18.5.12

Hidung Berdarah

Hidung berdarah berlaku kerana kedudukan saluran darah yang begitu hampir dengan permukaan. Ia masalah yang biasa dan kerap berlaku khususnya ketika cuaca kering. Ia juga boleh berlaku akibat kepanasan atau kecederaan kepala mungkin diikuti simptom seperti rasa mengantuk, muntah-muntah dan sakit kepala.

Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah.

Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan pendarahan seperti aspirin atau anti radang. Kehadiran objek asing adalam laluan nasal juga boleh menyebabkan hidung berdarah.

Antara punca terjadi hidung berdarah adalah berlakunya alahan, menghembus nafas terlalu kuat, selsema, tekanan darah tinggi, mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung atau suhu dalam badan terlalu tinggi.

CARA MERAWAT;
1. Picit bahagian hidung.
2. Bernafas melalui mulut
3. Mendongak dengan kepala menegak.
4. Picit hidung sekurang-kurangnya lima ke sepuluh minit.
5. Jangan baring! Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan.
6. Letak tuala berisi ais di hidung dan juga pipi.

JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA JIKA;
1. Hidung masih berdarah dan tidak berhenti.
2. Berasa hendak pitam atau pengsan.
3. Pendarahan hidung terjadi sebaik saja berlaku trauma di kepala.
4. Disebabkan hidung yang patah.
5. Pendarahan mengalir laju atau kehilangan banyak darah.

Sumber : Mingguan Wanita (18-24 Mei 2012)

6 comments:

  1. Bagus entry ni. Mekaceh kongsi ye.

    ReplyDelete
  2. gud info kak.. thanks 4 sharing.. :)

    ReplyDelete
  3. salam..

    selalu tngok kwn kena, biasanya beliau baring je sampai darah berhenti sendiri..



    jemput joint contest syira :


    http://www.sissyira.com/2012/05/contest-2-kata-kata-indah-sticky-post.html

    ReplyDelete
  4. thankx for the info... hidung saya baru je berdarah pagi tadi, mujur terjumpa cara rawatan kat sini... tq...

    done follow - Noob

    ReplyDelete
  5. last saya kena hidung berdarah ni masa pergi kem masa tu umur 16 tahun.
    tempat tu panas sangt.tengah dok berkawad tengah panas tu tetiba rasa hidung berair.bila lap dengan tangan tengok2 darah..sampai nak pengsan.hahahaha..

    ReplyDelete
  6. ada ahli keluarga akak yang kena hidung berdarah ni..?
    zakiah dulu hingga umur 17 tahun memang teruk kena...selalunya bila berdarah ayah ramas air daun nona buat mandi..kalau ada sirih sumbat sirih lam hidung...mak selalunya cepat ambil letak kat dahi dan hidung..kalau kena kat sekolah abis baju..adeih..

    zakiah takleh duduk lam aircond, main panas...
    pernah dulu masa kerja setiap sejam ke toilet sebab hiudng berdarah..malam tu sepanjang malam berdarah sampai esoknya sakit perut sebab tak sedar dah tertelan darah...
    esoknya ayah teman pergi berhenti kerja..huhu..konon nak ambil pengalaman last2 tak boleh pun..

    last ikhtiar masa tu ayah carikan tunggul padi dan hujung hidung kerbau.rebus kemudian minum airnya.alhamdulillah lepas munim tu dah terus tak berdarah sampai sekarang ni...

    masa dulu masa nak berdarah hidung kat dahi zakiah mesti ada bunyi "ketit" macam urat putus..agaknye kot..kalau dah terasa tu mesti pastu darah le...

    sebulan tu mesti 4 5 kali berdarah...

    tapi ada lagi satu tau org panggil hidung berdarah..iaitu orang yang perverted...hihi..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...