak-budak jelah. So, redhakanlah diri korang untuk baca dan menatap segala gambar yang terkandung di blog ini yea..

menikmati ABC, slurrppp..:)

Cuti sekolah ni memang agak boring sikitlah, sebab macam takde ke mana-mana. Cuti dua hari pun uruskan hal-hal yang penting, nanti-nanti aku cerita yea.

Terima kasih pada mereka yang sudi ke blog ini..:)

27.5.12

Bersantai di Tasik Y lagi..

anak bapak

anak bapak lagi

serah diri, hehe..

Selamat bercuti semua!

Yeehaaa, yeay suka, suka..Dah mula cuti sekolah, takyah nak basuh baju sekolah Zarif, hehe. Ok bermulalah cuti sekolah hampir 2 minggu. So apakah plan korang? Serius kitaorang takde plan ke mana pun..

Dok umah je lah nampaknya. Setakat memenuhi jemputan kawin, bawak anak mandi kolam, dan semalam Zarif boleh pulak request nak ke Zoo Melaka, hmm nengoklah nanti camana. Yang pasti pergi semua tempat tu balik hari je.

Yang pasti, highway dan RNR confirm penuh ni, kan? So untuk semua, selamat bercuti dan berhati-hati di jalanraya yea..Ingat nak ke mana-mana pun, keselamatan harus diutamakan..Pada member-member blogger semua, update je lah blog korang, aku akan datang baca cam biasa..:)

Esok dan lusa aku akan sambung cuti lagi, yeay!

25.5.12

Nasihat pagi jumaat

BAGAIMANA CARA UNTUK TENANGKAN DIRI SEMASA DALAM KEADAAN TERTEKAN?

Orang yang tertekan selalu memikirkan tentang perkara-perkara luar. Contohnya sebatang pokok ada akar dan buah. Apabila pokok menghasilkan buah yang tidak elok, dia nak memperbetulkan buah itu dahulu. Akar itu umpama diri kita, buah itu adalah hasil kehidupan kita.

Hendak tenangkan diri cuba refleks diri kita. Perhatikan apa yang kita nak, apakah kepercayaan yang menyebabkan saya jadi tertekan? Contoh : Apabila dimarahi oleh majikan, kita merasa sakit hati. Walaupun dia tiada di hadapan kita tetapi perbuatannya ada dalam fikiran kita. Jadi kita akan ingat sampai membuatkan kita sakit hati, tertekan dan sebagainya.

Untuk menenangkan diri, cuba balik pada yang asal, iaitu betulkan hubungan dengan Allah. 

CELIK MATA & JIWA : PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD


24.5.12

Rehat

Sepatutnya aku memang cuti hari ni, dan aku dah apply pun cuti hari ni dan minggu depan. Tapi selalu pun cam ni, apply cuti atau half day dan selalunya tak jadi, hmm. So nanti kena beritau kerani cuti..

Kesimpulannya, aku cuti terus minggu depan jelah, tapi 2 hari je kot lagipun bukan nak ke mana. Sebabnya aku nak kena kemas rumah baru, dan target adalah masuk dan duduk di rumah baru sebelum naik sekolah, harap dipermudahkan..

Ok, mungkin ni je entry yang tak berapa nak ada isi untuk hari ni, sebab fokus adalah untuk buat kerja ofis di samping berjalan ke blog korang yea. Pada yang berpuasa hari ni, selamat berpuasa..:)

23.5.12

Gambar lama

miss the moment! (gebus)

P/S : Al-fatihah kepada arwah Norma (rasanya kebanyakan blogger maklum tentang kisah Norma kan?) Bagi yang tak tau, baca segalanya di sini. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan semoga suami dan keluarganya redha dan tabah dengan ujian ini...

Hai la perempuan..

Bila datang angin nak mengemas beg, amik ko..


Kalau aku memang takde la nak bawak beg kecik-kecik, nak beg besar boleh sumbat segala macam benda, ha ni lah rupanya..Lepas tu bila nak cari barang, nak mengamuk je sebab tak organize, padahal organizer bag ada..leceh kan aku ni...

22.5.12

Macamana nak percaya?

Masa kecik-kecik aku selalu harap yang mak abah akan percaya apa aku cakap dan aku tak suka kalau diaorang tak percaya pada aku (walaupun aku pernah je berbohong, huhu)..

Bila dah ada anak, sedaya upaya aku cuba nak percaya apa dia cakap, dan aku tak suka judge tak tentu pasal..Tapi;

"Ibu, kita nak RM3..cikgu ada jual majalah KUNTUM kat sekolah" 
(Dalam hati : ye ke cikgu jual majalah KUNTUM? Ntah-ntah, kawan dia suruh mintak duit dari mak bapak ni, ke dia nak belanja kawan dia makan?)

"Ibu, cikgu suruh kita bawak maggi, ada jual-jual kat sekolah (hari urusniaga di sekolah agama)
Direct : Ye ke cikgu suruh bawak maggi? Untuk apa? Kenapa? Cikgu ada bagi surat tak?

Entah kenapa susah aku nak rasa percaya, korang macam aku ke? Apa saja yang Zarif minta, aku perlukan surat, kalau sahih, barulah aku bagi..Ermm, kata orang kita kena saling percaya dan mempercayai tapi aku masih kurang yakin lagi..

Sebenarnya rasa kesian kat Zarif bila aku banyak sangat bersoal jawab tapi aku cuma nak dia jadi orang yang jujur dan tidak menipu..Teruk ke aku padahal masa kecik aku sama je nakal macam dia, huhu. Mungkin aku nak semua perfect dan terbaik sampai tak bagi ruang pada Zarif untuk buat kesilapan? Bukan ke semua orang belajar melalui kesilapan?


Selagi boleh...

Memandangkan kitaorang ni beli rumah berhampiran dengan kawasan universiti so macam-macam cara orang buat bila nak mencari rumah sewa.

Semalam mrhubby pergi rumah baru (hari-hari pun pergi sebenarnya) dan amiklah segala surat dalam postbox dan terjumpa memo ni;


Memo ni kiranya ayah pelajar la yang tulis. Ni mesti kes anak dah kena keluar hostel so kenalah cari rumah sewa, sapa yang ada aset kalau buat sewa kat kawasan Parit Raja ni memang lumayan la..Mungkin pakcik ni nengok kawasan rumah baru aku tu belum ramai yang duduk so dia pun letaklah memo ni, dan aku rasa bukan kat rumah aku je, mungkin banyak lagi rumah lain kot.

Kalau korang nak tau, kadang tuan rumah belum sempat nak letak sign - UNTUK DISEWA, student dah datang dan terus booking nak sewa rumah..Memang lumayan la sapa ada aset tetap rumah ni..:)

MAAF ENCIK, RUMAH SAYA NI BUKAN UNTUK DISEWA..


21.5.12

Semuanya kerana rumah baru

Bertemu lagi di hari Isnin. No monday blues eh, excited nak pergi kerja ok..:)  Sebenarnya takde cerita yang menarik dari aku.

Lately ni memang sibuk uruskan rumah, insyaallah dalam 70% renovation dah settle. So sekarang dah start fikir pasal hiasan dalaman rumah. Ermm, sebelum ni pun pernah ditulis kat blog, yang part ni agak payah sikit. Lagi-lagi nak dapatkan keserasian perbincangan antara 2 orang yang memang tak sependapat langsung.

Konsep rumah kitaorang seperti yang pernah ditulis sebelum ni (eh, ada ke aku bagitau ek?) adalah MODEN & MINIMALIS. Konsep ni memang dipersetujui bersama memandangkan kitaorang tak suka banyak-banyak barang, cepat rimas. Tapi part nak pilih barang-barang lain tu memang susah sikit.

Taulah kan, mrhubby ni orang yang kreatif dan berseni sebaliknya pulak dengan aku, jadinya pilihan dia selalunya memang advance sikit dari aku..Kadang benda senang jadi remeh, dan boleh jadik gaduh pulak tu..Ala, gaduh-gaduh manja ler. Setakat ni kitaorang amalkan give and take la, takmolah ikut kepala masing-masing, kan? Setiap barang yang dipilih dan nak dibeli mesti ada kegunaanya dan paling penting ikut bajet, takmo membazir dan beli sebarangan.

Pheww, pening-pening..haraplah semuanya ok je. Dan korang pun takyahlah nak expect yang hebat kat rumah aku, takde maknanya. Pastinya rumah aku akan nampak simple dan kosong je..:)




19.5.12

Batu seremban

Budak-budak sekarang semua sibuk main dengan gajet terkini tak macam zaman aku kecik-kecik dulu. Zarif dan Zara kecik-kecik dah tau sebut perkataan IPAD, GALAXY TAB (walaupun kitaorang takde semua tu), dan masa diaorang sibuklah mengadap laptop nengok youtube dan seadanya.

Jujurnya tak pernahlah kitaorang ajar diaorang guna laptop tu semua tapi dah kalau nengok kitaorang mengadap laptop takkan la diaorang tak buat benda yang sama jugak kan..So redha dan kena kawal jelah kan, lagipun kenalah ikut peredaran zaman. Kang kalau tak bagi guna, ketinggalan zaman pulak..

Takdelah, aku cuma nak cakap yang aku teringat kenangan masa kecik-kecik main batu seremban..


Dah nama pun perempuan kalau tak reti main batu seremban ni memang tak cun la, hehe..Batu seremban kat atas tu aku mintak jiran aku buatkan, pasal dia tailor, lepas tu dia cakap kain lebihan buat baju kurung aku banyak, dia dok kumpul je kain lebih-lebih tu..So aku request buatkan satu set batu seremban ni..Ala, kalau aku nak buat sendiri pun boleh, tinggal malas je kan..:P

Korang reti main batu seremban tak? Aku nak ajar Zara main ni...:)


18.5.12

Hidung Berdarah

Hidung berdarah berlaku kerana kedudukan saluran darah yang begitu hampir dengan permukaan. Ia masalah yang biasa dan kerap berlaku khususnya ketika cuaca kering. Ia juga boleh berlaku akibat kepanasan atau kecederaan kepala mungkin diikuti simptom seperti rasa mengantuk, muntah-muntah dan sakit kepala.

Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah.

Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan pendarahan seperti aspirin atau anti radang. Kehadiran objek asing adalam laluan nasal juga boleh menyebabkan hidung berdarah.

Antara punca terjadi hidung berdarah adalah berlakunya alahan, menghembus nafas terlalu kuat, selsema, tekanan darah tinggi, mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung atau suhu dalam badan terlalu tinggi.

CARA MERAWAT;
1. Picit bahagian hidung.
2. Bernafas melalui mulut
3. Mendongak dengan kepala menegak.
4. Picit hidung sekurang-kurangnya lima ke sepuluh minit.
5. Jangan baring! Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan.
6. Letak tuala berisi ais di hidung dan juga pipi.

JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA JIKA;
1. Hidung masih berdarah dan tidak berhenti.
2. Berasa hendak pitam atau pengsan.
3. Pendarahan hidung terjadi sebaik saja berlaku trauma di kepala.
4. Disebabkan hidung yang patah.
5. Pendarahan mengalir laju atau kehilangan banyak darah.

Sumber : Mingguan Wanita (18-24 Mei 2012)

Bila Zara buat perangai

3 hari kebelakangan ni Zara memang meragam sungguh. Tau jelah kan, bila dah duduk sama dengan atuk dan nenek, manjanya bukan main lagi..

Bila nak pergi taska je, start la buat perangai dengan keraskan badan, buat-buat tido lena padahal aku tau dia berlakon je tu..Lepas tu mulalah adegan merengek, dan lakonan berterusan bila Zara cakap cikgu garang and so on..Menduga kesabaran tau bila semua yang berlaku adalah pada waktu pagi - waktu yang paling huru hara..

Kelmarin Zara tak pergi taska, semalam kena paksa pergi taska jugak (setelah diumpan dengan Tutti Frutti oleh mrhubby). Hari ni dia takmo pergi taska lagi, dan macam biasa, buat-buat tido lena dan tak peduli apa yang berlaku di sekeliling..Kalau duduk kat rumah sendiri, ok je dia, tapi bila dah dengan atuk nenek, mengada je lebih..:)

Bila aku tanya kenapa taknak pergi taska - "sebab Tokzu baik, dia masakkan sosej dengan buat sup ayam untuk adik.."

Aku tak boleh bayangkan bila dia betul-betul dah mula sekolah tadika ataupun sekolah rendah, entah macamanalah ragam dia ek..Kata abah, aku tak pandai psikologi budak, tapi aku dah buat sehabis baik dah, nampaknya tak cukup ilmu psikologi ni ~




 





17.5.12

Alhamdulillah

Aku nak share kat blog ni sebab nak kongsi rasa gembira bagi pihak mrhubby. Tahniah untuk mrhubby kerana terima berita baik bersempena Hari Guru pada 16 Mei yang lepas..:)


Tahun ni memang genap 10 tahun bekerja (kerja cikgu genap 10 tahun (bagi DG41) memang automatik naik ke DG44 pun), sebab tu dipanggil TIME BASED. Apapun ni semua rezeki dari Tuhan, syukur alhamdulillah..

Tahniah sayang...nanti bila dah dapat elaun keraian tu, jangan la lupa 'raikan' saya ni yea....:)

16.5.12

Penat!

Sorry banyak-banyak la, memang tak boleh nak bw sangat..Non stop kerja, surat-surat pulak banyak nak settlekan untuk 3 orang bos, huhu.. So kenalah dulukan mana yang penting kan..Jangan marah, sekiranya berkesempatan aku akan bw tapi confirm petang ni memang tak boleh langsung, ada mesyuarat la pulak..


Terima kasih cikgu!

Kalau nak tulis satu-satu nama cikgu dari kecik sampai aku habis belajar, memang mencabar sebab tak semua nama aku ingat, tapi  jasa mereka akan dikenang sampai bila-bila... 

Selamat Hari Guru juga untuk mrhubby. Percayalah, selama ni aku rasa kerjaya cikgu tu sangat senang sehinggalah aku berkahwin dengan mrhubby. Then baru aku sedar yang kerjaya cikgu tu tak semudah yang difikirkan, satu kerjaya yang agak mencabar dan penuh dengan tanggungjawab lebih-lebih lagi di alaf baru ni..So pada sapa-sapa yang fikir kerja cikgu tu mudah, tolong yea..

Macam biasalah, sejak anak mula sekolah ni, dah macam wajib gitu kena bagi cikgu  hadiah..Tahun ni Zarif punya plan nak bagi cikgu pokok bunga ros sebab katanya cikgu suka menanam pokok. Amboi, tak agak-agak..Last-last belikan ni je;

 pen je, senang kan? pastu aku ikat je ngan riben tu..

pokok bunga ros takde, bunga ros ala baldu ni adalah..:)

Yang pastinya, selagi mereka yang bergelar pendidik dan mengajar di mana sekalipun, mereka berhak dihormati dan disanjung tinggi  kerana profesion ini sangat mulia dan memerlukan pengorbanan yang tinggi...Thank you teachers!

15.5.12

Beginilah Caranya : Yana & Sam


Sorry la pada sapa yang tak suka tapi aku keep on dengar je lagu ni berulangkali dan macam tak sabar nak nengok filem ni, haha. Yea, mesti meluat je mrhubby nak layan aku nak nengok filem melayu ni kan.. Ala aku cakap je tapi belum tentu ada masa nak nengok movie, memang tak sempat sangat la. Actually aku tak tau pun filem ni pasal apa, yang aku tau, aku suka je dengar lagu ni..

Mesti semangat

Bagaimana cara untuk mengatasi orang yang selalu tidak bersemangat?

Dua perkara jangan disebut iaitu: Saya letih dan saya tidak sihat. Jika kita sebut 2 perkara tadi maka 50% tenaga kita akan turun kerana tindak balas negatif akan terhasil dari minda kita. Oleh sebab itu diri kita akan merasa tidak seronok sahaja.

Kenapa orang tidak bersemangat? Cuba ajak orang yang tidak ada semangat tersebut pergi shopping misalnya mesti dia akan bersemangat kerana dia menyukai perkara tersebut. Cubalah semangat itu digunakan  untuk mencari makna kehidupan di dalam setiap hari yang kita lalui.

Contoh: Seorang guru berasa seronok mengajar kerana ingin menanam benih-benih kehebatan di dalam diri anak didiknya. Cari makna signifikan tentang apa yang kita buat sebenarnya. Orang yang selalu tidak bersemangat kerana dia tidak tahu makna dan tujuan hidupnya.


Ada yang tidak bersemangat pagi ni?? Takmo, takmo cam tu...semangat! semangat!!

Sumber : Buku Celik Mata & Jiwa - Prof. Dr. Muhaya Hj Mohamad


14.5.12

Bila aircond rosak

Ok, sekarang barulah boleh rehat, sambil lunch sambil blogwalking. Sorrylah sebab takleh nak bw dari awal, kerja banyak. Lagi pulak aircond kat ofis ni boleh rosak. So silalah imagine dari awal pagi sampailah sekarang bekerja tanpa aircond dan hanya bertemankan kipas, nasib gak ada kipas..Tapi tau jelah kan, dah sedap-sedap kerja dengan aircond, bila rosak je mulalah nak mengeluh (aku ler kan..) 

Ok, sambil-sambil aku pergi blog korang meh nengok gambar Zara dengan mainan mini iron dia..Bagus dia ni, kecik-kecik aku dah terapkan sifat rajin menggosok baju yang diwarisi dari mrhubby, hehehe..Jangan kecik je rajin, besar malas pulak. Tu pun siap dia tanya lagi - "kenapa iron adik tak panas?", huhu...


Forever love

Aku takmo sentuh pasal isu Hari Ibu yang hangat diperkatakan kebelakangan ni since aku pun dah cuba minta pendapat kawan-kawan melalui entry ini. But truely i had a great moment yesterday..

 sama tak? :)

ibu-ibu yang berbelanja di carrefour semalam dapat sekuntum bunga ros

 dari hero Zarif, tq so much son..

Semalam kitaorang masak spageti, oder Dominos Pizza dan buat apam polka dot. Percayalah first time buat apam polka dot tu (takde gambar ok, tunggu bila bertambah mahir baru aku upload gambar).

Sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga...                        

12.5.12

Bila dia tiada di hujung minggu

Hari ni dah Sabtu dah. Duduk rumah jelah minggu ni memandangkan mrhubby takde hari ni dan esok sebab ke Johor Bahru ada pertandingan rugby. Oh sangap rasanya tanpa dia di sisi, hehe...Nasib dah duduk rumah mak abah, so takdelah boring sangat.

Aktiviti apa hari ni dan esok? Entah ek, banyak je kerja nak buat, basuh kain baju, basuh tudung, basuh bilik air, tolong mak masak, update blog ke, kemas rumah, dan petang mungkin nak keluar ngan anak-anak..Mintak abah hantarkan la ke mana-mana mall, saja cuci mata. Nasiblah mall semua dekat je ngan rumah mak. Ni plan je, entah aku nak pergi ke aku tido petang ni..

Korang? Apa plan??

*Seronok nengok Zizan ada kat rancangan Super Spontan malam tadi walaupun tak banyak game dia main..

11.5.12

Dah mendaftar? Pilihanraya dah dekat ni..

Rugi kalau tak mendaftar sebagai pengundi. Sapa yang rasa diri dah layak tu baik lah mendaftar. Satu undi tu bakal penentu segalanya.


Nak tau status kat mana mengundi, jom klik kat SPR. Insyaallah ni tahun kedua aku bakal mengundi, kali pertama masa tahun 2008. Dengar-dengar macam awal bulan 6 je pilihanraya ni..

Bagi pendapat tentang Hari Ibu

Alhamdulillah bertemu di pagi Jumaat yang mulia ni. Dan seawal pagi dah mulakan sarapan nasi goreng hasil air tangan mak. Kenapalah mak masak nasi goreng ni simple tapi sedap? :)


Ahad, 13 Mei adalah sambutan Hari Ibu..Macam-macam pendapat aku baca pasal sambutan Hari Ibu ni. Infact semalam aku ada baca kat blog mana ntah membincangkan tentang hukum haram sambutan Hari Ibu ni, ermm.

Aku pun sebenarnya tak reti nak ulas macamana. Tapi jujurnya pendapat aku sendiri, semuanya bergantung pada niat, setakat sambut Hari Ibu sehari, bawak makan sama-sama dan spend masa dengan keluarga tercinta tak salah kan? Kalau pendapat aku salah, mohon maaf. Mana-mana ibu pun mesti akan rasa seronok kalau sehari tu dapat penghargaan istimewa dari anak-anak, walaupun hakikatnya kasih sayang anak-anak pada ibu adalah sepanjang masa dan tak perlu nak tunggu hari tertentu kan.

Pendapat korang macamana?

10.5.12

Hantaran kawin tinggi


Tertarik la pulak nak share pasal ni kat blog lepas nengok kat fb kawan tadi. Betullah, aku setuju sangat kalau nak bagi hantaran tinggi pada perempuan dengan syarat perempuan @ bakal isteri tu pandai serba serbi. Pandai mengaji, pandai memasak, pandai menjahit, hormatkan suami, pandai layan suami, pandai uruskan keluarga, jaga aurat dan macam-macam lagi la..Tapi kalau si lelaki mampu bagi lebih tak kisahlah kan..Yang wajib kan cuma mas kawin je ye tak?

Aku sedar diri ni memang lah tak sempurna, belajar pun tak tinggi, taklah terer masak, semua pun seadanya je, so hantaran yang aku terima memang layak sangat la dengan diri ni, hehe. Yang penting bahagia...alhamdulillah.


Penangan Kuch Kuch Hota Hai

Malam tadi layan cerita Kuch Kuch Hota Hai (KKHH), tapi takdelah aku nengok sampai abis walaupun niat tu ada, gigihlah nengok sampai pukul 12.30 malam je sebab takut pulak tak boleh bangun pagi ni. Bila nengok cerita ni teringat zaman-zaman belajar dulu, ni lah filem Hindustan pertama yang aku nengok.
Lagu-lagu dalam filem ni memang best sangatlah, mrhubby pun layan gak tu. Kalaulah hari ni tak kerja, confirm aku nengok sampai abis punya malam tadi..Tapi kan dalam banyak-banyak lagu dalam cerita tu aku paling suka lagu ni;


Tak taulah kenapa, macam best je bila nengok Salman Khan ni nyanyi dan menari, nampak cam gentleman gitu, kan?..Dulu aku ada CD cerita ni, tapi ntah mana dah hilang, malam tadi mrhubby kata nak belikan yang baru..:) Ulang balik cerita ni banyak kali pun confirm aku tak jemu, dan pastinya korang pun sama kan....

9.5.12

Kecoh di fb kisah video baby dipukul

Rata-rata cerita kat fb hari ni mengenai video baby dipukul seorang perempuan tu. Memula aku takmo nengok tapi aku beranikan diri nengok sikit, huihh, terus rasa meluap-luap je, lepas tu tak sanggup nak nengok sampai habis..Errm, katanya maklumat video tu dah pun sampai ke pengetahuan pihak polis dan akan disiasat.

Serius, sapa dah jadi ibu pasti tak sampai hati nak nengok dan akan rasa marah sangat. Cuma dalam hal ni kena siasat la. Pada aku yang macam tak betul adalah orang yang merakam tu. Takkan tak boleh fikir, terus merakamkan aksi tu tanpa buat sebarang tindakan, memang nampak macam tak patut sangat. Aku assume yang perempuan pukul anak dia tu ada masalah mental, mungkinlah kot..

Kalau boleh takmolah ada video-video seumpama ni kat fb aku, bukan apa, dah tertengok sikit ni pun, emosi aku dah terganggu, ermm..Walaupun aku garang ngan anak-anak tapi hati aku sensitif ohh, ibu mana yang tak sayang anak ye tak??


Tutti Frutti Parit Raja

See, Parit Raja dah semakin maju tau. Walaupun Parit Raja ni kawasan kampung tapi ada Mcd dan sekarang Tutti Frutti pulak, terbaik laa..Lagi bagus dua premis ini terletak di Taman Universiti kat kawasan perumahan aku. Tapi bukanlah maksudnya aku atau anak-anak aku suka-suka boleh ke sini, takde maknanya. Lagi ler pulak aku bukanlah peminat fast food mahupun peminat aiskrim, setakat sekali dua tu bolehla..Cuma bangga je dengan pembangunan pesat kat Parit Raja sekarang..:)

So, untuk peminat Tutti Frutti yang berada di kawasan Parit Raja ataupun sekitarnya boleh la datang ke Taman Universiti Parit Raja ni, lokasi senang sangat memang tepi jalan besar je, cuma sapa yang datang dari arah Air Hitam tu kena buat u-turn la kalau nak ke Tutti Frutti ni.










# Wordless Wednesday 22


8.5.12

Shopping online memang syiok

Cakap, sapa tak suka shopping? Ingat perempuan je ke suka shopping? Lelaki pun sama je..Aku dah tentulah suka..Shopping tu terapi minda la, hehe. Window shopping pun boleh je, tapi tak puas..:)

Tapi disebabkan keadaan teknologi pada masa sekarang, buat aku lebih galak nak shopping. Apalagi shopping online ler..Uihh, mata ni gatal je nengok segala online shopping website. Senang tu dah tentu, tak payah nak berasak-asak kat kedai apatah lagi nak beratur membayar kat cashier. Tapi dalam senang dan mudah tu, ada bahaya gak. Dok klik sana sini, tak sedar duit laju je habis, huhu. Tapi aku nengok jugak, tak semua benda aku shopping online, ada beberapa benda yang aku lebih suka kalau shopping depan mata.

Setakat ni aku berpada-pada la. Bukan boleh klik-klik cam gitu je, duit memang aku punya, tapi seram kalau mrhubby tanya, "Apalah yang awak beli ni tak sudah-sudah?" Dia tak marah, tapi bila dia tanya cam gitu je, aku rasa malu, huhu. Pedih telinga pun ye gak..:)

Ni tudung hasil beli online juga

Kesimpulannya, beli online memang syiok tapi kena berpada-pada. Lagi satu, kenalah cari online shopping website yang meyakinkan. Takut nanti kena tipu ke atau beli tak sampai expectation. So far, setakat aku mula ber'shopping' online dari 2008, aku puas hati ler. Semuanya ok dan alhamdulillah memuaskan hati.

Senang je..

Pagi ni ada senamrobik tapi aku takmo turun sebab ada banyak kerja dan aku batuk. Mak kata batuk lagi bagus exercise tapi aku takmo gak sebab nak buat kerja, ok.

Semalam bermulalah peperiksaan sekolah agama Zarif. Macam biasalah soalan yang aku dan mungkin jugak parents lain akan tanya pada anak dia, "Macamana periksa? Ok tak? Boleh jawab soalan tak? Susah ke senang soalan tu?" 

Dan macam biasa jugak, jawapan yang aku dah boleh expect dari mulut Zarif, "Senanglah ibu, tak sangka kita soalan tu senang giler.." "Senang ke?" "Err, yang Tauhid tu ada susah sikitla.." (nak cover line la tu). Hai, Zarif la Zarif, dari sekolah tadika sampailah sekarang ni, memang senang je la jawabnya kalau ditanya pasal soalan periksa. Haraplah betul apa yang dia kata tu kan..Aku takmo cakap banyak, tunggu result exam dia je, barulah boleh nengok aku senang hati ke tidak..

Petang ni periksa subjek Arab dengan Pendidikan Akhlak. Mudah-mudahan dia dapat menjawab dengan tenang. Aku je yang susah hati, nengok budak laki belajar ni macam ye tak ye je kan?



7.5.12

Nak jadi cantik macam Siti boleh?


Agak-agak boleh jadi cantik macam Dato' Siti Nurhaliza tak? Ingat petang ni nak pergi barang Simply Siti lagi la, tetiba lepas guna pencuci ni rasa macam cantik je kulit muka (hahaha, sangat propa ok)...Taklah, nak sokong produk Siti je, ok apa...

Hujan rahmat di pagi Isnin

Pagi ni hujan turun agak lebat, memang agak lemau nak bangun tapi kena kuatkan semangat. Sebenarnya dari semalam lagi hujan turun non stop, at least sejuk sikit bumi ni. Lagipun hujan-hujan ni, elok berdoa, mana tau dimakbulkan Tuhan, insyaallah.

Sabtu dan Ahad semalam memang penuh aktiviti kitaorang sekeluarga. Tu pasal la aku tak sempat nak blog, mata tak larat nak nengok laptop, rasanya masa tu bantal ngan tilam lebih best dari segalanya. Sekarang ni hati dah cukup lega dan senang sebab rumah sewa dah berjaya dikosongkan, yeay!

kosong 

Terima kasihlah tuan rumah atas segala layanan kepada kitaorang selama menyewa di sini. Meskipun menyewa 4 tahun tapi berjumpa adalah dekat 3 ke 4 kali je, but it's ok. 

Nanti aku sambung lagi tulis entry yea, sebab ada banyak kerja nak dibuat, ni pun suara aku dah takde dah..Perasan seksi dengan suara ala-ala husky ni, huhu..

# Semoga Zarif dapat menjawab dengan tenang soalan Tauhid dan Penulisan Jawi hari ni, insyaallah..

4.5.12

Jumaat lagi

Yeay, it's friday..Dan, hari ni boleh la dianggap sebagai hari terakhir aku duduk di rumah sewa. Serius, tinggal saki baki sikit barang lagi nak dikeluarkan. So, petang ni aku off day la nak keluarkan segala barang tu. Patut pagi ni yang aku off day, tapi tak jadik, aku cuma datang lewat je. 

Itupun sempat je pagi tadi aku kemas fridge, cuba cakap sapa suka kemas fridge? Habis dah aku basuh-basuh dan clearkan segala item dalam fridge tu. Percayalah eh, bila dalam keadaan macam ni, baik aku dan mrhubby masing-masing berada dalam keadaan yang agak tertekan. Yelah kan, bukan fikir soal nak pindah je, tapi macam-macam ada dalam otak ni, tapi so far so good..Insyaallah everything's going fine..Kalau kita boleh organize dan fokus, semua pun akan dipermudahkan (sebenarnya tulis memang senang, realitinya memang agak payah, huhu)

Ok, aku baru perasan follower kat blog ni makin bertambah (baru 200 lebih dah kecoh, tapi ok apa). Terima kasih banyak-banyak, tapi aku mintak maaf, sebab memang tak sempat nak blogwalking sangat hari ni..Maaf sangat-sangat yea..Later i'll update..

Tata..:)

3.5.12

Kalau dah memang sayangkan kucing

Minggu lepas, masa tengah kemas dan memindahkan barang ke rumah baru, boleh pulak anak-anak aku ni terjumpa anak-anak kucing kat belakang rumah. Sebenarnya kat belakang rumah baru tu memang port baik punya untuk orang-orang buang anak kucing, hmmm. Have to do something la macam ni, kalau tak nanti ada je la suara yang merayu nak bela anak kucing yang terbuang..

So, tanpa rela dan terpaksa, terpaksa jugaklah aku turutkan permintaan mereka berdua ni. Yelah kan, diaorang ni nak jaga dan main dengan anak kucing waktu comel dan bersih je, time comot-comot ngan berak, kencing anak kucing tu, bukannya Zarif ngan Zara bersihkan, aku ler jugak..Tapi sekarang aku paksa gak Zarif bersihkan, kalau tak, aku lepaskan je anak-anak kucing tu.

Bukan 3 ekor je tau, esok harinya jumpa lagi seekor anak kucing terbuang, Zarif amik jugak, so total sekarang ada 4 ekor anak kucing. Aku dah jadik cam fobia nak ke rumah baru, takut terdengar bunyi anak kucing lagi, huhu..

 untung betul la anak kucing tu dapat tuan yang baik hati

dari kecik memang tak takut kucing 

2.5.12

Cuaca yang panas

Cuaca sekarang ni memang tak tahan la, panasnya membahang bukan main lagi. Tak cukup kat luar rumah, dalam rumah pun sama. Ni kat ofis pun sama, aircond nya punyalah slow, sakit jiwa dan raga ni..Aku kalau dah panas ni, nak baran je lah kan, tapi kena cool down ni..Lagi aku marah kang, lagi panas jadiknya..

Serius dah beberapa hari ni memang teguk air sejuk jelah. Air manis letak ais memang nikmat sungguh. Tak kiralah nak batuk ke apa ke, yang penting sedap dapat basahkan tekak ni..:) Ahad lepas on the way nak balik rumah mak, singgah jap kat Sri Gading, beli coconut shake ni, memang nikmat ler..

 see mrhubby bawak 2 plastik cawan tu..:)

Tapi kan...jujur sejujurnya air yang paling sedap di kala cuaca panas ni adalah AIR MASAK saja..Nasiblah malam tadi tido kat rumah mak, ada aircond memang sedap je tido..:)

30 minit Ustaz Don ke - 100

Malam tadi lepas layan drama 3 Janji, aku beralih pulak ke rancangan 30 minit Ustaz Don tapi special punya sebab malam tadi sempena episod yang ke 100. Seronoknya layan rancangan tu malam tadi.

Lagi-lagi bila pengacara telefon kakak Ustaz Don, nampak riak muka Ustaz tu terkejut dan terharu. Lagi bertambah terkejut bila TV AlHijrah buat kejutan dengan menjemput Cikgu Yazid (cikgu Ustaz Don masa kat Sekolah Maahad). Cikgu Yazid tulah yang mengajar Ustaz Don menghafal 30 juzuk Al-Quran. Nampak sangat muka Ustaz Don memang terkejut dan speechless bila Cikgu Yazid tu datang ke studio. Cikgu Inggeris Ustaz Don masa dia sekolah rendah pun ada dijemput sekali.

Antara pesanan Ustaz Don yang aku ingat malam tadi;

~ Hormatkan guru ~
~ Hargailah ibu bapa sementara mereka masih hidup lagi ~
~ Ayah Ustaz Don pesan waktu sekolah dulu : Belajar kerana Allah ~




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...