Pagi ni hujan turun agak lebat, memang agak lemau nak bangun tapi kena kuatkan semangat. Sebenarnya dari semalam lagi hujan turun non stop, at least sejuk sikit bumi ni. Lagipun hujan-hujan ni, elok berdoa, mana tau dimakbulkan Tuhan, insyaallah.
Sabtu dan Ahad semalam memang penuh aktiviti kitaorang sekeluarga. Tu pasal la aku tak sempat nak blog, mata tak larat nak nengok laptop, rasanya masa tu bantal ngan tilam lebih best dari segalanya. Sekarang ni hati dah cukup lega dan senang sebab rumah sewa dah berjaya dikosongkan, yeay!
kosong
Terima kasihlah tuan rumah atas segala layanan kepada kitaorang selama menyewa di sini. Meskipun menyewa 4 tahun tapi berjumpa adalah dekat 3 ke 4 kali je, but it's ok.
Nanti aku sambung lagi tulis entry yea, sebab ada banyak kerja nak dibuat, ni pun suara aku dah takde dah..Perasan seksi dengan suara ala-ala husky ni, huhu..
# Semoga Zarif dapat menjawab dengan tenang soalan Tauhid dan Penulisan Jawi hari ni, insyaallah..
Tempat kakak pun hujan lebat tak terkira Huda...
ReplyDeletepenat kan pindah ni...saya pun bakal mengalami juga...huhu.
ReplyDeleterumah baru ye kak.. next week sy blik kg blh la terjah.. tu pun klu de ms..huhu
ReplyDeletehaah kak sejuk sikit..seronok hujan dr ahad kan....:)
ReplyDelete4tahun lama juga tu..
ReplyDeletemesti banyak kenanagan kat rumah tu kan :)
aku dulu masa zaman menyewa setiap bulan jumpa tuan rumah, sbb dia nak penyewa2 dia semua bayar cash tunai kat tangan dia...
ReplyDeleteeh, apa khabar la org tua tu..lama pulak tak jumpa dia...dah makin kaya kot dia....
betullah... pagi tadi hujan lebat betul. takut sgt tak sedar bgn pagi.
ReplyDeletegud luck utk zarif ye. abg muhaimin pun exam pagi ptg minggu nih...