11.5.12

Bagi pendapat tentang Hari Ibu

Alhamdulillah bertemu di pagi Jumaat yang mulia ni. Dan seawal pagi dah mulakan sarapan nasi goreng hasil air tangan mak. Kenapalah mak masak nasi goreng ni simple tapi sedap? :)


Ahad, 13 Mei adalah sambutan Hari Ibu..Macam-macam pendapat aku baca pasal sambutan Hari Ibu ni. Infact semalam aku ada baca kat blog mana ntah membincangkan tentang hukum haram sambutan Hari Ibu ni, ermm.

Aku pun sebenarnya tak reti nak ulas macamana. Tapi jujurnya pendapat aku sendiri, semuanya bergantung pada niat, setakat sambut Hari Ibu sehari, bawak makan sama-sama dan spend masa dengan keluarga tercinta tak salah kan? Kalau pendapat aku salah, mohon maaf. Mana-mana ibu pun mesti akan rasa seronok kalau sehari tu dapat penghargaan istimewa dari anak-anak, walaupun hakikatnya kasih sayang anak-anak pada ibu adalah sepanjang masa dan tak perlu nak tunggu hari tertentu kan.

Pendapat korang macamana?

10 comments:

  1. tu lah kan.skrg ni dh banyak sgt pendapat.kita bukan niat nk menjulang org2 kristian tu kan.just nk hargai ibu kita.b4 ni mmg lah hargai jugak.tp lain,btw nasi grg kalau mak masak,nasi grg bodoh pon sedap kan.

    ReplyDelete
  2. Bukan kita meraikan sehari ini bererti hari lain kita tak sayang ibu. Kakak punya persepsi sama macam Huda walau ada yg kata tak boleh... namun terpulanglah. CUMA... pada yg ada ibu bayangkan kalau semua org sambut meriah di Hari Ibu tetiba mak kita tak ada buat apa-apa. Tak salah memang sambut selepas atau sebelum tapi sekurang-kurangnya hari semua org raikan ibu kita pun nak juga...

    ReplyDelete
  3. Bermacam2 pendapat dan pandangan. Kalau salah jalan yang diikuti, salahlah jadinya.

    Tak salah untuk kita menghargai ibu kita sendiri kerana pengorbanannya pasti tidak terbalas oleh kita. :)

    ReplyDelete
  4. setiap tahun sy sambut.. ermmmm...

    ReplyDelete
  5. Sy dah bagi pendapat in advance dlm entri sy sblm nie.

    ReplyDelete
  6. sama pendapat macam huda, pokok pangkal niat kita kan. Dan satu lagi, mak akak pun masak nasi goreng simple je, takde campur daging ke, sayur ke apa ke, tapi nasi goreng dialah yg paling sedap akak pernah rasa...huhu. Tetiba rindu emak akak.

    ReplyDelete
  7. banyak pendapat pasal hari ibu ni..yang penting jangan ikut kenapa asalnya hari ibu ni disambut..ada yang kaitkan dengan mother terresa dan ada yang kaitkan hari ibu ni hari yang dibuat untuk meraikan ibu yang anak-anaknya sibuk, ditnggalkan sepi..jadi adanya hari ibu kononnya depa kenanglah ibu depa walaupun setahun sekali...

    yang pentingnya kita jangan buat camtu kat mak kita..bagi zakiah sambut jela..biar hari ni spesel sikit tapi setiap hari berbaktilah pada ibu..kalau tidak dengan masa jangan lupa doa..

    dulu masa zakiah tak kahwin lagi setiap tahun sambut hari ibu..wat suprise kat mak..:)..janji mak seronok


    http://rulza.blogspot.com/2009/05/selamat-hari-ibu-mak.html

    ReplyDelete
  8. salam...

    no komen,,hehe

    sbb x pernah sambut..

    ReplyDelete
  9. pendapat izan pun sama dgn yg lain2. tak salah nak raikan ibu kita... lagipun macam kami, semuanya adik beradik perempuan. mak pun ibu tunggal. so mmg kami dah beberapa thn buat hari ibu sbg salah satu cara gathering kami adik beradik n buat mak happy!

    ReplyDelete
  10. yg jdk haram tu bila kita sambut mggu kedua bln mei setiap thn. kenapa tak mggu lain je. saya dgr ustaz azhar idrus pny ceramah. apa2 pun mmg msakan mak yg terbaik.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...