15.5.12

Mesti semangat

Bagaimana cara untuk mengatasi orang yang selalu tidak bersemangat?

Dua perkara jangan disebut iaitu: Saya letih dan saya tidak sihat. Jika kita sebut 2 perkara tadi maka 50% tenaga kita akan turun kerana tindak balas negatif akan terhasil dari minda kita. Oleh sebab itu diri kita akan merasa tidak seronok sahaja.

Kenapa orang tidak bersemangat? Cuba ajak orang yang tidak ada semangat tersebut pergi shopping misalnya mesti dia akan bersemangat kerana dia menyukai perkara tersebut. Cubalah semangat itu digunakan  untuk mencari makna kehidupan di dalam setiap hari yang kita lalui.

Contoh: Seorang guru berasa seronok mengajar kerana ingin menanam benih-benih kehebatan di dalam diri anak didiknya. Cari makna signifikan tentang apa yang kita buat sebenarnya. Orang yang selalu tidak bersemangat kerana dia tidak tahu makna dan tujuan hidupnya.


Ada yang tidak bersemangat pagi ni?? Takmo, takmo cam tu...semangat! semangat!!

Sumber : Buku Celik Mata & Jiwa - Prof. Dr. Muhaya Hj Mohamad


8 comments:

  1. wah..motivasi y bgus...

    smoga kt trus bsemangat mjalani hari2 kita!!
    yeah!!!

    ReplyDelete
  2. itulah yg dinamakan phsyco..bila mulut kata itu..otak pun akan ikut ..

    ReplyDelete
  3. Kakcik hanya suka pergi shopping kalau ada duit. :)

    ReplyDelete
  4. Kakak ada semangat atau tidak bila dah duduk di kerusi menghadap meja kerja automatic semangat tu dtg... walau kadang macam jemu dah...

    ReplyDelete
  5. Sy mmg tak de smgt skg nie. Asik pk Aydin yg kena tgl kat bbysitter sbb demam. Teruk ke sy sbb tak cuti jage die? Huhuhuhu!

    ReplyDelete
  6. kalau dah letih malas pun datang juga..:)
    kadang2 tetiba semangat datang semua benda pulak kita nak buat sampai tak menang tangan...:)

    ReplyDelete
  7. sy pun hari ni badan rasa lemah jer.. nk demam kot.. tp cuba jugak kuatkan semangat.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...