9.5.12

Kecoh di fb kisah video baby dipukul

Rata-rata cerita kat fb hari ni mengenai video baby dipukul seorang perempuan tu. Memula aku takmo nengok tapi aku beranikan diri nengok sikit, huihh, terus rasa meluap-luap je, lepas tu tak sanggup nak nengok sampai habis..Errm, katanya maklumat video tu dah pun sampai ke pengetahuan pihak polis dan akan disiasat.

Serius, sapa dah jadi ibu pasti tak sampai hati nak nengok dan akan rasa marah sangat. Cuma dalam hal ni kena siasat la. Pada aku yang macam tak betul adalah orang yang merakam tu. Takkan tak boleh fikir, terus merakamkan aksi tu tanpa buat sebarang tindakan, memang nampak macam tak patut sangat. Aku assume yang perempuan pukul anak dia tu ada masalah mental, mungkinlah kot..

Kalau boleh takmolah ada video-video seumpama ni kat fb aku, bukan apa, dah tertengok sikit ni pun, emosi aku dah terganggu, ermm..Walaupun aku garang ngan anak-anak tapi hati aku sensitif ohh, ibu mana yang tak sayang anak ye tak??


6 comments:

  1. aku pun x tengok udet.. xsampai hati nak tengokk!!..

    ReplyDelete
  2. salam,
    saya takde fb..so takleh nak nengok..
    mak sendiri yg pukul takpe la..ni orang lain ke yg pukul? ish ish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishhh kalau nengok cara dipukul, senang kata cam didera pun ye gak, esok confirm keluar suratkhabar, tadi berita pun dah keluar..

      Delete
  3. kes 20 mei 2011. ibunya dah dipenjarakan selama 18 bulan..

    alhamdullilah terbela nasib anaknya..

    (ibunya tak dapat rasa, hati wanita lain yang sampai bertahun2 kawin tak dapat peluang mempunyai cahayamata sendiri)

    ReplyDelete
  4. a'ah..tadi mmg kecoh kejap jat fb pasal video tu..kesian sgt kat budak tu..

    ReplyDelete
  5. pelakunya dah pun menjalani hukuman... dan katanya mmg si perakam tu merakam perbuatan si perempuan utk beri bukti pada polis... wallahua'lam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...